Sunday, December 16, 2012

Contoh keperibadian & kebijaksanaan dalam berjuang.




::Peribadi teladan::

...Setelah berada 2 hari 3 malam di dlm gua Thur, Nabi & sababat baginda Abu Bakar as-Siddiq keluar utk meneruskan hijrah ke Madinah. Hijrah ini ditemani oleh 2 org insan;

1) Amir bin Fuhairah; dan
2) Abdullah bin Uraiqit iaitu insan yg btanggungjwb utk menjaga 2 ekor unta kepunyaan Abu Bakar as-Siddiq untuk kegunaan hijrah beliau & Nabi..

( p/s: Semua plan ni tlh dirancang sbm nabi bsembunyi di Gua Thur lg..)


(sayangnya Abu Bakar dgn Nabi.. Ini terbukti lagi semasa beliau meriba kepala Nabi yang mulia yang sedang tidur di atas pangkuannya semasa di Gua Tsur, tiba-tiba Abu Bakar melihat seekor ular di sebuah lubang, kerana bimbang ular itu akan mematuk Nabi.. Abu Bakar telah meletakkan kakinya ke atas lubang itu menyebabkan kakinya dipatuk.. Allah... T_T. Kerana sangat kasihnya kepada Nabi , Abu Bakar tidak mengejutkan Nabi yang nyenyak tidur. Kerana sakitnya Abu Bakar as-Siddiq menahan bisa ular itu, airmata bertitisan jatuh ke muka Nabi lalu Nabi terjaga. Mengetahui Abu Bakar as-Siddiq dipatuk ular, Nabi menyapu-nyapu di kaki Abu Bakar as-Siddiq yang dipatuk itu dan ketika itu juga rasa sakitnya hilang)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ketika Abu Bakar as-Siddiq menyuruh Nabi memilih salah seekor unta yg dibawa oleh Abdullah bin Uraiqit, Nabi tlh menolaknya.. (Why?!.. padahal pjalanan ke Madinah kan jauh lagi??..)

Hal ini kerana.. Baginda bukan tidak mahu, tetapi baginda tidak mahu unta itu diberikan percuma. Akhirnya Abu Bakar as-Siddiq menerima bayaran drpd Nabi sbanyak 800 dirham utk mbeli unta itu.

Jarak gua Tsur di Mekah.
Taktik Nabi: Melalui sumber Nabi & Abu Bakar as-Siddiq berjalan ke arah Selatan iaitu menghala ke Yaman, bukan ke arah utara di mana terletaknya Madinah. Supaya tidak dapat dikesan oleh para pengejar musyrikin Quraisy yang tidak mahu dakwa nabi tersebar ke Madinah.

Perkara ini membayangkan nabi adalah seorang ahli politik yang amat bijak untuk menyelamatkan agama Islam.


Jarak Mekah ke Madinah.
Melalui sumber: Tujuan Abu Bakar as-Siddiq mengupah Abdullah bin Uraiqit sebagai teman dalam perjalanan hijrah itu selain kerana orang ini insan yang jujur dan amat bersimpati kepada perjuangan Nabi meskipun dia adalah seorang musyrik adalah KERANA..

Abdullah bin Uraiqit adalah seorang yang mahir dam amat mengetahui selok belok jalan-jalan sepanjang tepi Laut Merah dari Tihamah ke Madinah.



::Pengajaran::

Daripada kisah Nabi membeli unta daripada Abu Bakar as-Siddiq tadi terdapat ibrah:

Ini menjadi satu pengajaran/ hukum kpd umat Islam bhwa sbg umat Islam tidak sewajarnya mgunakan barang-barang kepunyaan orang lain utk berjuang atau melakukan ibadat kpd Allah. Tetapi berusahalah membelinya agar barang-barang yg kita gunakan utk berjuang/ beribadat ke jalan Allah itu adalah milik kita sendiri.

Islam tidak tertegak hanya dengan berpilosofis..
Tapi pengorbanan harta benda, keluarga, dan masa.
Kerja dakwah memang penuh dengan kesulitan & kepayahan.


Maafkan kekuranganku jika dakwahku terbatas ya Rasulullah..


#source: Maulana Syed Abul Hassan Ali an-Nadwi (2009) Sejarah & Perjalanan Hidup Nabi Muhammad s.a.w (edisi lengkap), Bab 48: NABI DIKEJAR DALAM PERJALANAN "Hijrah Nabi Penuh Muslihat". Muka surat 396-397#

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan feedback anda kat sini.. thank you ^_^

Ya Allah ampunilah aku & saudaraku & masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..

action!!

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This free digital scrapbook created with Smilebox

Just share

Share |

Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan.

Related Posts with Thumbnails