Friday, September 23, 2011

Pelayar Internet Islamik Pertama Di Dunia: Halalscape

Halalscape download browser islamik pertama dunia
ciri-ciri islamik jelas ditonjolkan melalui simbol masjid, cara pemakaian, dan brand

screen ni akan tertera apabila anda melayari pelayar ni.. dan untuk pengetahuan korang juga.. screen merah akan tertera macam di bawah ni..
|
|
V
jika....
Paparan Halaman Redirect & Notifikasi Apabila Membuka Halaman Yang Mengandungi Unsur Lucah/Judi

Salam & hi,
entri kali ni agak menarik kerana tidak semua orang yang tahu wujudnya halalscape ni sebagai pelayar internet islamik pertama di dunia. bagaimana saya tahu kewujudan halalscape ni daripada adik saya azree. Saya agak tertarik dengan fungsinya dan mulalah perhatian saya mencari perbezaan pelayar ni dengan pelayar lain seperti Google, Yahoo, Bing & etc.

HalalScape adalah pelayar internet/internet browser Islamic pertama didunia. Pelayar ini berfungsi sama seperti pelayar internet lain, yang membezakannya adalah ia dapat menapis/menyekat korang atau anak korang (bagi yang dah berkahwin) dari melayari laman web yang mengandungi unsur-unsur lucah, perjudian dan lain-lain. Yang menariknya mengenai pelayar ini ia akan menyekat jika pengguna memasuki laman web yang mengandungi unsur lucah atau perjudian dan membawa mereka ke halaman yang selamat. HalalScape bukan sahaja sesuai untuk umat Islam, malah sesuai untuk pelbagai agama dan bangsa.

Konsep "parental control" diaplikasi dalam HalalScape sangat menjamin dan membantu ibu bapa mengawal aktiviti anak-anak dari melayari laman yang tidak sesuai untuk usia mereka. Pelayar ini juga direka untuk dapat berintegrasi dengan laman web pencarian seperti Google, Yahoo, dan Bing. Selain dari fungsi parental control, terdapat juga add-on yang boleh dimuat turun seperti Muslim Prayer Times dan Islamic Calendar. Bagi add-on Muslim Prayer Times, ia mempunyai fungsi untuk memperdengarkan laungan Azan pabila waktu solat telah tiba. Ia menyokong pelbagai lokasi seluruh dunia. Manakala Islamic Calendar akan memaparkan kalendar Islam atau Hijrah di status bar. so, senanglah nak kenal pasti tarikh-tarikh islam lepas ni.. InshaAllah kan..

Setakat ini, HalalScape hanya terdapat di dalam versi Windows. Ia telah dicuba pada Windows 7 Ultimate 32-bit dan berfungsi sepenuhnya. Hanya terdapat satu bahasa yang disokong iaitu English. Untuk versi Arab ia masih dalam proses pembangunan.

so lau nak download jom pegi link ni ok ------> http://halalscape.com/

"sederap melangkah menuju kemajuan"

1 comment:

Tinggalkan feedback anda kat sini.. thank you ^_^

Ya Allah ampunilah aku & saudaraku & masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..

action!!

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This free digital scrapbook created with Smilebox

Just share

Share |

Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan.

Related Posts with Thumbnails