Tuesday, May 13, 2014

Anak Anugerah Illahi

On the streets I live..
13 April 2014 (Khamis)

Bismillah..

Kali ini berpeluang membawa anak-anak melawat ke Muzium, Galeri Aquarium Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kegembiraan mereka menjadi kepuasan saya.
Bila mereka bertanya saya akan menerangkan semampu saya.
Bila mereka melihat dengan keterujaan saya sedaya upaya menarik perhatian mereka dengan dunia ciptaan Allah dan ilmu pengetahuan.

Tujuan dan matlamat saya jelas:

Kamilah (pendidik) yang akan melahirkan corak fikir tentang bagaimana ilmu itu dipraktikkan.
Mereka akan menjadi dewasa kelak.
Mereka akan punya arah tuju dan tanggungjawab yang lebih besar untuk negara.
Dunia mereka tampak mudah tapi sebenarnya mencabar.

Mencabar daripada dunia kanak-kanak kita.
Apa yang penting penerapan nilai modal insan yang tinggi (akhlak mulia) dalam diri mereka.

semua ini tidak bermula hanya dari sekolah..
Tapi semua ini bermula daripada sebuah keluarga

"Keluarga yang mawaddah, sakinah, wa rohmah"
Inshaa Allah..


Kita bukan siapa-siapa.
Tidak ada kuasa & kudrat.
Kita hanya hamba yang akan berhujah
 pada hari amalan kita dibentangkan kelak.
Hari yang pasti akan berlaku buat para pendosa.
Salam ukuhwah fillah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan feedback anda kat sini.. thank you ^_^

Ya Allah ampunilah aku & saudaraku & masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..

action!!

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This free digital scrapbook created with Smilebox

Just share

Share |

Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan.

Related Posts with Thumbnails