On the streets I live..
Suami adalah seorang herbalis. Saya pula agak meremehkan perkara begitu. Malahan benda yang wajib ada dalam beg adalah paracetamol atau Ponstan atau mefenemic acid (ubat tahan sakit yang cepat melegakan tapi ada kesan jangka panjang). So bila sakit kepala yang kuat, demam atau senggugut 2 benda ni la yang selalu menjadi solusi.
Selepas berkahwin, suami banyak menegur tentang penggunaan 2 ubat ni. Siap berikan fakta lengkap bagai dengan merujuk pengalaman dia merawat semasa bekerja dengan As-Syafi Wellness Center di Sungai Buloh, Selangor.
Dan yang banyak mengubah cara gaya hidup makan saya pun adalah Encik suami. Rutin harian saya adalah teh tak sah 3 kali sehari. Itu belum termasuk nescafe, Kopi Pak Belalang dan minuman 3 dalam 1 yang lain. Huh jika ingat balik memang dah macam ketagih pun ada. Oleh kerana saya juga bekerja sebumbung dengan suami jadi proses pantauan untuk makanan saya memang dia titik beratkan. Siap tanya dengan staf kantin lagi dan consult dengan mereka yang dia tidak benarkan saya minum and makan sekian-sekian. But, i really understand that because of my health.
Selepas bulan ke-lima masih tidak ada tanda-tanda hamil.. so, yes saya mula mengikut plan makan yang dirancang suami. Orang sekeliling juga banyak memberi tips and kami tidak abaikan. Saya mula mencari tahu dan suami menjadi supporter yang sangat reaktif and pro-aktif membantu saya menyusun pola makanan harian.
1. Amalan susu kambing + kurma.
First buat benda ni saya macam nak muntah (actually mmg dah termuntah pun -_-") sebabnya susu kambing tu ada bau hanyir skit so, if u blend it together.. apa yang jadi macam bubur sebab buih terlebih. So, kami tukar kepada susu serbuk jenama Wildan dan makan kurma secara berasingan. But, sometime blend sekali juga sebab susu jenama Wildan memang x bau atau rasa hanyir.
2. Sayur-sayur yang mengandungi asid folik. Boleh rujuk dekat Mr. Google. Saya pun banyak membaca tentang sayur ni semasa TTC. Tapi saya dan suami selalu memilih tauge dan brokoli dalam makanan wajib kami. Tumis dengan telur dan kekadang tumis dengan fish ball, fish cake atau toufu fah. Ditambah lagi dengan lada benggala dan lobak utk variasi dan meningkatkan rasa serta selera makan. Fuh..
3. Kurangkan pengambilan fastfood. Orang yang sibuk bekerja memang gemar menjadikan fastfood sebagai alternatif. Tapi berpadah-padah la kerana mengandungi garam, lemak dan perisa makanan yang berlebihan. Sebelum bernikah dengan Encik suami inilah rutin harian saya yang wajib. Nama pun hidup bujang kan.. But effect for the future mmg ada seperti mudah diserang sakit. Boleh dikatakan sebelum berkahwin setiap bulan sakit. Now dah berkahwin ni, sangat different sbb jarang sakit.
4. Saya ambil tablet asid folik jenama Appeton macam gambar kat tepi ni. Boleh baca detail tentang tablet ni kat google or minta nasihat doktor bagi yang ada masalah kesihatan. This tablet suggest by pharmacist jika pasangan merancang untuk hamil dalam masa 3 bulan selepas berkahwin. Saya amik tablet ni lambat sikit. Baru tahu punya pasal. Tablet ni suami belikan sempena my birthday 5 Feb. Saya ambil setiap hari sehingga saya disahkan pregnant 2 bulan. Masa tu Sambutan Hari Guru peringkat sekolah sekitar 16 Mei yang disambut lewat sedikit tapi tarikh x sure.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan feedback anda kat sini.. thank you ^_^