Wednesday, December 25, 2013

Ibrah sebuah Perjalanan 2

On the streets I live..


21-Dis-2013 
Alhamdulillah sampai di rumah abang sepupu. Terlihat baby Amni tidur, Noor Amni Safiyyah Haziyyah secomel namanya. Kesian abang Hamir penat melayan telatah Amni sehingga tidak sedar handphone berbunyi. ^_^

Jam 7.45am

Kak Suria menghantar aku sekaligus memudahkan pencarianku. Sangat berterima kasih juga kepada car Wish GPS. Dan ustaz serta admin sekolah yang prihatin. 

Jam 9.00 am

Sampai ke tempat tujuan. Tapi hati berbolak-balik.. 1000 pertanyaan merasuk fikiran. Aku cuba bertanya seorang lelaki kelihatan seperti ustaz muda..

"Assalamualaikum ustaz.. Nak tanya. Dekat mana pejabat sekolah?"
Dia menjawab: Waalaikumussalam.. kamu pegi tingkat 1. Bangunan dekat tepi ni.

Aku mengorak langkah penuh semangat tapi semangatku semakin pudar setelah melihat beberapa ustaz berbual-bual di bilik temuduga. Allah.. kuatkan lah semangatku. Beberapa mesej masuk memberi semangat yang aku sangat-sangat perlukan. 

Beberapa langkah lagi aku sampai di pejabat aku berpatah balik..
Aku tidak mampu untuk berhadapan dengan mereka yang lebih arif dalam bidang mereka. Sedang aku hanya mencuba nasib dan mempertaruhkan minat serta sedikit ilmu yang asas. Mana mungkin. Lalu aku kembali ke kereta dan menelefon adik untuk meminta pandangan.

Adik hanya menasihati untuk aku membuat keputusan sendiri. Mungkin itulah yang lebih baik kerana tiada jari yang boleh dituding jika penyesalan terjadi.

tiba-tiba..

sebuah panggilan telefon daripada admin. Kerana panggilan inilah aku nekad untuk meneruskan niatku. Terima kasih admin. Subhanallah.

Masuk sahaja ke pejabat.. Syukur alhamdulillah.. rupanya ramai muslimat sebagai calon. Senyuman mula terukir. Kami bersalaman dan bertaaruf sikit.

jam 1.30pm

Giliran aku pn bermula untuk masuk ke bilik temuduga. Kelihatan sebuah kerusi tersimpan al-qur'an kareem di atasnya. Dan dihadapan pula 2 orang ustaz sebagai penemuduga. 

Antara soalan yang ditanyakan berkisar tentang ilmu-ilmu agama.
soalan terbahagi kepada beberapa bidang: 
- tilawah
- hukum tajweed
- Tafseer
- akidah
- shariah
- fiqah
- isu dunia islam

Soalan-soalan yang ditanyakan (apa yang masih diingati):

Soalan mukaddimah: Kenalkan diri.

tilawah: surah Al-Fatihah dan Surah Maryam ayat 1-8.
Hukum tajweed: Berapa bahagian ba' mati / tanwin 
tafseer: Panel mentafseerkan ayat dan calon kena meneka ayat tersebut terletak di mana.
Antara surah: Surah al-Kahfi, Surah Al-Baqarah, Surah Maryam, Surah An-Nashr, Surah al-A'laq, Surah Al-Fatihah, Surah al-Fil.

akidah: apa itu akidah? bolehkah amalan tolak bala? 

shariah: hukum agama tentang amalan tolak bala? hukum agama tentang memakai tangkal.

Fiqah: tentang haidh serta pembahagian masa kitaran (paling cepat, sederhana, paling lama)

isu-isu dunia: 1) syiah, ciri-ciri, bahaya
2) isu Mesir 
3) Isu dalam negara
4) isu luar negara.

Sebelum meninggalkan bilik temuduga, saya diminta duduk sekali lagi untuk seketika.
Ustaz minta maaf kerana dia ingin bertanyakan perkara berkaitan ummah.

tapi..

tiba-tiba hati saya tersangat sebak. Airmata saya mengalir tanpa henti dan tidak ada perkataan yang sempurna keluar dari mulut saya. Semuanya terputus-putus tanpa dapat dihabiskan.
Ya Allah.. Engkau lebih tahu akan diri-diri kami. Kami hamba yang lemah lagi hina.

Selesai temuduga yang dalamnya bukan sahaja pertemuan tapi penuh dengan pengisian dan pengajaran berguna. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.





Ibrah sebuah perjalanan 1

On the streets I live..

Bismillah..

20-Dis-2013 / 17 Safar 1435 H (Jumaat)

Berkemas untuk berangkat ke Kota Kinabalu. Ya.. bermusafir lagi untuk 2 hari ke sana untuk mengikuti sebuah pertemuan. Pertemuan yang memberi harapan kepada pencarianku selama ini. Menjadi seorang pendidik. 

