Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ
“Islam muncul dalam keadaan asing, dan ia akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang terasingkan itu.” (HR. Muslim no. 208)
---------------------------------------------------------------------------------------------
Rutin bekerja telah bermula, tidak sangka tuntutan kerja yang banyak menunggu untuk dikemas-kini. Beberapa dokumen baru sampai dari forwarders menambah lagi kesibukan. Kali ini Hani terpaksa melangsaikan tugasan itu sendirian tanpa bantuan Rozi. Agak kelam-kabut. "Ramadhan yang menuntut pengorbanan" katanya dalam hati. Dia menghembus nafas. Memegang dada dan mengucap "yamhullahu maa yasya..". Kemudian Hani membuang jauh-jauh perasaan yang dirasakan sesak itu dengan bantuan Allah.
"Hani!" kedengaran suara memanggil dan menjerit namanya. Hani mengetap bibir. Geram.
"ya Roy, ada apa tu?" Jawab Hani masih sopan. Jika diikutkan hati mahu sahaja dia memberi sedikit tazkirah kepada lelaki berumur lingkungan 46 tahun itu.
"nanti call kompeni ni dan tolong arrange beberapa cargo yang baru sampai dengan consignee, beritahu jika mereka boleh terima hari ni. Dan satu lagi ingatkan driver tentang permit dan kunci di atas meja Mr. Loh".. Hani kaget. "Hamboi pak cik ni, terima kasih pun tidak, siap jerit-jerit nama Hani kuat-kuat macam langit nak runtuh". Dengus Hani. Dia bru membiasakan diri dengan persekitaran baru yang agak mencabar. Dipindahkan ke bahagian operasi menjadikan dia agak berhati-hati menjaga pergaulannya. Terlalu ramai pekerja lelaki yang terpaksa dikawal dan dipantau sepanjang tarikh mula dia berkhidmat di bahagian itu.
Agak mencabar kerana berdepan dengan kerenah yang bagi Hani melampau, pelik dan kadang-kala tidak rasional. Mungkin kerana tekanan hidup yang menjadikan mereka begitu. Hani akur. Dalam hatinya dia mesti juga menegur sikap-sikap mereka yang kadang-kala sukar dikawal dan keterlaluan. Ada satu ketika lisan menyakitkan hati. Berbicara perkara yang tidak patut untuk dituturkan. Apakah tidak terlintas dihati mereka rasa malu dan serba salah?. "ya.. aku mesti bertegas".. Hani mengingatkan diri.
Previous>> Bumi Inspirasi 1 >> Bumi Inspirasi 2 >> Bumi Inspirasi 3
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan feedback anda kat sini.. thank you ^_^