Tuesday, December 6, 2016

Syukur Alhamdulillah hamil selepas setahun (Siri 1)

On the streets I live..

Bismillah..
Alhamdulillah wa syukurillah.. Segala puji layaknya kepada Allah kerana masih di kurniakan kesempatan bernafas dibumi-NYA..

Syukur alhamdulillah juga kepada-NYA, kerana penantian bersama suami terjawab akhirnya. Sujud syukur selayaknya kepada Allah swt atas nikmat yang tidak dapat didustakan.

Berdasarkan apa yang dinasihati nurse pagi tadi, bahawa jangan layan rasa mual dan muntah tu.. so, I come out with this entry. Might be may help others who trying to conceive just like me before.

Bagi pasangan yang TTC (try to conceive) iaitu mencuba untuk hamil beberapa tips atau ikhtiar mungkin boleh membantu dan mungkin juga tidak.

(Perhatian: Ada beberapa perkara saya kongsikan bukan kerana perkara ini yang menyebabkan saya yakin saya hamil cuma untuk ikhtiar, Niat kita jangan sampai percaya kepada kuasa benda itu tapi Allah lah tempat bergantung dan sandaran utama)

Amalan rohani.
1. Rajinkan diri taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah. (tahajjud, puasa sunat, solat sunat, doa.. doa.. dan doa..)

2. Zikir
Zikir-zikir mustajab yang boleh diamalkan untuk mendapat zuriat:
1. Ya Khaliq (Baca 100x sehari)
al-khaliq
Maha Pencipta
2. Ya Bari’ (Baca 100x sehari)
Ya Bari'
Maha Perancang
3. Ya Musau-wir  (Baca 100x sehari)
Ya Musawwir
Maha Pembentuk

4. Ya Razzaq (Baca 100x sehari)
Ya Razzaq
Maha Pemberi Rezeki
5. Ya Fatah (Baca 100x sehari)
Ya fatah
Maha Pembuka
6. Ya Karim (Baca 100x sehari)
Ya karim
Maha Pemurah
7. Ya Allah (Baca 100x sehari)

3. Bacalah Al-Quran dan tadabbur sekali. Agar hati kita sentiasa terubat dengan janji Allah, kasih sayang Allah, peringatanNya untuk kita terus kuat di dunia ni. Oleh kerana aku seorang guru.. ibu kepada pelajar ramai yang memberi pelbagai nasihat dan sokongan. Antara tips mereka supaya setiap hari memperdengarkan/ membaca surah Maryam.

4. Perbaiki hubungan sesama manusia agar mereka juga tidak putus-putus mendoakan rezeki kita. Yakin dia sebagai senjata orang mukmin. Amalan sedekah, sabar dan menangislah kerana banyak tertawa menjadikan hati kita alpa dan leka dan selalu positif dengan meluahkan apa kita kita rasa pada pasangan menjadikan kita lebih tenang. 

Untuk amalan pemakanan yang saya dan suami ikhtiar bolehlah sambung diruangan ini klik

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan feedback anda kat sini.. thank you ^_^

Ya Allah ampunilah aku & saudaraku & masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..

action!!

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This free digital scrapbook created with Smilebox

Just share

Share |

Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan.

Related Posts with Thumbnails