Showing posts with label Anda Saudara Saya. Show all posts
Showing posts with label Anda Saudara Saya. Show all posts

Monday, July 1, 2013

Maxi Dress + Muslimah Stylista Checklist

Maxi dress by Suriani Said

 This is my first trial for maxi dress.
Tidak sendat dan selesa. (Bolehlah buka butik kan? =) )
Untuk bulan Ramadhan yang bakal menjelang, 
memang sangat sesuailah untuk berterawih kan..

Selepas ni inshaa Allah saya akan tunjukkan pola baju 
dan cara menjahit pula ya..




My first trial
Komen skit kata adik
I think --> ok la.. Alhamdulillah tutup aurat itu adalah tujuan utama.

 Checklist  untuk pemakaian kita. Melepasi perkara berikut atau tidak.



Pesanan ikhlas untuk diri & semua wanita: 
Muslimah cover your "aurat" properly. 
Inshaa Allah cantik di mata Allah itu paling utama.
 Ahlan wa sahlan ya Ramadhan kareem.

Thursday, January 24, 2013

Sandakan Berselawat


Sempena maulidur rasul kali ini ayuh kita semarakkan perasaan cinta dan kasih kita kepada nabi kita Muhammad Rasulullah s.a.w. Basahkan lidah dengan selawat nabi. Semoga Allah menerima amalan kita yang sedikit ini.والله أعلم بالصواب



Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah Al-Ahzaab 33:56)

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). 
(Surah Ali `Imran: 110)


TUJUAN SAMBUTAN

1. Memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW.

2. Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

3. Baginda adalah contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan.

4. Menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam:

- Beribadah dan mentaati Allah SWT.
- Ketinggian akhlak dan budi pekertinya.
- Kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah.
- Teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya.
- Cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan umatnya.


Kelebihan Menyambut Maulidurrasul saw Mengikut Khulafa’ ar Rasyidin
Berikut ini adalah beberapa perkataan 4 sahabat khulafa’ ar rashidin ridiyALLAHU anhum ajmaien yang menyentuh berkenaan kelebihan menyambut  maulid nabi besar Muhammad sholallahu ‘alaihi wasalam:...
Saidina Abu Bakar ash-Shiddiq radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq: “Barangsiapa yang menafkahkan satu dirham bagi menggalakkan sambutan Maulid Nabi saw., maka ia akan menjadi temanku di dalam syurga.” 
 
Saidina Umar bin Khottob al-Faruq radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina ‘Umar: “Siapa yang membesarkan (memuliakan) majlis maulid Nabi saw. maka sesungguhnya ia telah menghidupkan Islam.” 
 
Saidina Utsman bin ‘Affan Dzun-Nuraini radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina Utsman: “Siapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis sambutan maulid Nabi saw. maka seolah-olah ia menyaksikan peperangan Badar dan Hunain”

Telah berkata Saidina ‘Ali  Karram ALLAHU wajhahu:
 “Siapa yang membesarkan majlis maulid Nabi saw. dan karenanya diadakan majlis sambutan maulid, maka dia tidak akan keluar dari dunia melainkan dengan keimanan dan akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab”.
(sumber dari kitab anni’matul kubro ‘alaa al-’aalam fii maulid sayyidii waladii aadam karya Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hajar al-Haitami as-Syafii

والله أعلم بالصواب


Wallahu A’lam bishowab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


22/Jan/2013 (SELESA) :MASJID JAMEK BANDAR SANDAKAN.
JAM: 6.30PTG.  
Maulid Akhbar. Penceramah : HABIB IDRUS B ABDILLAH AL-JUFRI
daripada Jakarta, INDONESIA

23/Jan/2013 (RABU) :MASJID AL- FALAH KARAMUNTING.

JAM: 6.30 PTG.   
Maulid Akhbar. Penceramah : HABIB IDRUS B ABDILLAH AL- JUFRI daripada Jakarta, INDONESIA

24/Jan/2013 (KHAMis) :MASJID DATUK PENGIRAN GALPAM.

JAM: 6.30PTG
Maulid Akhbar. Penceramah : HABIB IDRUS B ABDILLAH AL- JUFRI daripada Jakarta, INDONESIA

25/Jan/2013 JUMAAT :MASJID JAMEK BANDAR SANDAKAN.

JAM: 6.30PTG
Penceramah : DATO' HASSAN MAHMUD AL-HAFIZ (MUDIR IMAM MUDA ASTRO OASIS)

Sunday, December 23, 2012

Sahabat sumber kekuatan 1 (2010-2011)

Pantang sekali kita berputus asa jika di kurniakan sahabat.



