Tuesday, December 6, 2016

Syukur Alhamdulillah hamil selepas setahun (Siri 3)

On the streets I live..

Amalan Rohani sila klik DI SINI untuk SIRI 1
Ubah gaya pemakanan sila klik DI SINI untuk SIRI 2

Siri 3 ni saya lanjut dengan amalan gaya hidup sihat.

Selepas habis belajar di universiti saya memang mengabaikan senaman ringan. Not in my routine list lagi macam dekat universiti dulu. So, selepas bekerja di beberapa buah syarikat.. finally menjadi guru di sebuah sekolah swasta, masa memang tidak ada sebab full of commitment even pada hari Sabtu dan Ahad. Masa tu sekolah baru nak berdiri after 3 years established, so banyak usaha yang memerlukan pengorbanan secara langsung daripada guru-guru yang ada beberapa orang sahaja.

Niat untuk berhenti bekerja meninggalkan dunia pentadbiran semata-mata menjadi guru disebabkan 1 alasan sahaja. So, yes bila perkara tu sebati dengan kita, tiada lagi istilah berkorban atau pengorbanan sebab semua dilakukan secara sukarela. Kenapa dan bagaimana hati kita fit with the environment itu kerja Allah. Balik malam pun tidak kisah disebabkan oleh komitmen penuh bersama rakan-rakan yang beberapa orang sahaja. istilah tidur di sekolah kekadang menjadi isu kerana keselamatan kami. But, this is only the choice from us for our responsibility untuk agama. And we are enjoy.

Selepas berkahwin of ada limitation sebagai seorang isteri. x kan nak tdo di sekolah bila banyak kerja while suami kat rumah. Memang takkan lah. Awal perkahwinan suami banyak melihat aku bekerja dengan membawa balik kotak-kotak berisi buku-buku murid, fail RPH, kertas-kertas & etc. Sambung kerja di rumah sehingga larut malam. Rutin tidur lewat menjadi kebiasaan. So, bila esok dah penat aku kurang berkomunikasi dengan dia. Mood pun kadang ke laut. Makan minum terabai sehingga menjadi kebiasaan sakit ulu hati.

So, bermula dari situ.. suami menyarankan untuk mengubah gaya hidupku malahan gaya hidup keluarga kami. Suami mula mengaitkan dengan kepenatan dan kesibukan punca rezeki anak x kunjung tiba. So, kami mengubah juga gaya hidup sihat dengan menumpukan kepada kesihatan fizikal dan dalaman kami.

1. Bersenam.
Kami akan mengambil senaman ringan pada masa-masa cuti. Tempat menjadi pilihan adalah taman bunga ataupun tepi pantai. Kalau di Sabah ni terkenal di Tanjung Lipat (Longest Jogging Track in Sabah), kerana kemudahan fasiliti senaman dan laluan untuk jogging track memang upgrade.




2. Urutan badan
Selepas berkahwin ni, suami kesan tulang belakang saya ada masalah. Disebabkan suami adalah chiropractor semasa di As-Syafi Wellness Center, so sedikit maklumat kedudukan tulang belakang dapatlah aku tahu. Yess, sebelum ni memang pernah kemalangan dengan Hilux and terhumban ke hadapan. Just jumpa doctor. So, suami suggest untuk pergi berurut dengan muslimat lain atas permintaan ku. Di situlah di kesan bahawa rahim ku jatuh. Rahim jatuh disebabkan banyak faktor. Lagipun aku suka mengangkat benda-benda berat dengan kudrat sendiri sejak dulu. Atas nasihat tukang urut aku mula prihatin menjaga kesihatan dalamanku. Rahim jatuh boleh dipulihkan dengan urutan.

3. Mengetahui waktu subur. Banyak informasi yang disediakan di laman web boleh menjadi sumber. Siap ada aplikasi. Aku pun tidak terkecuali menggunakan aplikasi kesuburan yang boleh di download ke dalam hanset. Mengetahui bila masa subur dan tanda-tandanya sangat penting supaya kita tidak mensia-siakan telur yang ada dalam rahim kita. Banyak mencari tahu perkara ni menyebabkan kelebihan dari segi ilmu.

4. Manfaatkan solat sebagai terapi kesihatan. Semasa sujud saya biasakan berdoa dalam hati dan membaca doa Nabi Zakaria daripada potongan ayat daripada Surah Al-Imran 3:38.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan feedback anda kat sini.. thank you ^_^

Ya Allah ampunilah aku & saudaraku & masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..

action!!

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This free digital scrapbook created with Smilebox

Just share

Share |

Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan.

Related Posts with Thumbnails