Thursday, January 24, 2013

Sandakan Berselawat


Sempena maulidur rasul kali ini ayuh kita semarakkan perasaan cinta dan kasih kita kepada nabi kita Muhammad Rasulullah s.a.w. Basahkan lidah dengan selawat nabi. Semoga Allah menerima amalan kita yang sedikit ini.والله أعلم بالصواب



Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah Al-Ahzaab 33:56)

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). 
(Surah Ali `Imran: 110)


TUJUAN SAMBUTAN

1. Memantapkan keyakinan terhadap Rasulullah SAW.

2. Meningkatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW.

3. Baginda adalah contoh ikutan dalam semua aspek kehidupan.

4. Menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam:

- Beribadah dan mentaati Allah SWT.
- Ketinggian akhlak dan budi pekertinya.
- Kesungguhan dan tetap pendirian ketika berdakwah.
- Teguh dan tetap dalam memperjuangkan Islam dan syariatnya.
- Cinta dan kasih sayangnya terhadap sahabat dan umatnya.


Kelebihan Menyambut Maulidurrasul saw Mengikut Khulafa’ ar Rasyidin
Berikut ini adalah beberapa perkataan 4 sahabat khulafa’ ar rashidin ridiyALLAHU anhum ajmaien yang menyentuh berkenaan kelebihan menyambut  maulid nabi besar Muhammad sholallahu ‘alaihi wasalam:...
Saidina Abu Bakar ash-Shiddiq radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq: “Barangsiapa yang menafkahkan satu dirham bagi menggalakkan sambutan Maulid Nabi saw., maka ia akan menjadi temanku di dalam syurga.” 
 
Saidina Umar bin Khottob al-Faruq radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina ‘Umar: “Siapa yang membesarkan (memuliakan) majlis maulid Nabi saw. maka sesungguhnya ia telah menghidupkan Islam.” 
 
Saidina Utsman bin ‘Affan Dzun-Nuraini radiyALLAHU anhu:
Telah berkata Sayyidina Utsman: “Siapa yang menafkahkan satu dirham untuk majlis sambutan maulid Nabi saw. maka seolah-olah ia menyaksikan peperangan Badar dan Hunain”

Telah berkata Saidina ‘Ali  Karram ALLAHU wajhahu:
 “Siapa yang membesarkan majlis maulid Nabi saw. dan karenanya diadakan majlis sambutan maulid, maka dia tidak akan keluar dari dunia melainkan dengan keimanan dan akan masuk ke dalam syurga tanpa hisab”.
(sumber dari kitab anni’matul kubro ‘alaa al-’aalam fii maulid sayyidii waladii aadam karya Imam Syihabuddin Ahmad ibnu Hajar al-Haitami as-Syafii

والله أعلم بالصواب


Wallahu A’lam bishowab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


22/Jan/2013 (SELESA) :MASJID JAMEK BANDAR SANDAKAN.
JAM: 6.30PTG.  
Maulid Akhbar. Penceramah : HABIB IDRUS B ABDILLAH AL-JUFRI
daripada Jakarta, INDONESIA

23/Jan/2013 (RABU) :MASJID AL- FALAH KARAMUNTING.

JAM: 6.30 PTG.   
Maulid Akhbar. Penceramah : HABIB IDRUS B ABDILLAH AL- JUFRI daripada Jakarta, INDONESIA

24/Jan/2013 (KHAMis) :MASJID DATUK PENGIRAN GALPAM.

JAM: 6.30PTG
Maulid Akhbar. Penceramah : HABIB IDRUS B ABDILLAH AL- JUFRI daripada Jakarta, INDONESIA

25/Jan/2013 JUMAAT :MASJID JAMEK BANDAR SANDAKAN.

JAM: 6.30PTG
Penceramah : DATO' HASSAN MAHMUD AL-HAFIZ (MUDIR IMAM MUDA ASTRO OASIS)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan feedback anda kat sini.. thank you ^_^

Ya Allah ampunilah aku & saudaraku & masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..

action!!

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This free digital scrapbook created with Smilebox

Just share

Share |

Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan.

Related Posts with Thumbnails