Dalam perancanganku, sampai di KK aku akan stay di restoran 24hours memandangkan bas akan sampai dalam pukul 3.00 am. Tapi ada teman menasihati untuk tidak berbuat begitu kerana bimbang ada bahaya yang tidak diundang. "Malang tidak  berbau".. So, aku decide untuk meminta pertolongan sanak saudara di sana. 

Jam 8.15pm
Bas mula bergerak dari Terminal Bandar Letat, Sandakan ke KK. Aku meminta untuk mendapatkan tempat di depan. Yes.. aku diletakkan di seat No: 2. 

Dalam perjalanan aku mengulang-kaji pelajaran mengenai hukum tajweed, tafsir, akidah, fiqah dan Syariah menggunakan lampu suluh mini yang sengaja aku bawa untuk memudahkan aku membaca ketika lampu dimatikan. Yes.. alhamdulillah ia membantu aku.

Sekitar jam 10.00pm
Abang sepupu menghubungi supaya bermalam dirumahnya. Alhamdulillah syukur ^_^
Dia menyuruh untuk menunggu di stesen petronas yang jarak dari rumahnya cuma 15minit perjalanan.

Sekitar jam 12.00
Hujan turun amat lebat berhampiran kawasan Ranau dan sekitarnya. selepas tu diikuti kabus tebal sehingga mengganggu jarak penglihatan. Aku mula tidak sedap hati. Tiba-tiba..

Allahuakbar!! jerit ku yang mungkin mengejutkan penumpang lain di belakang.

kelihatan seorang pak cik tua berada di tengah-tengah jalan. Berjalan dengan lambat dan hampir terlanggar. Allah.. Allah.. Allah.. Oleh kerana seat aku betul2 berhampiran pemandu, semestinya aku melihat dan merasa cemas yang sangat2. Nasib baik pemandu berjaya mengawal pemanduan. Ya Allah.. alhamdulillah

selepas kami melepasi "orang tua" tadi.. beberapa buah kenderaan (lori dan double cap) bergerak sangat laju. Macamana agaknya nasib orang tua itu?? Allahu alam bissawab..

Selepas itu aku tidak dapat tidur. Kerana kabus tebal dan keadaan jalan yang tidak henti dengan trailer panjang dan lori. Beberapa kilometer perjalanan sudah berlalu..

tiba-tiba..

buuukk!!! Kelihatan keadaan beberapa buah kenderaan dihadapan kami bertembung sesama sendiri. Sebuah van masuk gaung dan 3 buah lagi kenderaan terbabas ke tepi jalan dengan keadaan remuk. Allah.. Allah.. Allah..
Aku cuba melihat keadaan mereka dalam bas walaupun kabus teramat tebal. Terlihat saudara islam kita ada yang menangis, ada yang mengambil gambar, ada yang berdiri dalam ketakutan etc. Ya Allah permudahkanlah mereka dan perjalanan kami..

Sekitar 2.15am 21-Dis-2013

Aku sampai di stesen Petronas yang dimaksudkan. Tapi malangnya.. tempat itu gelap dan tertutup. Allah.. aku mengaku aku lemah dan takut. Keadaan tempat gelap dan terletak jauh dari public. Keadaan lengang dan kedengaran suara anjing peliharaan dari sebuah bengkel menyalak kerana kehadiranku. Allah..

Aku mencuba mendail abang sepupu berkali-kali. Tidak diangkat. beberapa minit berlalu. Seperti menunggu bahaya. Tiba2.. Sebuah kereta datang dan parking berdekatan stesen petronas. Dan aku yakin itu bukan abang sepupu. Hati mula gelisah. Mulutku tidak henti mengalunkan Ayat Kursi. Berulang-ulang.

Aku mula bersembunyi. Melindungi diri dari terlihat walaupun aku pasti aku telah terlihat. Allah.. Engkau penyelamat-ku. Aku duduk berhampiran pump stesen. Sekurang-kurangnya itu sahaja boleh dicapai andai perkara tidak diduga berlaku. Nauzubillah..

Tanganku masih lagi cuba menghubungi abang sepupu. Tiba-tiba.. sebuah kereta ambulans berhenti. Aku lega. Kemudian sebuah kereta peronda polis kelihatan dari jauh. Aku cuba menonjolkan diri supaya mereka tahu kewujudanku. Dan alhamdulillah mereka faham maksudku.

