Monolog: Realitinya keadaan di Sabah ni amatlah majmuknya. Anak-anak muda pula ramai menjalani kehidupan yang survival dengan corak keluarga yang berkahwin campur. Bila ada yang mohon tunjuk ajar mesti ramai dikalangan kita sedia membantu kan? Inshaa Allah. Siapa tak nak dapat pahala kan??..
Tapi di sebalik saya mengajar juga saya sebenarnya disedarkan juga dengan banyak hal tentang solat saya. Dan mulalah saya pun turut belajar jg.
Saya mula meneliti solat saya sendiri.
1) Adakah saya betul-betul menghayati maksud solat tu?
2) Apakah solat saya juga sudah sempurna?
Sebenarnya hikmah disebalik semua ini ialah saya juga mengajar diri saya tentang roh solat itu sendiri.
----------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------
Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar.
Beberapa kemusykilan terjawab
----------------------------------------------------------
Doa Iftitah
-----------------------------------------------------------------
Al-Fatihah
Jika dah tahu maksud, jom kita tengok pula bacaannya..
kita perbetulkan bacaan dengan mengetahui hukum tajwidnya..
Mempelajari ilmu al-quran adalah wajib bagi semua umat Islam. Bersesuaianlah dengan firman Allah di dalam al-Quran, surah Al-Muzammil ayat 4 yang bermaksud; “…dan bacalah Al-Quran dengan tartil.” Ayat ni menjelaskan kepada kita bahawa hendaklah kita membaca al-Quran dengan bacaan yang jelas dan betul menurut ilmu tajwidnya. Ini adalah penting, kerana ilmu tajwid bukan sahaja berkaitan istilah-islilahnya(izhar, idgham dan sebagainya) sahaja, bahkan melingkupi cara penyebutan makhrajnya sekali. Oleh yang demikian, terdapat kemungkinan la untuk ayat-ayat al-quran itu berubah makna.
-----------------------------------------------------------------
Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.
-----------------------------------------------------------------
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.
-----------------------------------------------------------------
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
------------------------------------------------------------
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
------------------------------------------------------------
Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
--------------------------------------------------------------
Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabatsahabatnya. Salam Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.
---------------------------------------------------------------
stay with the next entry about solat..
"Apakah yg menyebabkan kamu masuk neraka Saqar?
Mereka menjawab: Dahulu kami tidak termasuk orang2 yg
melaksanakan solat. "
(al Muddatsir: 42-43)
"Sesungguhnya Allah s.w.t
menghadapkan seluruh 'wajahnya'
kepada hambanya yang sedang solat
selama hati hamba itu tidak berpaling"
(HR: Abu Daud, An Nasai, al Hakim)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan feedback anda kat sini.. thank you ^_^