Bait kata ini terlepas juga akhirnya dari
dadaku..
Hari ini 1 ramadhan kembali lagi..
Alhamdulillah ya Allah.. Alhamdulillah
Entah mengapa sebak lagi dan lagi
menjalani
ramadhan kali ini
Sebelum ini jauh langkahku untuk
mencari apa
sebenarnya mahunya hati ini..
Aku keluar mencari dengan harapan
Ingin menjumpai apa yang aku inginkan..
Aku gagahi langkahku,
sabar dengan kerenah
manusia sekelilingku,
ingin dilihat terbaik pd pandangan mereka,
aku sanggup
besusah payah mencari d mana matchnya kunci hati ini,
membayangkan kehidupan
ini seperti sebuah “puzzle”..
Mencari keserasian aku dengan keadaanku,
dengan kebahagianku..
pendek kata ingin kehidupan yg lbh terjamin.
Tersenyum sesal bila dulunya..
matlamat hidup hati
ini adalah bahagia dunia semata
melebihi bahagia bertemu DIA atau tidakpun
Rasulnya..
Dan ada satu ketika aku menjadi bingung tentang
arahku.
.
Esakan tangis itu ku luah dgn Engkau ya Rahman ya Rahim
Kenapa? ..
Kerana aku tidak menjumpai bahagia itu
biarpun aku terlihat banyak harapan.
Dalam perjalann itu aku tidak henti2
meminta
supaya Engkau memberi jalan.
Ya.. aku sentiasa berharap dan berharap lagi..
Seperti kanak2 yg dlm kegelapan yg inginkan
cahaya..
perasaan takut, sendirian, murung dan
sakit menjadi teman yg sgt
karib.
Kenapa takut?
Takut ditindas, takut melangkah
lg, takut tsalah pilihan..
dan aku sebenarnya celaru ketika itu.
Tp yang engkau berikan ketika itu ialah sebuah
“kemalangan”..
sakit ya Allah..
Engkau ambil kurniaanmu sementara.
tersedar ketika itu.. rintihan seperti kanak-kanak yang
meminta benda yang tidak mampu didapatkan..
kenyataan aku x dapat
jalan seperti biasa terpaksa ditelan.
Aku x dapat mampu berjalan emak. Aku x mampu berjalan ayah.
Jadi apa sudahnya hidup begini?
Aku gagahi
langkahku berkali-kali.
Jatuh. Bangun lagi. Kemuadian jatuh. Dan bangun lagi.
Aku mencabar diri yang semua ini
mimpi belaka. Hanya sementara.
"Aku mesti tabah seperti tabahnya orang yang tidak pernah kenal erti kalah..
Biarpun aku mpersoalkan “Apa semua ni? Kenapa aku? Ya
Allah”..
wal hal jawapannya aku juga tahu. Tp kyakinan ku begitu tipis dan kurang.
Astagfirullah. Ampuni
aku di saat hatiku khilaf..
maafkan aku Sang khaliq =’(
& Ketika itu mana mungkin aku dpt lari
mengejar tujuanku lagi seperti kebiasaan..
Tapi sebenarnya Engkau ada rencana buat aku
Rencana inilah jalan yang telah Engkau kirimkan..
Ya.. jalan.. biarpun aku x mampu melangkah
jauh ketika itu..
Dan sebenarnya ada jalan baru yg lebih pantas
aku lalui..
Aku menemui harapan lain.
iya,, sekali lg aku cuba bertaut dengan
harapan baru.
& Alhamdulillah..
nikmat itu ditarik hanya untuk menyedarkan aku
dari terus terbuai dengan irama dunia yang melalaikan..
Dan kali ini aku tidak “mencuba” berlari lagi.. tapi “nekad” lari..
Ya.. lari dari segala kesesakan dunia tamak.
Cemburu
buta, sombong, dengki, dan sewaktunya..
Lari untuk mengasingkan diri dari lautan
dunia..
dan pada ketika itu agak jauh..
bezanya aku lari
kerana restu ibu dan ayah.
Dengan redha merka.
Aku faham..
Sebelum ini mereka merestui tp adakah
hati mereka redha?
Tidak.. ya aku tahu.. tidak.
Itulah bahasa di wajah mereka.
itulah salah satu pengertian yang dalam untuk hidupku..
naluri untuk ibu yang
melahirkan dan anak bukankah kuat..
bersambung "Bumi Inspirasi 3"....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan feedback anda kat sini.. thank you ^_^