Mereka terus menuju ke arah kereta tadi. Nampaknya ada sesuatu yang memaksa pihak polis berlaku keras dengan lelaki itu. Allah penyelamat-ku hanya Engkau yang mengizinkan dan menahan apa yang berlaku pada-ku..

sejurus itu juga abang sepupu sampai. Alhamdulillah. Pengajaran terbesar untuk diri ialah rancang perjalanan dengan teliti dan pastikan utamakan kemaslahatan diri terutama muslimah.








Sunday, November 24, 2013

Cabaran baru bermula.

“Biarkanlah hari demi hari berbuat sesukanya ** Tegarkan dan lapangkan jiwa tatkala takdir menjatuhkan ketentuan (setelah diawali dengan tekad dan usaha).”

“Janganlah engkau terhenyak dengan musibah malam yang terjadi ** Karena musibah di dunia ini tak satu pun yang bertahan abadi (musibah tersebut pasti akan berakhir).”

Dari kitab Dîwân al-Imâm asy-Syâfi’i hal. 10, Ta’lîq: Muhammad Ibrâhîm Salîm
Bismillah.. Esok adalah hari pertama yang mencabar. 
Harusnya aku perlu mengisi masa-masa ini dengan perkara yang lebih baik. Aku harus menjaga diri dan yang penting perlu banyak bersabar dan bijak untuk melangkah ke hadapan. 
Subuhku perlu di isi dengan hafalanku, ma'thurat dan sedikit pembacaan mll internet.
Pagi ku di isi dengan dhuha
Tempat kerja harus dilakukan seteliti mungkin.
Solatku harus di jaga.
Sabarku jg kena tinggi melayan kerenah2 yang setiap hari tidak dapat dijangka.
Petangku di isi dengan Ma'thurat dan membantu emak.
Seusai maghrib harus mengajar mengaji dan sedikit tausiah untuk adikku.
Seusai Isya' perlu membantu emak dan melihat sedikit peluang untuk aku maju ke depan.

Dan yang paing penting, aku akan jaga masa tidurku untuk memudahkan aku bertahajjud malam.
Ya ALLAH.. Engkau penolongku.

Monday, November 18, 2013

Link to Nation Master

Please click below:

