Friday, December 14, 2012

Tulisan Khat

On the streets I live..

اسلام عليکم

Jumaat yang berkat..
Alhamdulillah..

kita masih hidup, di beri kemampuan untuk menulis, membaca, mengira, mendengar burung menyanyi riang, masih diberi kemampuan menyalurkan kasih sayang kepada ibu dan ayah, malahan yang paling penting kita masih diberi keupayaan untuk bersolat dan menghirup udara segar dll.. yes.. memang banyak. Padanlah dengan ayat dibawah: 

Maka nikmat Rab (Tuhan) kamu yang manakah yang kamu berdua (jin dan manusia) dustakan?

Ayat di atas sebanyak 31 kali diulang dalam Surah Ar-Rahman. Tujuannya, untuk mengingatkan manusia kalau nikmat Allah itu luar biasa.

Tapi terkadang mata & hati kita tidak nampak.. Nauzubillah. Saya percaya ramai orang baik-baik di dunia ni. Alhamdulillah..

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Semalam semasa mengemas barang-barang milik peribadi saya di rak buku. Saya terjumpa surat sayang dari seorang sahabat akrab. "Surat sayang!!" (mula membesarkan biji mata) haha. Yes.. memang "surat sayang" sebab tanpa kasih sayang tidak terhasillah kaligrafi khat di bawah.. Daripada seorang sahabat akrab muslimat who called Miss Jumiati Amin. 
|
|
|



teringat kembali kelas pengajian khat yang saya ikuti bersama sahabat-sahabat di Sekolah Agama dulu. 

Entri kali ni nak bongkar semula "apa itu Khat?". 

Khat darisegi definisi ialah perkataan arab yang bermaksud garisan. 

Darisegi konsep bermaksud garisan indah yang membentuk tulisan. 

Khat juga bermaksud tulisan-tulisan (kitabah) yang terikat dengan peraturan dan kaedah yang telah dikaji dan ditentukan oleh mereka yang terlibat dengan kemajuan seni. Tulisan-tulisan arab pula mempunyai nilai dan kaedah tertentu yang mempunyai estetika yang tinggi. 

Bahkan Picasso, seorang ahli seni terkenal di dunia dari Perancis pernah mengatakan, "Selepas aku melihat seni yang terdapat pada Khat Arab, aku mengakui bahwa dunia seni lukis masih terkebelakang dengan kesenian itu ". Lihatlah martabat seni islam di mata tukang seni terkenal.

Seni khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat tetapi mengandungi nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, perhubungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya.

Amazing calighraphy by Munib Obradovic
http://diwanikraf.com/2011/01/26/pertandingan-seni-khat-3/)

serbu galeri Munib at http://munibcalligraphy.com/gallery.html





----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jenis-jenis tulisan khat


sumber: http://gajirkaligrafi.blogspot.com/2011/01/jenis-jenis-tulisan-khat.html

seronok saya tengok link ni.. 





Alhamdulillah pada akhir zaman yang serba canggih ni maklumat terletak di hujung jari. Jadi banyak perkara yang kita boleh rujuk on the spot when we need. Tapi apapun.. merasai pengalaman itu lebih manis sebenarnya. So, pada yang ada kelapangan dan mempunyai minat mungkin boleh cuba menghasilkan tulisan khat peribadi. Inshaa Allah. Just apa yang kita perlu ada adalah alat-alat seperti di bawah. 
Sebenarnya nak cari buluh adalah cara mudah jika terdapat buluh yang berhampiran. Semasa mengikuti kelas dulu, ustaz tu siap-siap sediakan buluh. So, inisiatif sendiri untuk potong dia meruncing sedikit. Panduan di atas mungkin boleh membantu.



Paling mudah pergi je ke kedai-kedai alat-tulis still boleh cari pen Khat.


Untuk yang menggunakan buluh, jangan lupa mesti beli dakwat dia sekali. Lau tiada dakwat macamana nak tulis kan??

Personal note: Boleh jadi hobi masa lapang..


1 comment:

  1. Assalamualaikum,
    nak tnye, mne nak dpat pen buluh khat? Dekat pasar seni ad ke?
    Lepastu ape beza pen buluh dengan batang resam?

    ReplyDelete

Tinggalkan feedback anda kat sini.. thank you ^_^

Ya Allah ampunilah aku & saudaraku & masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..

action!!

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This free digital scrapbook created with Smilebox

Just share

Share |

Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan.

Related Posts with Thumbnails