Info ni saya hanya copy & paste dari laman PDF ni ---> http://www.infosihat.gov.my/penyakit/penyakitK/KanserHati.pdf
Mungkin ramai antara kita yang masih ambil ringan tentang hal yang melibatkan kesihatan. Bukan nak menyibuk tp hakikatnya terdapat banyak jenis penyakit yang menyerang secara senyap. Jadi, apabila anda diserang sakit yang selalu datang di anggota yang sama tak salahkan jika pergi berjumpa doktor or buat medical check-up.. hihi =)
sekarang nak ajak korang ambil tahu tentang sejenis pembunuh secara senyap ----> KANSER HATI
Apakah itu kanser hati?
Kebanyakan kanser mengambil sempena nama bahagian tubuh di mana kanser tersebut bermula. Kanser hati primer terjadi apabila sel-sel hati berubah dan menjadi malignan. Ia berasal dari hati bukan hasil perebakan (metastasis). Metastasis berlaku apabila sel-sel kanser yang berasal dari bahagian lain dalam tubuh manusia merebak ke hati. Kanser hati ini juga dikenali sebagai hepatoma.
Bagaimanakah kedudukan penyakit ini?
Kanser hati merupakan penyebab utama yang ketiga kematian akibat kanser di seluruh dunia (450,000 - 1,000,000 kematian setahun di seluruh dunia). Secara globalnya, kirakira 80% daripada jumlah kematian dikaitkan dengan jangkitan Hepatitis B (dengan atau tanpa pendedahan kepada aflatoksin) manakala 15% lagi dikaitkan dengan sirosis Hepatitis C yang kronik. Angka sebenar mengenai kanser di Malaysia masih tidak diketahui. Kanser merupakan di antara tiga penyebab utama kematian di hospital-hospital kerajaan di Semenanjung Malaysia dan akan terus menjadi semakin penting untuk diberi perhatian. Insidens atau kejadian kanser di Malaysia dianggarkan sebanyak 130 bagi setiap 100,000 penduduk.
Berdasarkan kepada Laporan Kementerian Kesihatan*, kanser hati merupakan di antara 10 kanser yang paling kerap dikesan di Institut Radioterapi & Onkologi, Hospital Kuala Lumpur. Pada tahun 1997, kematian yang disebabkan oleh kanser hati merangkumi sebanyak 9.1% dari kematian yang disebabkan oleh kanser di Malaysia.
Bagaimanakah kanser hati ini terbentuk?
Hati merupakan organ utama dalam tubuh manusia yang bertanggungjawab menyingkirkan toksin, dadah dan racun keluar dari tubuh. Ini dilakukan dengan memecahkan toksin tersebut kepada sebatian berpigmen dan kemudiannya diangkut keluar melalui duktus ke dalam usus. Apabila virus, dadah atau alkohol merosakkan hati, sebatian berpigmen ini akan terkumpul, menyebabkan berlakunya jaundis, atau kekuningan bahagian mata putih. Biasanya sel-sel hati inilah yang menjadi kanser. Terdapat pelbagai bentuk atau pola histologi bagi hepatoma. Hepatoma boleh wujud dalam dua bentuk: Tumpuan (fokus) dan berbaur. Bentuk fokus atau tumpuan ini dapat dilihat sebagai jisim yang bulat atau berlobul, biasanya wujud dalam jumlah yang banyak. Bentuk berbaur atau tersebar pula lebih sukar untuk didiagnoskan. Dari sampel spesimen yang telah dipotong didapati kebanyakan kes hepatoma ini telah merebak ke bahagian vena portal. Ini boleh melibatkan vena hepatik, vena kava, dan vena portal dan dipercayai merupakan punca utama metastasis.
Apakah faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser hati?
Mereka yang berisiko termasuklah:
• Peminum alkohol.
• Pembawa Hepatitis B.
Ingat:
• Elakkan pengambilan alkohol yang berlebihan. Ia dikaitkan begitu rapat sekali dengan masalah kanser hati terutama di negara-negara maju.
• Pembawa Hepatitis B berisiko lebih tinggi untuk mendapat kanser hati terutamanya jika mereka memiliki virus yang aktif ataupun jika mereka mengalami kerosakan hati*.
Apakah tanda-tanda dan gejala kanser hati?
Terdapat beberapa gejala yang anda perlu ketahui:
• Gejala-gejala yang utama adalah kesakitan di bahagian abdomen, susut berat badan dan hilang selera makan. Gejala-gejala ini juga wujud apabila hati dijangkiti virus seperti Hepatitis A atau B. Berwaspadalah kerana hampir 30% dari pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala.
• Demam yang tidak diketahui puncanya juga merupakan gejala yang biasa berlaku.
• Asites atau busung (pengumpulan cecair dalam rerongga peritoneum yang menyebabkan abdomen menjadi kembung). Cecair ini biasanya mengandungi
kandungan protein yang tinggi dan mungkin bercampur dengan darah.
Bagaimanakah kanser hati ini boleh dicegah?
Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil ialah:
• Dapatkan imunisasi Hepatitis B seperti yang dijadualkan.
• Elakkan pengambilan alkohol berlebihan.
• Menjalani pemeriksaan kesihatan apabila terdapatnya perubahan tertentu pada
kesihatan anda khususnya yang berkaitan dengan tanda-tanda amaran kanser.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan feedback anda kat sini.. thank you ^_^