Thursday, December 13, 2012

Monolog si gadis kampung 1




look like really sad ea..
tapi selalu macam ni bila mengantuk.. hee

19Nov12 (5 Muharam 1434 H)
Menanti Zuhur berlabuh kpd Asar. (3:15pm SDKN)

Dengan air wudhu masih segar ditubuhku, aku menyarungkan telekung. Di kala itu fikiranku menerawang. Berfikir sejenak. Seketika aku ditawarkan 2 pilihan perjalanan hidup.

Pilihan pertama adalah pilihan yang aku benar-benar inginkan dan plg aku sukai kerana itulah yang selalu menghiasi angan-anganku.

Pilihan kedua pula adalah yang datang tanpa aku duga. Hampir lengkap menjaga kemaslahatan dan terang-terang mengelak kemudharatan kepada aku. Tapi sesekali tu aku bersikap tidak adil kerana tidak memberitahunya yang aku tidak suka dengan pilihan ini. Walaupun aku tidak membenci tapi aku mengambil keputusan untuk mengelak kerana kehadirannya tidak pernah aku jangka.

Justeru.. aku memilih pilihan pertama untuk melengkapkan impianku dan juga membuktikan yang ia juga bukan setakat cakap-cakap kosong sahaja.

Tapi…

Belum sampai habis perjalanan itu, baru sahaja separuh jalan aku terasa lelah & letih. Perjalanannya terlalu panjang dan banyak kemungkinan kemudharatan itu datang dalam pelbagai keadaan. Sedangkan pilihan kedua tadi amat mudah dan ringkas jalannya. Kemudharatan dapat di elakkan. Aku berfikir di setiap perjalanan untuk mengambil ibrah dari firman2 Allah. Bukankah Al-Qur’an itu pedoman hidup. Semua itu pengajaran bagi orang-orang yang mahu berfikir.



Ya Allah ampunilah aku & saudaraku & masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..

action!!

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This free digital scrapbook created with Smilebox

Just share

Share |

Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan.

Related Posts with Thumbnails