Time/ Date/ Msg

12:39:41pm 10/09
Jadikan jalinan persahabatan antara kita terbina Persis untaian Tasbih. Ada awal tiada penghujung. Dibentuk untuk mengingatiNya. Dicantum kerana cintaNya. Diratib semata2 kerana redhaNya. Menitis air mata tika merasai kemanisanNya. Semoga jalinan persahabatan antara kta kekal & dirahmati Allah s.w.t. SALAM AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN… (‘ ,)

2:03:51am 20/09 
L0ve is like a butterfly.. h0ld it t0 tight it will cruch..h0ld it t0 l0ose it will fly..bt what were I do 4 u...i’ll put u int0 a cage 0r my heart n I’ll take care of u.. l0ve u 4 evr n evr..(“,)nunite.swtdrmz.slp tight.:-)

1:07:42am 10/09 
Adakalanya mata silap mmandg,tlnga slh mndgr, lidah tlnjur brkta,fikiran slh mntafsir, ht silap mduga..andai jemari xsempat brjbt,sy mhn ampun & maaf, zahir &batin..ikhlas dariku shbtmu…alo

06:48:24pm 09/09 
Assalamualaikum kpd sume rkan2,sdare2,pkcik2,dato2, ibu2,bapak2 dan sume ug mengenali dirisy ini,ana..menyusun 10 jari dhari yg mlie tnde mmohon kmaafan, jike de slh dan silap, trksrbhse,tramek pape, dan sgle mcm ter-lg..hrp2 d0se sy diampunkan..rye nie, jmput2 ar dtg uma..open house jgn lupe jmput ye..semek0m..

Makan r0ti dgn kaya, makan r0ti ditpi tasik, inginku ucap slamat hri rye, Maaf zahir,btin xusik.. hahaha :P

06:23;18am 01/10 
Salam shbtku. . NgAa. . .rindu bh aku dgn kw su. .hakz. .
 .
03;32;25pm 09/09 
Dlm gurau ada terkata, dlm bicara terkasar bahasa, dlm tindakan terguris rasa, dlm hidup tidak lepas dari dosa, dlm janji mungkir terpaksa, ampun maaf dpinta semoga terhapus segala dosa, semoga persahabatan kekal selamanya…….. salam Aidilfitri.! Maaf Zahir Batin ;)

11:49;17 07/09 
Ya ALLAH, bntu la insan ne, y bjuang dmi ilmu…terangi atinya dgn Nur hidayahMu s’umpama purnama d tgh mlm, seri kn la wajahnya tika tbhnya d selimuti lelah, tnmknlaistiqamah n ksugguhn dlm drinya agr xda putus asa,Tanami la jiwanya dgn ksabarn n ktenangn n hadirknla senyuman ksyukurn tika kejayaan mnyapa.. selamat akakkusyg..jgn lupa bgn qiam..doakn sara ya.Assalamualaikum.

06;42;25pm 06/09 
Selamat buka posa wt shbtku yg d sygi…

03;21;23 06/09 
YA ALLAH, Bukakna mata saudaraku agr tjaga dlm jgaanmu, dgupkn jantugnya agr suaranya dlm pgkuanmu, tartlkn zikir ny agar bicarany ndlm As-Samadmu, gegarkn ikhtiar ny agr jawarihny dlm Qadarmu, hnguskn atiny agar hangat dlm cintaMu.. smoga terjaga ini dpt djdikan sbg ibadh..Amin.. Ar-Rahman bersamamu. Mg dpt btmu Rasulullah dlm mimpimu!QUM ILA QIAM.. bgunla untk qiam wahai saudaraku…

08:06:50am 04/09 
Salam sue.. slmt pulang kwnku… semoga kpulangn nie adalah ari yg t,indah wt kw.. wt shbtku yg d sygi…

06:14:59AM 03/09 
SALAM… ati2x ja plang sndkn ye…aku doakan p’jalanan mu b’jln dgn lancer.. tke care su…

07:09:25pm 2/9 
Salam..su, sya dh pkai gelang yg kmu bg..cantik..time ksh byk2..

05;08;52 27/8 
Di perjalanan yg entah dimana hujungnya ini.. seringkali godaan memburu.. keimanan menjadi lesu. Hait dipasung bisu.. penyiksaan membelenggu.. jiwa raga bagai dipalu.. lantas namamu diseur tanpa jemu.. YA ALLAH.. teguhkanlah keimananku.. amin YA RABBAL ALAMIN..

04:51:12pm 22/8 
Ukhtiku sayang..pdmu ada al-asrar yg menjadi idman mujahid. T’singkap al-asrar dmukaddimahkn scebis makrifat. Jgalh humaira’ pd wjhmu, jgalh nur syuhudiah dqalbumu, jgalh akhlak nubuwwah pd prilaku. Mga kau mjdi mar’atus solehah.. insyaAllah../(^_^)\ slm sayang la2..chewah!..hehe..

