Monday, June 2, 2014

GST dan sedikit kupasan.

On the streets I live..



Siri 1:
Apa itu GST?
GST=Goods&Services Tax=Cukai Barangan&Perkhidmatan.
Inilah sistem cukai baru yang akan berkuatkuasa pada April2015.
GST dikenakan pada setiap peringkat rantaian pengedaran (steps in the supply chain) dengan nilai cukai bersih terakhir pada kadar 6% pada harga jualan kepada pengguna.

Cukai yang telah lama sediaada ialah:
SST=Sales&Services Tax=Cukai Jualan&Perkhidmatan
SST pada umumnya pula adalah cukai seperingkat yang dikenakan pada peringkat pengilangan. Kadarnya berbeza-beza. Tetapi umumnya bolehlah diringkaskan pada 10%.
Apa beza GST (baru) dengan SST (lama) pada prinsip skopnya?
GST=SEMUA barangan dan perkhidmatan dikenakan cukai, melainkan yang disenaraikan sebagai tidak dikenakan cukai.
SST=SEMUA barangan dan perkhidmatan TIDAK dikenakan cukai melainkan yang disenaraikan sebagai dikenakan cukai.
Nampak tak bahawa skop barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai akan lebih besar di bawah GST?
GST 6% vs SST 10%. Baguslah GST. Kalau begitu apa masaalahnya?
Ya betul, 6% lebih kecil daripada 10% pada nombornya.
Walaubagaimanapun SST 10% itu dikenakan pada sebahagian kecil barangan dan perkhidmatan terpilih. Dan 10% itu dikira berdasarkan harga jualan kilang.
Manakala GST 6% dikenakan kepada hampir semua barangan dan perkhidmatan (rujuk keterangan berkenaan skop yg dikenakan cukai di atas). Dan 6% itu dikira daripada harga jualan runcit akhir.
Contohnya:
Air mineral sebotol dikilang harganya 30sen - cukai SSTnya 3sen @ 10%.
Harga jualan runcitnya rm1.00 - cukai GSTnya 6sen @ 6%.
Boleh nampak kan natijahnya.
Campur tolak campur tolak, harga barangan dan perkhidmatan yang rakyat biasa gunakan akan lebih mahal secara aggregat purata.
Takkan GST ni semuanya buruk. Mesti ada kebaikannya?
Memang betul. GST memang ada kebaikannya. Nantikan posting seterusnya....

Siri 2:
Kelebihan GST:
1. Sistem cukai yang lebih telus dan efisyen. Cukai dikutip di setiap rantaian pengedaran. Pengilang-Pengedar-Pemborong-Peruncit-Pengguna.

2. Ruang untuk lari cukai diminimakan. Sistem komputer dirangkaikan terus daripada peniaga ke kastam.
3. Lebih ramai agen 'pengutip cukai' yang terdiri daripada pengedar, pemborong dan peruncit. Sebelum ini hanya pegawai kastam dan lhdn sahaja.
4. Justeru jumlah kutipan cukai akan meningkat. Lebih pendapatan kepada negara yang boleh digunakan untuk membayar hutang dan pembangunan.
5. Tambahan pendapatan kepada akauntan dan pakar percukaian. Khidmat mereka akan lebih diperlukan untuk mengisi borang cukai input dan output di bawah GST...

Trivia GST...tahukah kita:

1. Nama lain bagi GST ialah VAT=Value Added Tax
2. Lebih 160 negara di dunia telah melaksanakan GST.
3. Di Asia Tenggara, hanya Malaysia, Burma dan Brunei belum melaksanakan GST.
4. GST juga dikenali sebagai 'Cukai Pukat Harimau' kerana skopnya yang kena kepada hampir setiap barang&perkhidmatan dan setiap orang.
5. GST ialah cukai yang paling senang dikutip. Sebaik sahaja anda beli, anda bayar....
6. Barang makanan asas dikecualikan daripada GST.

Sebagai pencerahan, suka saya memetik ucapan belanjawan Menteri Kewangan @ Perdana Menteri - YB DS Mohd Najib Tun A Razak dalam sidang Parlimen 25 Oktober 2013:

"...Barang makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu sekalipun belacan.."
Dikecualikan daripada GST

Siri 3: GST

Ada yang beritahu, harga barang akan turun kesan daripada GST. Ada pula yang kata harga barang akan naik. Kelirulah saya!!!!


Memang betul secara teorinya, akan ada sebahagian kecil barangan yang kosnya akan lebih rendah. Sistem cukai GST mampu mengurangkan kesan cukai bertindih dalam rantaian pengedaran.

