Saturday, January 19, 2013

Musykil: Wanita, Al-Quran & Hadas Besar


Entri ni salah satu entri yang ana pilih untuk berkongsi maklumat tentang fiqh wanita. Selalu kita mendengar tentang keharaman itu dan ini ketika sedang dalam keadaan berhadas besar bagi wanita. Tapi jarang untuk meneliti sejauh mana keharaman. Ada juga wanita yang terus menerima bulat-bulat hukum sesuatu tanpa berpandukan sumber yang sahih. Antara faktor utama mungkin kekangan ilmu tu sendiri seperti sumber rujukan yang terhad terutama di kampung2. Tapi bagi ana, kita perlu ada sikap untuk mengambil tahu dan mengambil berat tentang fiqh wanita. Sebabnya wanita itu sendiri akan bergelar kawan, isteri, ibu dan nenek..   so, bayangkan jika suatu hari kita berhadapan dengan pertanyaan daripada kawan kita sendiri, or kita nak bagi kefahaman kepada anak kita, or even suami or cucu cicit in the future..

Kehidupan yang berpandukan sistem agama amat terurus. Jangankan dulu, sehinggakan sekarang pun ia masih menjadi sumber rujukan kuasa Eropah. Islam menggariskan panduan hidup yang menjadi ad-deen muslimin dan muslimat. Sehinggakan Al-quran dijadikan bahan kajian yang amat menakjubkan.

Para ulama’ bersepakat mengatakan haram bagi seseorang yang berhadas besar membaca al-Quran. Ini kerana dalil di dalam masalah ini adalah kuat dan jelas.

Manakala bagi perempuan haidh, mereka khilaf di dalam masalah ini kerana kelemahan dalil yang berkait dengan masalah ini.

Jumhur ulama’ mengatakan haram bagi perempuan haidh membaca al-Quran:

1. Imam at-Termizi mengatakan bahawa itu adalah pandangan majoriti ahli ilmu di kalangan sahabat, tabien dan generasi sesudahnya. (Jami’ Usul Jilid 7, ms 358 dan Bidayah Mujtahid Jilid 1 ms 56)

2. Imam al-Nawawi (ulama’ mazhab Syafie) mengatakan bahawa itu adalah pendapat yang diriwayatkan dari Omar, Ali dan Jabir r.a. dan juga pendapat al-Hasan al-Basri, Qatadah, Ato’, Abu al-Aliah, an-Nakhaie, Said bin Jubair, az-Zuhri, Ishak dan Abu Thur.

3. Imam Ahmad mempunyai dua riwayat di dalam masalah ini; pertama haram dan kedua harus.

4. Pendapat yang masyhur di dalam mazhab Syafie haram bagi perempuan haidh membaca al-Quran.

Sebahagian ulama’ pula mengatakan harus:

1. Jumhur ulama’ mazhab Syafie dari Khurasan mengatakan bahawa qaul qadim (fatwa Imam Syafie sebelum dia berpindah ke Mesir) adalah harus bagi perempuan haidh membaca al-Quran. (Majmu’ Syarah Muhazzab Jilid 2 ms 356)

2. Muktamad di dalam mazhab Maliki adalah harus bagi perempuan haidh membaca al-Quran secara mutlak dalam apa juga keadaan kecuali apabila haidhnya berhenti, diharamkan dia membaca al-Quran sehinggalah dia mandi.

Dalil bagi yang mengatakan haram membaca al-Quran bagi perempuan haidh ada dua:

1. Hadis yang diriwayatkan oleh al-Termizi dari Abdullah bin Omar r.a.: “Janganlah seorang perempuan haidh dan seorang yang berhadas besar membaca apa-apa dari ayat al-Quran.”

2. Dalil kedua adalah qias. Hukum perempuan yang haidh diqiaskan kepada hukum orang yang berhadas besar kerana wujudnya ‘illah’ yang membolehkan kedua-dua hukum ini disamakan.