07:02:39am 16/08 
Untkmu wnita..
Seorg wnita umpma
Skuntum bga dtmn, sgar mwangi d plosok dnia, stulus ksih ssuci embn,, lmbut wnita krna ttur ktany, msra wnita krna snyumanny, patuh wnitakrna stiany, cekal wnita krn braninya, sabar wnita krn imanny, ksih wanita krn airmatany, ikhlas wnita krna belaianny, lmah wnita krn sifat keibuanny, dan.. tanpa wanita LELAKI KALAH!!..slm ukhwafillah….(^_^)..

11:32:50pm 10/08 
Brakhir prig fjar Syaaban, kmuliaan dnnti di bulnRamadhan, buln istimewa mnymai kbaikn,puasa dan ibadh mjdi bkln~salam Ramadhan utk shbtku skalian~tgkatkn amal ibadah..:-)

12:26:12am 07/08 
Assalamualaikum wbt suriani.. nie sahabat jahat ko..ko apa crita?. Jgn mudah ikut ckap org k.. ikut kata hati ya.. da apa2 ni no aq..wslm

1:22;00 6/10 
Slm, sy di ibnu khaldun. Maaf sy x kenal yg mana satu anda. Tlg tgr la sy.

12:7:14 6/10 
Salam.kpd semua nqbh, pd meeting prtm dgn anak buah mggu ini, anda d minta utk mmulakan halagah dgn sesi ta’aruf, bacaan ma’thurat dan pengenalan halaqah.. tq.sila ambil kdtgn ank buah.:-)slmt m’jlnkn amanah yg diberikan. B-)

9:18:56pm 4/10 Salam.kak su mara ke? Kalau ada buat slh kat akak mntk maaf sgt3 ya.. 

10:29:07pm 12/10 Bh p la rest dn tdo kjp…kw tu bz ja truz tau…

6:37:12am 12/10 
Kalam ini adlh khusus tnda rndu pd mu whai mujahidah, wanita solehah yg dtarbiyah, pbawa sinar pd bi’ah, hrpn agama utk dsmpikan risalah.. lntas whai shbtku fillah, ayuh trus kuat mlwn mehnh, trus gagah dlm lmbut dan ramah. Sebrkan dkwah pd bangsa yg parah. Jgn kta hny sbuk mbelai dr, kelak soalan dmahsyar mnnti, apa sumbngmu pd agma yg suci ini.. jgn mudah lemah kiranya apa yg dihajati tidk dpenuhi..kuatkn dr mhadapi mehnah & tribulasi.. same2la kte igt m’ingati. Jaga ibadat, jaga hbgn dgn Allah dan sesame manusia I luv u coz Allah. TAKBIR!!!

7:05:01pm 13/10 
Salam 1 uniten,
TANNIAH n TAKZIAH kpd anda kerana telah terpilih sbgai AJK MPP bgi sesi 2010/2011. Sebrg kesulitan amatlah dikesali. Kami harap anda dpt menjlnkn tugas dgn baik bagi sesi kali ini. perjumpaan kali pertama akan diadakan pd ml mini jam 8.30 pm di AA16.HARAP MAKLUM….

1:12:27am 12/10 
Slm.syukran kak su..sy ada smgat da,syg akak,,=)akak sorg je faham..maaf sushkn akak..doakn ya kak.akak tido elok2..assalamualaikum.

4::55:41pm 5/10 
Assalamualaikum. Sy pn. Mahlindayu. Apa khabar? Sht? Jika ada klpgn, blh ke kita b,temu sbntr esok di ibnu khaldun, jam 1, zhr b,jemaah n b,kenalan, insyaAllah?

5:29:23pm 8/10 
Ws…insyaAllah kw akn jd seorg pemimpin yg baik…aku doakan kesejahteraan utk kw ye su…tp ingat tiap2x yg dtg pasti ada dugaan dn cabaran jd kita arus tabah dn sbr menghadapiny…jgn kita ikut marah dn hawa nafsu syaitan laknatullah…ingat tau pesan shbt mu nie….n last miz u la pla..hahahahaha

12:17:01am 12/10 
Salam sue…uda ye…doakan jak kak long mu d tmptkn di tmpt org yg b’iman ye…jan lpa sdekah alfatihah ye…

12;42;49 7/12 
Salam Maal Hijrah…
Ya Allah, seketika di akhir tahun ini InsyaAllah muncul tahun baru yang ceria. Engkau muliakan & sayangi penerima ucapan ini, berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezeki kepadanya, jauhkan daripada fitnah, penganiayaan dan penghinaan, suburkan benih keimanan dengan penuh kasih sayang serta taqwa tanpa alas an. Makbulkan cita2nya yang murni. Amin Ya Rabbal Alamin. Selamat tahun baru 1432H.

