Saturday, March 12, 2011

Nota untuk mama & papa



Entri ni khas untuk mama & papa..
Rindu ngn dorang kat Sabah.. Tadi masa mama jawab telefon, ana tau keadaan mama x berapa sihat.. kesian mama.

Thanx ma.. besarkan ana, sabar melayan kerenah ana. Ana sering menyusahkan mama. Ana tau pengorbanan mama kepada ana x akan dapat dibalas dengan apapun.. ana mohon Allah merahmati perjalanan hidup mama & papa..

Ana akan ingat sampai bila2 EHSAN mama & papa kepada ana.. tanpa ehsan kalian ana x akan dapat melihat dunia ni. Ana x akan rasa bahagia seperti sekarang.. tp kebahagiaan yang ana dapat adalah dari kepayahan mama & papa..

Mama & papa ingat lagikah masa ana kemalangan? teruk keadaan ana.. mama selalu papah ana bergerak.. Allah sj yang tahu sakitnya. Nikmat berjalan Allah tarik seketika..

Mama & papa ingat lagikah masa ana bergaduh ngn papa.. papa tampar ana kerana ana x hormat mama. Papa ingat lagikah?? sebenarnya masa tu ana x rasa sakit pun.. ana nak papa tampar ana lagi sebenarnya sebab ana tahu ana salah.. huhu

Papa ingat lagikah.. kita berdua selalu "dating" kat taman Deasoka, KK. Setiap kali papa jumpa ana masa tu.. ana seperti x nak papa pulang.. papa selalu tanya ana tentang kehidupan ana.. sebenarnya papa ana nak terus terang di sini.. memang ana selalu kata ana bahagia & xda masalah.. tp sebenarnya papa kehidupan ana sgt2 susah.. cuma ana xnak papa susah hati.. ana nak berdikari seperti yang papa nak tengok, ana nak jadi kuat seperti yang papa mahu..

Maafkan ana mama & papa.. ana sering timbulkan masalah. Pernah papa ingatkan ana yang ana adalah situasi yang paling sukar dihadapi.. ana anak "Caesarean".. Bagaiamana ana boleh derhaka kepad kalian. Sedangkan Caesarean ini risikonya amat tinggi kepada c ibu.. Maafkan ana mama andainya mama pernah terasa hati dgn ana..

Terima kasih mama & papa.. kerana tarik ana untuk bernafas seperti sekarang.. Baru sekarang ana tahu menilai kehidupan yang papa maksudkan dulu. Papa nak ana jadi kuat & pandai berdikari sendiri. Papa nak ana tabah dalam banyak hal.. Tapi masa tu ana tak pernah faham.. Ana memberontak!! Keras betul hati ana masa tu..

Buku yang ana koyakkan depan papa & mama, ana lontarkan depan mama & papa.. kurang ajarnya ana ketika itu.. Astagfirullah. Maafkan ana Ya Allah..

Ana tau antara adik beradik yang lain, ana adalah anak yang sering melawan kata2 kalian.. Ana sering mempertahankan hak ana.. ana sering xpuas hati dalam banyak keputusan papa tanpa tahu apa kebaikan disebaliknya..

Tapi Allah itu maha Pengasih & Penyayang.. ana mendapat apa yang ana inginkan. Tapi.. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya.. rupanya apa yang ana inginkan itu bukan kebahagian seperti yang ana bayangkan. Ana x henti-henti minta di beri jalan yang terbaik ketika itu.. Alhamdulillah.. kalianlah pada masa itu yang memberi Ehsan kepada ana..

Tak akan pernah sesekali ana lupa pengorbanan mama & papa.. mana mungkin ana lupa.. Ana percaya kepada kasih sayang Allah bagi hamb yang mengharapkan-Nya..

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan feedback anda kat sini.. thank you ^_^

Ya Allah ampunilah aku & saudaraku & masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..

action!!

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This free digital scrapbook created with Smilebox

Just share

Share |

Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan.

Related Posts with Thumbnails