Namun secara praktis umumnya, harga barangan secara purata keseluruhannya akan lebih mahal. (Aggregat inflasi). Unjuran inflasi Malaysia kesan perlaksanaan GST ialah 6% ke 8%, berbanding 3% ke 4% kadar inflasi biasa sekarang.

Perlu kita fahami, walaupun barang asas tidak dikenakan GST, tetapi mesin, plastik pembungkus, elektrik yang digunakan oleh kilang, sewa bangunan dan lain-lain elemen pembuatan untuk menghasilkan beras berpaket (sebagai contoh) dikenakan GST.

Ini belum lagi mengambil kira kos perlaksanaan GST, seperti kos mencetak invois baru, membayar akauntan & agen cukai, ubah-suai sistem IT dan lain-lain. Kos tambahan ini pastinya akan ditolak oleh peniaga kepada pengguna akhir.

Lihat kepada perlaksanaan GST di Australia, New Zealand dan Kanada yang mana pengurusan ekonomi yang lebih cekap dan struktur percukaian yang lebih matang. Mereka juga mengalami kenaikan purata harga barangan selepas perlaksanaan GST.

Setakat yang saya teliti dan dimaklumkan, tidak ada satupun daripada lebih 160 negara yang telah melaksanakan GST merekodkan penurunan harga purata kesan daripada GST.

Siapakah yang paling terkesan dengan GST?

Pastinya golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Yang mana mereka sebelum ini tidak termasuk dalam golongan yang layak dikenakan cukai pendapatan.

Untuk pengetahuan kita, daripada lebih kurang 13juta tenaga kerja Malaysia, hanya lebih-kurang 1.3juta (10%) sahaja yg layak dikenakan cukai pendapatan.

Ertinya rata-rata majoriti (90%) masyarakat kita masih 'miskin'. Dan GST akan menyampaikan cukai kepada golongan 'miskin' ini.

Ya itu isunya. Rakyat miskin akan semakin terbeban. 😕

Siri 4: GST.

Hujjah untuk melaksanakan GST sekarang ialah untuk menambahkan pendapatan negara dalam keadaan ekonomi defisit yang berpanjangan (16 tahun berturut-turut). Dalam bahasa mudahnya, hutang negara semakin bertambah, mana nak dapat duit untuk 
bayar hutang. Jalan termudah, naikkan pendapatan cukai negara melalui GST.

Kalau benar tiada ikhtiar lain untuk menyelamatkan ekonomi negara, melainkan dengan mengenakan GST. Semua langkah penjimatan, pengurangan korupsi dan pengurangan ketirisan telah dilaksanakan; saya juga akan menyokong GST. Bukankah telah saya nyatakan kebaikan sistem GST pada awal perkongsian saya. GST sistem cukai yang lebih efisyen daripada sudut perakaunan.

Namun umum mengetahui, ada yang tidak berapa kena dengan cara kewangan negara diuruskan oleh penguasa hari ini. Kerajaan kita masih boros dan membazir. Saban tahun jumlah ketirisan yang dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara puluhan BILION Ringgit (contohnya rm28bln ketirisan dilaporkan dalam laporan audit negara 2010). Masakan kita rela pengurus ekonomi yang terbukti membazir dan boros, mengenakan pula GST.

Sebagai analogi. Kita bekalkan anak kita wang saku rm1.00 (5 keping syiling 20sen) ke sekolah. Pulang dari sekolah dia mengadu minta ditambah wang saku kerana tidak cukup. Malah terpaksa pula meminjam wang daripada kawan sekelas.
Kita semak perbelanjaan keperluannya. Sebenarnya anak kita hanya perlu 80sen. Kita seluk saku seluarnya, rupanya ada lubang yang menyebabkan 40sen hilang terlolos keluar.
Adakah kita akan tambah duit saku anak kita lagi 20sen untuk mencukupkan belanjanya?
Atau kita menjahit poket sakunya yang koyak itu, justeru akan menghasilkan lebihan 20sen yang boleh pula disimpan ke dalam tabung? Yang mungkin boleh pula digunakan untuk membeli buku latihan tambahan, vitamin/makanan kesihatan tambahan atau menggantikan pakaian sekolah yang semakin lusuh?

Hmmm....mana tindakan yang lebih perlu diutamakan? Sama-sama kita fikirkan insyaAllah

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan feedback anda kat sini.. thank you ^_^

Ya Allah ampunilah aku & saudaraku & masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..

action!!

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This free digital scrapbook created with Smilebox

Just share

Share |

Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan.

Related Posts with Thumbnails