1st of Muharram 1435H.
Kita bina azam baru.
Semoga menjadi wanita yg kuat mental & fizikal.
Tidak mudah rebah dihambat ujian.
Menjaga hati dr sifat mazmumah (fight!! sifat hati terkeji) dan memelihara sifat mahmudah (sifat hati terpuji).
Sentiasa husnudzon (bsangka baik) dan salamatul sadri (berlapang dada)
Ali Bin Abi Thalib r.a berkata: "Dunia pasti ditinggalkan pergi sedang akhirat sudah siap sedia menanti.Oleh itu Jadilah kamu anak-anak akhirat dan janganlah kamu menjadi anak-anak dunia.Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab dan bukan hari beramal.
Checklist Bulan Muharram.
Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
- Hari pertama Allah menciptakan alam.
- Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
- Hari pertama Allah menurunkan hujan.
- Allah menjadikan 'Arasy.
- Allah menjadikan Luh Mahfuz.
- Allah menjadikan Malaikat Jibril.
- Nabi Adam a.s. dicipta.
- Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
- Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
- Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
- Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
- Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
- Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
- Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
- Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
- Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
- Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
- Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
- Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
- Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
- Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
- Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan feedback anda kat sini.. thank you ^_^