Thursday, October 21, 2010

DUNIA - AGAMA = SEKULARISME



Formula matematik mana la pulok cik su buat ni.. tengok~~~


2 - 1 = 1 (fakta)
makan - minum = haus (logik akal)
amal - ilmu = sia-sia (Imam Ghazali) 

Tapi entry kali ni tentang dunia [tanpa (-)] agama = sekularisme. *jangan salah anggap maksud "dash (-)" di situ.. peace keamanan*

“Teori sekular lahir daripada agama Kristian yang dipisahkan daripada urusan hidup dan menolak hukum Taurat”


sekularisme merupakan fahaman, ideology atau keyakinan dan kepercayaan. fahaman ini tidak wujud dengan sendiri tanpa sekular. Apa itu sekular? Sekular merupakan satu sifat dan apabila suatu sifat sudah menjadi satu pegangan,maka ia menjadi "isme". anutan kefahaman inilah yang dipanggil sekularisme dan prosesnya dipanggil sekularisasi.



Sejarah pertumbuhan sekularisme di Barat.


Apabila berlakunya pertembungan antara paderi dan raja-raja dan juga ahli sains yang menimba ilmu daripada tamadun Islam dan bercanggah dengan paderi-paderi, maka dicipta teori pemisahan di antara urusan agama dan urusan dunia yang dinamakan sekularisme. Ini termasuklah di dalamnya pemisahan politik daripada agama. Dalam pertarungan itu, agama mengalami kekalahan teruk disebabkan kerakusan pihak berkuasa yang menggunakan kedudukan bagi memenuhi kepentingan duniawi tanpa perhitungan dosa dan pahala, apabila roh agama langit (samawi) dimatikan dalam urusan pemerintahan. Perkara ini berlaku adalah kerana reaksi golongan agama yang menyalahgunakan agama bagi kepentingan duniawi. Agama Kristian pula boleh dipinda sesuka hati seperti sembahyang bertukar menjadi hiburan dengan iringan nyanyian dan muzik, makanan dan minuman yang diharamkan seperti babi dan arak, dihalalkan dan juga berlakunya skandal yang tidak selesai di kawasan gereja sehingga kini.




-----------------------------------------------------------------
Merujuk sumber yang lain, fahaman ini telah bermula di Itali pd abad pertengahan. kemunculan fahaman inilah yang menyebabkan banyak perubahan terhadap perkembangan Eropah dalam segala aspek.


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Faktor yang menyebabkan kemunculan sekularisme ini adalah bermula dari penentangan terhadap gereja yang akhirnya melahirkan gerakan sekularisme di Eropah akibat daripada peranan kaum Yahudi.
Dilain pihak pula berpendapat bahawa sekularisme merupakan satu gerakan pembebasan di Barat yang menentang ketidak adilan pihak gereja Katholik Eropah pada zaman Renaissance dalam abad ke-14M hingga ke-16M.

Tindakan golongan Yahudi dilakukan melalui gerakan Zionisme, Illuminaty dan Freemansory dan lain-lain kumpulan yang berkaitan. Gerakan ini meruntuhkan empayar Kristian Eropah dan mewujudkan satu sistem baru bagi membolehkan orang-orang Yahudi menguasai Eropah dan dunia seluruhnya.

(note: artikel ni agak besar untuk dihuraikan kerana melibatkan sejarah, agama, dan kebudayaan barat dan kesan besar yang dibawanya. Harap sabar menunggu kerana akan bersambung selepas saya selesai melalui minggu kritikal ni ya.. hehe maaf ye
(exam oiii..)


Jangan pernah penat menyebut nama ALLAH.. Allahuakbar!!!


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan feedback anda kat sini.. thank you ^_^

Ya Allah ampunilah aku & saudaraku & masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..

action!!

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This free digital scrapbook created with Smilebox

Just share

Share |

Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan.

Related Posts with Thumbnails