Mulut longkang ni aku susah nak explain sebab aku tak pakai istilah ni.. sebab istilah ni bagi aku dah di kira kasar tahap gaban. So, aku amik istilah ni dalam satu blog. Menurut blog tu ada dua maksud untuk yang merujuk kepada mulut longkang atau dikenali juga mulut puaka ni.
satu jenis mulut yang berbau busuk bila bercakap dan satu lagi jenis mulut yang tidak bertapis. Kalau bercakap ikut sedap mulut je dan langsung x fikirkan perasaan orang lain. Mulut jenis ni orang lebih suka copkan mulut jahat atau mulut laserrr...Kedua²nya membawa maksud yang sama dan sangat tidak sesuai di praktikkan dalam kehidupan harian kita...
Mengapa mulut longkang pla entri kali ni..? (aku nak jawab sebab.. aku tetiba teringat kepada sorang kawan yang selalu menggunakan istilah tu. Aku saja bagi sbb macam tu supaya tiada siapa yang akan terasa hati bilamana suspek yang di"target" membaca entri seterusnya di bawah ni.. al-maklumlah yang ni baru mukaddimah)
Baru sebentar tadi, aku melayan kerenah adikku tentang kehidupannya di universiti. Aku tidak dapat melawat dia untuk berhadapan & bercerita panjang tentang kehidupan yang indah ini. Jarak sahaja telah memisahkan kami terlalu jauh antara Sabah, Borneo dan Semenanjung Malaysia. Sesekali tu berhubung jika ada keperluan, ada kesempatan waktu, ada rezeki lebih.. (padahal topup due date hari ni.. even still berbaki RM7.89). Point yg selalu di"isu"kan adalah tentang kehidupan masing-masing (of course..). Kali ni seperti biasa kami bertukar-tukar topik/ nasihat/ pandangan & kritikan). Sapa lagi nak kritik kalau bukan darah daging sendiri kan??.. Tapi kali ni aku menyambung nasihatku dalam entri ni khusus kepada dia. Tanggungjawab yang selayaknya untuk aku sebagai kakak.
Kerana dia adikku..
(ayat di bawah ni aku amik sedikit untuk tatapannya melalui link i luv islam.)
tersenyumlah! Meskipun dalam senyuman itu mungkin tersimpan kelukaan hati, tersorok kesakitan jiwa. Kesenangan, kebahagiaan, kegembiraan, kesedihan, kekecewaan dan kedukacitaan adalah sesuatu yang biasa dialami manusia. Apabila memperolehi sesuatu yang menggembirakan daripada keenakan dunia maka manusia akan berasa senang dan gembira.
Sebaliknya ketika mendapat sesuatu yang tidak diingini maka manusia merasa sedih dan kecewa. Kamu tidak perlu terkejut ketika menghadiahkan sebatang pena kepada seseorang, lalu ia memakai pena itu untuk menulis cemuhan kepada kamu dan kamu juga tidak perlu terkejut dengan apa yang terjadi ini.
Inilah sikap manusia. Jangan bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita. Berharaplah pada redha Allah semata-mata. Nescaya kita mesti tak kecewa.
Sebab apa? Sebab Allah tidak pernah mensia-siakan segala kebaikan yang kita buat walaupun seberat zarah sepertimana firman-Nya dalam surah az-Zalzalah ayat 7 dan 8;
"Maka barangsiapa mengerjakan kebajikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat(balasan)nya, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat(balasan)nya. Malah jika kita ikhlas berbuat kebaikan semata-mata kerana-Nya diganjarkan pahala kepada kita."
Baikkan Allah?"
p/s: jadi berbuatlah kebaikan kepada sesiapa pun, jangan ditanya apa yang telah kau lakukan untuk dia tidak pernah berbaloi krn sikapnya thadapmu macam "haram" or "rude".. biarlah kita berlapang dada dgn byk bersabar. Allah mencintai org yang sabar.
Allah SWT berfirman : "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Ali Imran : 146)
jadi, itu sudah cukup untuk diri kita. Kehidupan ni sgt kecil nilainya jika pengharapan kepada Allah "nothing". Kata orang bijaksana, cinta bunga.. bunga akan layu. Cintai manusia.. manusia akan mati. Tidak semua benda baik boleh di zahirkan. Di situlah kekadang terletaknya rasa ikhlas kita kepada Allah & kejujuran kapada diri sendiri. Tak perlu riak. Walaupun kita akui secara sengaja or tidak stp benda baik menimbulkan sedikit riak. Jom beristighfar. Bukan hanya di mulut tp sertakanlah roh & jiwa-mu sekali. Maksud kehidupan ini luas, jgn sempitkan. Tgk la langit.. betapa kecil masalah kita. Berharap hanya kpd DIA. Jgn bharap kepada jasad semata. Kita x pernah ada kuasa untuk merubah sesuatu melainkan izin Allah.
kerana dia adikku..
aku berharap juga dia yang menyakiti adikku membaca entri ni untuk peringatan bersama..
Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (Riwayat BUKHARI & MUSLIM)
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” Al-Hujuraat ayat 12
Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan janganmembuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.”
(HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)
kerana dia adikku..
aku juga terasa hati dengan sikap segelintir mereka. Kebahagian aku terletak hanya bila mereka di sekelilingku gembira.
So, watch out your mouth!!
pengisian spiritual khas untuk adik Faezah @eyza (UiTM, KK)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan feedback anda kat sini.. thank you ^_^