Berkenaan dalil yang pertama, Imam Nawawi berkata: “Hadis ini diriwayatkan oleh al-Termizi dan al-Baihaqi daripada Abdullah bin Omar r.a. tetapi al-Termizi dan al-Baihaqi mengatakan bahawa hadis ini adalah hadis dhaif.” (Majmu’ Syarah Muhazzab Jilid 2 ms 356). Ulama’ mazhab Hanafi juga bersetuju bahawa hadis ini dhaif walau pun mereka berpendapat bahawa perempuan yang haidh haram membaca al-Quran (al-Binayah Jilid 1 ms 643 – 644).

Ulama’ yang mengatakan haram membaca al-Quran bagi perempuan yang haidh seterusnya mengatakan bahawa walau pun hadis ini dhaif tetapi ia boleh dijadikan dalil kerana ada hadis-hadis dari pelbagai riwayat yang menguatkannya.

Manakala dalil bagi ulama’ yang mengatakan harus bagi perempuan yang haidh membaca al-Quran ada dua:

1. Hadis yang diriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa beliau membaca al-Quran ketika beliau berada dalam keadaan haidh.

2. Dalil akal yang membezakan di antara haidh dan hadas besar. Haidh tempohnya panjang berbanding hadas besar. Tidak membaca al-Quran untuk tempoh yang panjang akan menjadikan dia lupa. Di samping jika sekiranya dia adalah seorang guru agama yang mengajar al-Quran, hukum haram tersebut akan menjadikan mata pencariannya terganggu. (Majmu’ Syarah Muhazzab Jilid 2 ms 357)

Dengan itu kami simpulkan bahawa perempuan haidh adalah haram membaca al-Quran dengan berpandukan dalil-dalil di atas. Jumhur sahabat, tabien dan ulama’ sesudah mereka berpendapat demikian dan ini menunjukkan kekuatan pendapat ini. Walau pun begitu diharuskan bagi perempuan haidh membaca al-Quran di dalam keadaan dharurat dan atas sebab-sebab tertentu seumpama yang disebutkan di atas.Yang kuat dalam hal ini adalah pendapat yang pertama, dan ini boleh dilihat dalam Majmu’ Fatawa 21/460 dan Syarhuz Zad 1/291. (Nukilan dari Syarh Umdatul Ahkam karya Abu Ubaidah Az Zaawii, murid senior Asy Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wadhi’i)

Asy Syaikh Mushthafa Al Adhawi dalam kitabnya Jami’ Ahkamin Nisa’ (1/183-187) membawakan bantahan bagi yang berpendapat tidak bolehnya wanita haid membaca Al Qur’an dan di akhir tulisannya beliau berkata : “Maka kesimpulan permasalahan ini adalah boleh bagi wanita haid untuk berdzikir kepada Allah dan membaca Al Qur’an kerana tidak ada dalil yang sahih yang jelas dari Rasulullah SAW yang melarang dari hal tersebut bahkan telah datang dalil yang memberi faedah bolehnya (wanita haid) membaca Al Qur’an dan berdzikir sebagaimana telah disebutkan sebelum ini dalam perenggan di atas..”

Al Hafidh Ibnu Hajar A dalam Fathul Bari (1/502) menyatakan bolehnya wanita haid membawa Al Qur’an dan ini sesuai dengan madzhab Abu Hanifah.Berkata Asy Syaikh Mushthafa Al Adawi : “Majoriti Ahli Ilmu berpendapat wanita haid tidak boleh menyentuh mushaf Al Qur’an. Namun dalil-dalil yang mereka bawakan untuk menetapkan hal tersebut tidaklah sempurna untuk dijadikan sisi pendalilan. Dan yang kami rasakan benar, Bahwasannya boleh bagi wanita haid untuk menyentuh mushaf Al Qur’an. Berikut ini kami bawakan dalil-dalil yang digunakan oleh mereka yang melarang wanita haid menyentuh Al Qur’an. Kemudian kami ikutkan jawapan atas dalil-dalil tersebut;

1) Firman Allah swt;“Tidaklah menyentuhnya kecuali mereka yang disucikan.” (Al Waqi’ah : 79)
2) Sabda Nabi saw.“Tidaklah menyentuh Al Quraan itu kecuali orang yang suci.” (HR. Ath Thabrani. Lihat Shahihul Jami’ 7880. Al Misykat 465)

Jawapan atas dalil di atas :

