Entri ni ana tulis disebabkan perasaan risau ana dengan sanak saudara di Sandakan, Sabah.. Keadaan hujan yang berterusan menyebabkan banjir & tanah runtuh yang teruk.. Tapi mengapa media kurang menyiarkan perkembangan terkini keadaan mereka di sana. Padahal keadaan amat teruk. Kami yang berada di perantauan ternanti-nanti & hanya mengikuti perkembangan mereka melalui laman sosial seperti Facebook & blog. Perkembangan terkini juga ana tidak ketahui disebabkan amat payah untuk menghubungi keluarga di Sandakan. Di bawah ni ana nak kongsi beberapa gambar yang ana dapatkan melalui rakaman dan photo dari warga Sandakan yang prihatin.
Tanah runtuh di Tanah Merah, Sandakan
Tanah perkuburan Sim-Sim.. Astagfirullah Al-Azim
Taska Bunny Taman Indah Jaya
Namun, yang pasti semua hakikat itu sebenarnya antara tanda mengenai kewujudan Pencipta Yang Maha Agung. Firman Allah bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi (dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya). Segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah) dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang yang tidak menaruh kepercayaan kepada-Nya." (Surah Yunus, ayat 101)
Berdasarkan kepada maksud ayat suci di atas, jelas bahawa Allah menyeru umat manusia supaya melihat dan memerhati apa yang ada di langit dan di bumi. Seruan itu diisytiharkan Allah kepada umat manusia seluruhnya supaya mereka dapat mengetahui akan kebesaran Allah dan juga mengakui akan kewujudan-Nya sebagai Pencipta Yang Maha Esa di alam semesta ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan feedback anda kat sini.. thank you ^_^