9;08;33am 5;12 
“bile dai’e tdk m’jg htinya, mk rosaklh drinya t’fitnahlh Islam kerananya & runtuhlah da’wah d tgnnya. Subhanallah, kejayaan da’wah bkn tletak pd kepandaian seorg dai’e bkta2 tetapi tletak pd kbersihan dan keikhlasan hatinya.. maka waspadalah hatimu sll agar ia terselamat dr kekotoran NAFSU yg menipu” psanan pd dri sndiri yg leka ini.

5;41;25pm 19/10 
Slm.. pd yg ad kelapangan, jgn lupa date kta sekejap lg. jmpa di depan gerai cik ma ye.

2;04;48 26/10 
Imam ghazali berkata ilmu yg bermanfaat adlh ilmu yg dapt menambahkan ketakutan pada Allah, menambahken pengkihatan pd aib diri sendiri, shggalah amalannya itu menjadikan ia lebih bertakwa pd Allah.. semoga kta dkurniakan ilmu yang bermanfaat.. ya Allah, Engkau berikan shbt dan aku ilmu yg bmanfaat supaya kami dapat menjadi pjuang Islam di dunia dan bidadari syurga d akhirat.. ‘ud’uni astajib lakum.


"Pada mereka.. banyak sikap mahmudah yang telah saya contohi..
Perjalanan ini menemukan kita dengan ramai insan..
kekaguman dengan peribadi mereka banyak menyedarkan saya
yang Allah memberikan sahabat yang kita perlukan"


Saturday, December 15, 2012

Berbaloikah??

Berbaloikah jika kita nampak hebat memiliki rumah besar, makan besar, pangkat besar dan di besar-besarkan orang sampai ke matikita tidak ikut disiplin Tuhan, dalam masa itu diuji oleh Tuhan 50 tahun hidup istimewa, lepas itu kena hidup dalam Neraka selama-lamanya. Bila kita gagal berhadapan dengan ujian Tuhan walaupun hidup istimewa, tapi kita akan berhadapan dengan 4 penderitaan.

1. Penderitaan sewaktu mati
Mati ini kita tidak boleh ukur pada pandangan lahir semata-mata. Kalau di ukur secara lahir, kadang-kala orang berkata, "Si Polan itu nampaknya senang matinya, bagus matinya, nampak elok sahaja, mudah sahaja," itu kata kita yang menilai lahirnya sahaja sedangkan di waktu itu dia sudah berada di alam lain, bukan di alam kita. Kita tidak boleh mengukur alam syahadah dengan alam lain. Penderitaan yang dihadapi oleh orang yang hendak mati bukan kita tahu.

Rasulullah SAW pernah berkata bahawa orang yang mati dalam penderitaan itu ada tanda-tandanya, di antaranya ialah:
- mata terbeliak
- telinga kembang
- berbunyi macam kerbau berdengkur

Itulah di antara ciri-ciri orang yang mati di dalam azab. Jadi orang yang gagal ujian Tuhan walau dia kaya sekalipun, hidup senang, dilayan istimewa, tidak pernah susah hanya sekitar 50 tahun, tapi selepas itu tetap tidak akan terlepas daripada penderitaan mati. Itu nisbah seorang yang kaya raya, kita tidak cakap tentang orang biasa, yang kadangkala susah, kadangkala senang hidupnya. Ini kita cakap tentang orang yang 50 tahun hidup dengan penuh istimewa sungguh, dunianya syurga, tidak pernah sakit, tidak pernah susah tidak pernah orang kata, tidak pernah orang hasad dengki. Tapi bila gagal menjalani ujian Tuhan, selepas itu yang pertama dihadapi adalah penderitaan mati.

Hadis juga ada menceritakan sakit mati itu bagaikan 300 tetakan pedang. Bayangkan kalau sekali orang sembelih kita, walaupun kita tidak pernah alami, tentu terasa sakitnya, sedangkan sakit mati itu ialah 300 kali ganda. Walaupun nampak macam sekejap sahaja hilang nyawa tapi sebenarnya macam dapat 300 tetakan.

2. Penderitaan di alam kubur
Sewaktu di tanam, Hadis mengatakan, apabila orang yang mengiringi jenazah sudah balik, setelah tujuh langkah bermulalah penderitaan kubur. Pertama kejahatan kita itu dilembagakan. Kerana busuknya kalaulah tercium, orang di dunia boleh mati, bahkan akan mati makhluk seluruh dunia. Kemudian orang yang mati itu akan bertanya, "Kau siapa?" Lembaga itu akan menjawab, "Aku ini kejahatan engkau." Lepas itu barulah malaikat datang, bertanya pula, bila tidak dapat jawab, disebat hingga terperosok ke dalam tanah 70 hasta, setiap kali ditanya dan tidak boleh jawab malaikat akan sebat dan terperosok lagi sampailah kiamat, apakah mampu menanggung azab itu?