Pertama : Majoriti Ahli Tafsir berpendapat bahwa yang diinginkan dengan dhamir (kata ganti) dalam firman Allah Ta’ala : ((Laa Yamassuhu)) adalah ‘Kitab Yang Tersimpan Di Langit’. Sedangkan ((Al Muthahharun)) adalah ‘Para Malaikat’. Ini dipahami dari konteks beberapa ayat yang mulia :“Sesungguhnya dia adalah Quraan (bacaan) yang mulia dalam kitab yang tersimpan, tidaklah menyentuhnya kecuali Al Muthahharun (mereka yang disucikan).” (Al Waqi’ah : 77-79)Dan yang menguatkan hal ini adalah firman Allah swt;“Dalam lembaran-lembaran yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para utusan yang mulia lagi berbakti (yakni para malaikat, ” (Abasa : 13-16)Inilah pendapat majoriti Ahli Tafsir tentang tafsir ayat ini.

Pendapat Kedua : Tentang tafsir ayat ini bahwasannya yang dikehendaki dengan Al Muthahharun adalah kaum Mukminin, berdalil dengan firman Allah :“Hanyalah orang-orang musyrik itu najis.” (At Taubah : 28)Dan dengan sabda Nabi saw :“Sesungguhnya orang Muslim itu tidak najis.” (HR. Bukhari nomor 283 dan Muslim nomor 116)Dan Nabi saw melarang pemergian dengan membawa mushaf ke negeri musuh, kerana kuatir jatuh ke tangan mereka(Musuh). (HR. Muslim dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma)

Pendapat Ketiga : Bahwasannya yang diertikan dengan firman Allah (yang artinya) : “Tidaklah menyentuhnya kecuali mereka yang disucikan.” (Al Waqi’ah : 79) adalah tidak ada yang dapat merasakan kelazatannya dan tidak ada yang dapat mengambil manfaat dengannya kecuali orang-orang Mukmin.

Namun ada pula Ahli Tafsir (walaupun sedikit) yang berpendapat dengan pendapat keempat, bahwa : “Yang dimaksudkan dengan Al Muthahharun adalah mereka yang disucikan dari dosa-dosa dan kesalahan.

Dan yang kelima : Al Muthahharun adalah mereka yang suci dari hadas besar dan kecil.Sisi keenam : Al Muthahharun adalah mereka yang suci dari hadas besar (janabah).Mereka yang membolehkan wanita haid menyentuh mushaf memilih sisi yang pertama, dengan begitu tidak ada dalil dalam ayat tersebut yang menunjukkan larangan bagi wanita haid untuk menyentuh Al Qur’an. Sedangkan mereka yang melarang wanita haid menyentuh Al Qur’an memilih sisi kelima dan keenam. Dan telah di penjelasan bahwa majoriti ahli tafsir menafsirkan Al Muthahharun dengan malaikat.

Dalil Kedua : Tidak aku dapatkan isnad yang shahih, tidak pula yang hasan, bahkan yang mendekati sahih atau hasan untuk hadits yang dijadikan dalil oleh mereka yang melarang wanita haid menyentuh Al Qur’an. Setiap sanad hadits ini yang kami dapatkan, semuanya tidak lepas dari pembicaraan. oleh itu apakah hadits ini boleh terangkat kepada darjat shahih atau hasan dengan dikumpulkannya semua sanadnya atau tidak?Dalam masalah ini ada perbezaan pendapat, Asy Syaikh Albani rahimahullah menshahihkannya dalam Al Irwa’ (91/158). Bila hadits ini dianggap shahih sekalipun, maka pengertiannya sebagaimana pengertian ayat yang mulia di atas. (Jami’ Ahkamin Nisa’ 1/187-188)Asy Syaikh Al Albani rahimahullah sendiri ketika menghuraikan hadits di atas beliau menyatakan bahwa yang dimaksud dengan ‘thahir’ adalah orang Mukmin baik dalam keadaan berhadas besar atau hadas kecil ataupun dalam keadaan haid.


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan feedback anda kat sini.. thank you ^_^

Ya Allah ampunilah aku & saudaraku & masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..

action!!

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This free digital scrapbook created with Smilebox

Just share

Share |

Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan.

Related Posts with Thumbnails