3. Penderitaan Padang Mahsyar
Antara penderitaan Padang Mahsyar, bagi orang jahat, matahari berada di atas ubun-ubun. Kerana banyaknya manusia di Padang Mahsyar, dalam Quran diceritakan betis-betis bertindih macam rokok dalam kotaknya, rapat, padat, ketat. Tuhan biarkan beratus tahun dalam keadaan begitu hingga peluh keluar dan manusia tenggelam dalam peluhnya. Sanggupkah?

4. Penderitaan Neraka
Penderitaan paling dahsyat adalah Neraka. Manusia nanti kena meniti Siratal Mustaqim. Orang yang jahat akan jatuh ke Neraka. Penderitaan Neraka di antaranya; kaki dengan tangan diikat, dicantum pada tengkok dan dibelenggu. Api membakar, menyala, panasnya 90 kali ganda api yang ada di dunia. Api yang paling kuat di dunia dianggap satu, di Neraka ditambah power 90 kali ganda lagi panas, apakah larat? Disebat setiap hari oleh malaikat, bila lapar diberi makan zakum, iaitu bara api Neraka. Apakah larat? Bagi orang kafir, kekal selamanya dalam Neraka, bagi orang Islam yang buat dosa, tidak kekal, tapi mungkin sejuta tahun, 3000 tahun, seribu tahun. Apakah larat?

Jadi orang yang waktu hidup di dunia tidak ikut disiplin Tuhan kemudian dia tidak tahan diuji Tuhan, maka ada empat penderitaan tadi yang akan ditempuh. Oleh itu kalaulah orang tahu hakikat ini, maka kerana Tuhan, susah di dunia pun tidak mengapa. Kesusahan 50 tahun di dunia tidak sama dengan susah yang empat jenis tadi itu. Di dunia ujian paling susah mungkin kena langgar kereta dan mati, jatuh ke laut, mati lemas, sakit kuat lalu mati. Tapi tidaklah tersiksa sangat berbanding dengan kesusahan di Akhirat nanti. Sebab itulah tidak pelik mengapa Tuhan sebut tentang Akhirat dahulu baru dunia.

Cuba kita lihat realiti yang berlaku hari ini, bila disebut antara dunia dan Akhirat, manusia lebih cenderung untuk memikirkan tentang yang dekat iaitu dunia berbanding Akhirat yang jauh. Lebih mengambil berat tentang dunia berbanding Akhirat. Ertinya kalau nisbah dunia dan Akhirat kita fikir yang dekat iaitu dunia. Tapi kalau di antara dunia dengan dunia kita tidak fikir yang dekat, kita fikir jauh. Di dunia seseorang itu akan fikir untuk masa depannya, sanggup belajar jauh di luar negara, jual tanah, jual aset, dan berfikir biar susah dahulu asalkan senang kemudian.

Nisbah kehidupan di dunia, manusia cenderung untuk fikir yang jauh, tidak fikir yang dekat, tapi nisbah Akhirat dia tidak fikir yang jauh, padahal itu lagi berat. Akhirat lagi utama kerana ia kekal selama-lamanya. Untuk masa depan di dunia orang sanggup susah payah belajar, ambil PhD di Amerika, pinjam duit merata-rata, tapi tidak mengapa susah dahulu, nanti senang kemudian. Pandai pula berfikir susah dahulu senang kemudian. Mengapa tidak buat untuk Akhirat begitu?

Penderitaan dunia dan Akhirat itu jauh bezanya. Nisbah penderitaan dunia dengan Akhirat, susah di dunia ini macam digigit nyamuk, manakala di Akhirat macam dibaham singa. Walaupun sebenarnya kadarnya bukan sebegitu tapi itu sahaja yang boleh kita cuba bandingkan. Yang kita takut sangat nyamuk gigit sampai sanggup ambil risiko dibaham singa mengapa? Sebenarnya bandingannya entah berapa ribu kali ganda.

Nikmat dunia ini apalah sangat? Nisbah makan, apa yang paling sedap? Katalah durian. Lepas makan durian ke mana? Tak ke istana tapi ke tandas. Tapi nisbah makanan di Akhirat, katalah kita makan epal, kita gigit kali pertama, lain rasanya, gigit lagi kali ke dua sudah lain pula rasa, bertambah sedap, bertambah sedap lagi, sudahlah bertambah sedap, tidak sakit perut, tidak ke tandas selepas itu. Tapi orang tidak nampak itu semua, orang nampak durian di dunia, tidak nampak durian di Akhirat. Katalah ada 100 jenis buah, dalam sekelip mata boleh makan 100 jenis itu. Tidak sakit perut, tidak ke tandas! Betapa indahnya Akhirat!

Di Syurga, orang yang paling lemah iman dapat 50 bandar, bukan bandar macam Kuala Lumpur atau New York, tapi tidak dapat digambarkan keindahannya. Kalau di dunia, katalah orang hadiah kita 50 bandar macam Kuala Lumpur, itu malah menyusahkan. Yang kedua, bolehkah lawat semua? Hari ini secara detail kita tidak boleh melawat semua. Tidak mampu. Kalau mampu pun tentu letih, jemu, fed-up, apa indahnya lagi? Sedangkan di Akhirat, teringat sahaja sesuatu, tidak sampai seminit semua dapat lihat. Yang imannya lebih tinggi lagi banyak dapat bandar. Bila mahu melawat dalam sekelip mata boleh lawat semua. Ingat sahaja, katalah kita ingat sesuatu di New York, niat sahaja sudah sampai. Teringat sesuatu di Kuala Lumpur, niat sahaja sudah sampai. Katalah hendak lawat dengan kapal terbang, kapal terbang tidak jatuh. Kalau kita minta dijatuhkan sedap pula dijatuhkannya. Tak takut.

Kalau isteri, ada seribu, 2000, 3000, di antaranya bidadari. Walaupun bidadari istimewa, isteri kita besok ketua isteri-isteri, kalau isteri kita masuk Syurga sama. Kalau tidak masuk Syurga sama, habislah. Jadi ketua isteri itu isteri kita yang solehah. Di Syurga kehidupannya tidak pernah bergaduh, berkasih sayang sepanjang masa. Teringat gaduh pun tak. Tenggelam dalam nikmat dan tidak jemu.

Di Akhirat penderitaannya dahsyat, nikmatnya pun dahsyat, sebab itu Tuhan sebut mati dahulu. Sebab is besar, sedangkan dunia kecil tidak ada harga. Sebab itu di sisi Tuhan dunia ini kalau ada nilai setakat sebelah sayap nyamuk, dan orang jahat tidak akan dapat apa-apa.

Kerana dunia ini tiada nilai di sisi Tuhan, maka orang jahat diberi banyak, siapa paling jahat dapat lebih banyak, yang baik-baik, makin tidak dapat. Macam Rasul-rasul, Tuhan tidak bagi kekasih-Nya perkara yang tidak ada nilai. Dunia ini untuk orang jahat, sila ambil. Untuk para kekasih Tuhan, Tuhan berkata: "Engkau kekasih-Ku, Aku hendak simpan di Syurga."

Setelah kita buat perbandingan dunia Akhirat, munasabahlah Tuhan sebut mati dahulu sebelum Akhirat supaya kita bagi tumpuan pada Akhirat daripada dunia.

Doa bagi mereka yang telah meninggal dunia

Inilah doa Baginda Nabi Muhammad saw ketika meninggalnya sahabat Abu Salamah r.a:


Wahai Allah, ampunilah Abu Salamah, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.
====

Nota: Apabila seseorang ingin berdoa seperti ini untuk seorang Muslim yang lain, dia boleh memasukkan nama orang tersebut menggantikan nama Abu Salamah didalam doa di atas.

Thursday, June 7, 2012

Monolog Dalaman


"Hasbunallah wa ni’mal wakil, Ni’mal maula wa ni’mal nashir…" 
aku melihat diri-ku & mereka.. sejenak tu aku bermonolog sendiri semasa balik dr kerja.. dlm monolog aku berbicara sendirian..

 "berbanggalah dengan segala kekayaan kecantikan kepandaian kebijaksanaan kemewahan kalian.. x salah. simpan lah segala harta yang kau telah cari selama ni.. x salah. tunjuklah segala kehebatan-mu krn gelaran, kejayaan, anugerah itu & ini, sbb kau smemangnya dikurniakan kehebatan.. maka berbanggalah.. sbb kau shj yg bertuah & golongan sewaktu dgn-mu.. x kisah.. makanlah makanan semewah manapun.. x apa. tinggallah di tempat elite dan berhiaslah supaya kau sentiasa kelihatan cantik di pandangan mereka itu.. tapi ingat wahai diri, kerana...

Pakaian Terakhir kita adalah Seikat Kain Putih… & perfume kita nti adalah kapur barus.. see
kerana.. Kain Terakhir kta adalah Kain Kafan yang tidak Berjahit Tepi…. see
kerana.. Kenderaan terakhir kta adalah Keranda yang akan diusung… see
kerana.. kerana rumah terakhir kita adalah KUBUR.. see
kerana.. kerana title kita yg terakhir adalah ALMARHUM.. see
kerana wajah terakhir kita adalah TENGKORAK.. see
kerana tempat tidur yg terakhir adalah TANAH.. see
kerana alat komunikasi yg boleh menyelamatkan kita adalah DOA.. see.."

masihkah kita dpt berbangga walhal kita tiada apapun kecuali dengan pertolongan Allah.. astagfirullah al-azim.. Kembali mengingat Allah.

Sunday, May 13, 2012

...and even brighter



Baqarah [117] Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: 

Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia.










Saturday, November 19, 2011

6 soalan bocor!!


Menjawab 6 Soalan

1. Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ?
2. Apa yang paling jauh dari kita di dunia ?
3. Apa yang paling besar di dunia ?
4. Apa yang paling berat di dunia ?
5. Apa yang paling ringan di dunia ?
6. Apa yang paling tajam di dunia ?

JAWAPAN >>>

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya.
Lalu Imam Al Ghozali bertanya....

Soalan yang pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab "orang tua,guru,kawan,dan sahabatnya". Imam
Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita adalah "MATI". Sebab itu sememangnya janji Allah SWT bahawa setiap yang
bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran 185)

Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua.... "Apa yang paling jauh
dari diri kita di dunia ini?".
Murid - muridnya menjawab "negara Cina, bulan, matahari dan bintang -bintang".
Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan itu
adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "MASA LALU". Walau dengan apa cara
sekalipun kita tidak dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga
hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.

Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga....
"Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya menjawah "gunung, bumi
dan matahari". Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling
besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf 179). Maka kita harus
berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".
Ada yang menjawab "besi dan gajah". Semua jawapan adalah benar, kata Imam
Ghozali, tapi yang paling berat adalah "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika
Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi
manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga
banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang
amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Ada yang menjawab "kapas, angin, debu dan daun-daunan". Semua itu benar kata
Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat.
Gara-gara pekerjaan kita meninggalkan sholat, gara-gara bermesyuarat kita
meninggalkan sholat.

Dan pertanyaan keenam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?"
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, "pedang". Benar kata Imam Ghozali,
tapi yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA" Karena melalui lidah, Manusia
selalunya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Sunday, October 16, 2011

step 1 bila naik kenderaan...




Entri kali ni ringan je.. cuma nak kongsi something yang orang selalu anggap nothing..
tp bagi saya.. (yang ni pendapat personal je..)
ilmu tu harta paling mudah di cari.. nak or tak nak je..
hati jika dipenuhi ilmu.. maka dia adalah seperti cahaya..
umpama lebah yang mengerumuni madu..

saya petik sedikit kata2 dalam kitab Ihya Ulumuddin dinyatakan:

Fathul Mausuli berkata, "tidakkah jika seseorang itu sakit dan tidak menjamah
makanan & minuman, dia akan mati?
Demikian juga dengan hati, jika tidak diberikan hikmah dan ilmu
selama 3 hari, ia juga akan mati."

ok2.. berbalik kepada first step bila naik kenderaan tadi tu...

Jawapan yang mungkin kita terima or kita sendiri jawab is:
|
|
V
of course la hidupkan enjin kereta kan..
or
betulkan tempat duduk driver
or
pastikan cermin sisi dalam posisi yang betul
or
panaskan enjin dulu, then kuar kejap dr kenderaan
or
langkah kanan dulu, then baca

pastu bla bla bla... then or sana, or situ..

actually cuma nak gtau sebelum memulakan perjalanan ke destinasi apapun..
jom kita amalkan doa naik kenderaan.. tu je..-_-"" yang di atas tu bukan nak provoke ke apa?
jauh sekali nak psiko2 ni.. (seriusly saya x pandai psiko2 org ni..)

entri ni x berat sangat pun.. ringan je.. lau nak hafal doa ni pun rasanya amik masa 3 minit je..
selepas tu aplikasi la setiap kali naik kenderaan..

perbuatan kita ni biar sekecil zarah pun akan dihitung di akhirat kelak..

jadi belajarlah menghargai pengorbanan yang datangnya dari diri kita sendiri,
x kisah awak nak hargai bagaimanapun..
eg: "terima kasih kepada diri sendiri krn berjaya menghafal ayat ni.."
or
"saya mmg terror, Allah masi kurniakan ingatan yang baik, tq Allah"
(hah.. kata2 camni nampak sweet sikit..)
or
paling mudah, ingat je nyawa kita ni pinjaman, so, manala tahu
masa2 nak drive tu Allah nak tarik pinjamannya.. so.. amalan yang kita bawa mungkin
niat terakhir kita kepada-Nya..
(blurppp...)

so, sebelum meneruskan perjalanan.. mari amalkan doa naik kenderaan ni adik2 suma.. dipetik dari surah Az-Zukruf, ayat 13-14..



DOA NAIK KENDERAAN

Az Zukruf 43:13-14



Malay
Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!

English
“Glory to Him Who has subjected these to our (use), for we could never have accomplished this (by ourselves),
And to our Lord, surely, must we turn back!”

click here to get mp3:
http://www.daawah.com/doa/AzZukruf13.mp3


Wednesday, September 28, 2011

“ijlis bina nu’min saah..”


“ijlis bina nu’min saah..”
bermaksud
|
|
|
V
‘Mari kita duduk sejenak untuk membina iman kita bersama’.


Thursday, August 18, 2011

2nd + 3rd gathering Sabahan@UNITEN

2nd & 3rd Gathering in Memory Slideshow: Siswa/’s trip from Sabah, Malaysia to Pahang was created by TripAdvisor. See another Pahang slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" - (Saidina Ali)






Wednesday, April 20, 2011

U.N.I.C

╔♫═╗╔╗ ♥
╚╗╔╝║║♫═╦╦╦╔╗
╔╝╚╗♫╚╣║║║║╔╣
╚═♫╝╚═╩═╩♫╩═✘? +♥♥♥♥+

♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░♥
♥░░▓▓▓▓░░▓▓░░░░▓▓░░░░░▓▓▓▓░░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓▓▓▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓░░░░▓▓░░░░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥ ♥░▓▓░░▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓▓▓▓░▓▓░░▓▓░▓▓░░▓▓░░♥

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

.......~*~*~*~...... Ku temukan Engkau di setiap Tahajudku ......~*~*~*~......

♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

_¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`♥´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
○°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯• ‘♥_♥’
Ya Allah..kurniakan lah kpd kami kejayaan di dunia dan di akhirat...aminn

Thursday, March 31, 2011

Ukhuwahfillah @UNITEN 10/11..


Jika hari ini aku terlalu gembira dengan duniawi...
sedarkanlah aku dengan amarah Allah..
Jika aku bersedih...
pujuklah aku dengna tarbiah Maha Pencipta...
Jika antara kita ada tembok pemisah..
leraikan ia dengan ukhwah..
Dan..
jika pernah hatimu terluka dengan sikapku..
maka luahkanlah agar aku berubah..
satu yang aku mohon..
berjanjilah..
ukhwah kita untuk selamanya....
Tirai penutup semester 2 2010/2011 @UNITEN






Monday, March 7, 2011

Damai yang hilang..


Astagfirullah al-azim.. terlalu lalai ana dengan dunia-Mu ya Allah.. Tersentak ana seperti baru sementar tadi Engkau pinjamkan seorang sahabat kepada ana.. setelah dia dh pergi.. ana sangat merinduinya.. Ya Allah berikan kekuatan & kebaikan padanya di luar sana..

Wahai Tuhanku, aku pohon dari-mU, & kasih mereka yang kasihkan-Mu, & aku pohon amalan yang boleh menyampaikanku kepada kasih-Mu. Wahai Tuhanku, jadikan kasihMu lebih dicintaiku dari diriku, dari keluargaku dan dari air yang dingin.. amin..





Sunday, March 6, 2011

Catatan kehidupan



Memory in IBAM still in my mind & heart forever.. InsyaAllah

Monday, February 7, 2011

Sumber kekuatanku siri 2

syukran ilallah...

5:13:10pm (16 Jan)
Ya Allah.. resahnya hatiku ini.. gelisah sungguh.. kenapa?
wahai Tuhan yang menciptakan hati ini,
tenangkanlah ia.. adakah aku mungkin menghampiri mati?
mungkinkah ajalku hampir tiba & malaikat maut sering mengunjungiku lain dr kebiasaan,
adakah kerana itu aku resah?
Ya Allah.. bantulah hambaMu ini untuk mengecapi redhaMu,
& melepas rindu di makam nabi-Mu sblm dia mati.. amin
-kematian menjemputku-

6:38:33pm (26 Jan)
what happen to your day..
just relax and manage to smile..
you know life is not a problem to be solved
but a gift to be enjoyed..!
tc always. may Allah bless u always, tq 4 everything...slm

2:23:58pm (5 feb)
tak ada knikmatan s'org hamba yang lebih baik setelah kenikmatan islam
selain kenikmatan memperoleh teman soleh,
yang bila lupa akan mengingatkan dan bila ingat ia akan membantunya..
Dan alangkah bahagianya orang yang dikurniakan teman yang mencintainya krn Allah SWT
sesungguhnya kasih ku seorang sahabat ikhlas buatmu krn Allah SWT

facebook (7 Feb)
.cantik seperti mawar...dan bukan mudah untuk dipetik...kerana durinya sentiasa mempertahankan diri dari tgn2 y mahu meragut kecantikan dirinya...hnye org y cerdik sahaja y mmpu memetiknya dgn selamat tnpe ade luke di jari jemari....=))))....

will be continued in the next series
dh maghrib daaaa... yuk solat

Thursday, January 27, 2011

Wahai Malaikat-ku..


ana tertarik & tersentuh baca artikel ni.. ana amik artikel ni kt facebook.. sekadar bacaan ana & koleksi ana kt blog..

Malaikatmu.....


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi di sini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti di saat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"

"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"

"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa di sisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa.. kasih sayang dan pengorbanan seorang IBU. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya dunia dan akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini di kala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam

4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."


1001 satu kisah... salam ukhwahfillah.. =)

Ya Allah ampunilah aku & saudaraku & masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..

action!!

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This free digital scrapbook created with Smilebox

Just share

Share |

Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan.

Related Posts with Thumbnails