About countries around

Tamadun Islam: Urutan masa


Sebagai umat Nabi Muhammad (SAW) kita harus bersedia untuk mengkaji memahami dan menghadapinya. Bangsa lain sudah terkehadapan dan bersedia terutamanya pengikut Dajjal. Tetapi kita masih berselisih faham. Walhal pada hakikatnya kita hanya mahu menjadi insan yang bertaqwa tanpa sifat takbur, riak, sombong, kedekut, kikir, hasad dan lain lain sifat yang merosakkan amal kita untuk mencapai taraf taqwa. Peristiwa Akhir Zaman yang berlaku adalah untuk peringatan kepada umat Islam bahawa kiamat itu hampir dan akan tiba.
Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan
1.1 – Islam ditegakkan semula
1.2 – Hijrah Rasulullah ke Madinah
1.3 – Dakwah Rasullulah
1.4 – Peperangan Rasullulah menentang kafir
Kebangkitan Khalifah
2.1 – Wafatnya Rasullullah
2.2 – Khalifah Islam menjadi pemerintah di mukabumi (Othmaniah, Nusantara, Andalusia, Benua Arab, India, Cina)
Kejatuhan Khalifah
3.1 – Kebangkitan Revolusi di seluruh dunia
3.2 – Perang Dunia 1 dan 2
3.2 – Kebangkitan pengaruh dan agenda Dajjal
3.3 – Umat Islam berpecah-belah.
3.4 – Agama Islam dan agama yang lain dirosakkan secara halus melalui pelbagai fahaman.
3.5 – Kekerapan Gempa Bumi meningkat.
3.6 – Umat Islam mengikut telunjuk Yahudi Nasrani hingga ke lubang biawak
3.6 – Penzinaan berleluasa
3.7 – Ramai anak Derhaka kepada Ibu Bapa
3.8 – Agama bergerak secara individual dan bukannya kesatuan
Perang Dunia Ketiga
4.1 – Semua agama bergabung menentang Islam secara peperangan
4.2 – Agama Islam dirosakkan – memisahkan syariat dan hakikat(roh Islam)
4.3 – Kemarau panjang
4.4 – Umat Islam ditindas dengan kejam kecuali mereka yang kafir/munafik
4.5 – Pergilah menemui panji-panji hitam di kawasan bersalji dan bergunung ganang
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyi kerja tangan mereka didalam semua peperangan.Manusia berperang kerana nafsu dan saling tuduh menuduh. Manusia berperang dengan sebab musabab yang tak munasabah dan motifnya.
Bala Bencana
5.1 – Bumi bertukar wajahnya akibat bencana
5.2 – Puak mukmin membawa diri ke gunung-gunung.
5.3 – Umat Islam mukmin yang hidup hanya 12000 lelaki, 7000 wanita..wallahualam
5.4 – Makanan berkurangan. Makanan muslim hanyalah zikrullah
5.5 – Berdoa supaya mati dari hidup yang teramat sengsara.
5.6 – Bencana melalui 4 unsur. Tanah / Air / Api / Angin. 2/3 penduduk dunia mati.
Khalifah Islam Dilantik
6.1 – Dilantik oleh ulama-ulama muktabar di Mekah ketika musim haji
6.2 – Umat Islam huru hara tanpa ketua – perasaan keluh kesah
6.3 – Puak Bani Hashim, Bani Tamim, Haris Al Harasth, Al Kalb(Golongan yang membantu Khalifah Islam memerangi kafir)Al Sufyani adalah golongan Islam Munafik
Peperangan Armegeddon (Al Mujjidun – sebuah padang rumput yg luas)
7.1 – (Islam + Kristian) vs Yahudi. Pakatan Islam + Kristian menang
Peperangan Islam Dan Kristian
8.1 – Berlaku apabila tentera salib mengatakan kemenangan kristian didalam peperangan armegeddon dan mereka berhak memerintah bumi
8.2 – Islam menang dibawah Khalifah Islam
Disaat ini Dajjal dan pengikutnya masih menyembunyikan dirinya
Pemerintahan Khalifah Islam (7-9 tahun)
9.1 – Rezeki melimpah ruah
9.2 – Haiwan Liar menjadi sahabat
9.3 – Tiada orang yg sudi menerima zakat
9.4 – Bumi mempamirkan kecantikkannya
Bangkitnya Dajjal (tenteranya/70000 org dari Isfahan/Iran)
10.1 – Turunnya Nabi Isa
10.2 – Nabi Isa bersolat berimamkan Khalifah Islam di Al Aqsa
10.3 – Cairnya wajah Dajjal tatkala melihat Nabi Isa
10.4 – Matinya Dajjal di tangan Nabi Isa
10.5 – Peperangan Khalifah dan Nabi Isa menetang Yahudi
10.6 – Pokok/batu bercakap jika yahudi berselindung
10.7 – Kemenangan untuk Islam
Wafatnya Khalifah Islam (Nabi Isa menjadi Khalifah di muka bumi selama 40 tahun)
11.1 Semua manusia wajib menerima Islam.
11.2 Pembunuhan babi di muka bumi
11.3 Turunnya Yaajud Maajud dari ‘atas’- sukar difahami maksudnya
11.4 Nabi Isa membawa Umat Islam ke Bukit Tursina dan berdoa untuk selamatkan Ummah dari Yaajud Maajud
11.5 Kematian Yaajud dan Maajud melalui wabak penyakit. Bumi menjadi busuk
11.6 Hujan Lebat membawa mayat Yaajud Maajud ke laut membersihkan bumi.
Wafatnya Nabi Isa
12.1 – Makamnya di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w
Kiamat Bermula
* Al Quran diangkat
* Nama Allah tidak disebutkan lagi
* Gempa Bumi Tiga penjuru
* Keluarnya Binatang yang berbulu berkata-kata
* Penzinaan di tepi tepi jalan/pasarraya
* Asap dari bumi
* Musnahnya Makkah dan Baitullah
* Semua Umat Islam dimatikan
* Matahari Naik di sebelah Barat
* Api dari barat. Manusia berbondong-bondong kearahnya
Kiamat Kubra : Pengakhiran masa / Pengakhiran kehidupan makhluk
* Berkecainya alam semesta – bumi dan planet planet
* Mati sekalian manusia, jin, iblis, syaitan
* Mati sekalian Malaikat dan yang terakhir adalah Izrail
* Mahsyar
* Dimanakah kita?

Sunday, November 10, 2013

Tuesday, November 5, 2013

Hayati Bulan Muharram.

On the streets I live..

1st of Muharram 1435H.

Kita bina azam baru.
Semoga menjadi wanita yg kuat mental & fizikal.
Tidak mudah rebah dihambat ujian.
Menjaga hati dr sifat mazmumah (fight!! sifat hati terkeji) dan memelihara sifat mahmudah (sifat hati terpuji).
Sentiasa husnudzon (bsangka baik) dan salamatul sadri (berlapang dada)

Ali Bin Abi Thalib r.a berkata: "Dunia pasti ditinggalkan pergi sedang akhirat sudah siap sedia menanti.Oleh itu Jadilah kamu anak-anak akhirat dan janganlah kamu menjadi anak-anak dunia.Hari ini adalah hari beramal bukan hari dihisab, sedangkan esok adalah hari dihisab dan bukan hari beramal.


Checklist Bulan Muharram. 


Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.

B

Sunday, November 3, 2013

Takdir

watching on youtube this song..
On the streets I live..


Dihempas gelombang dilemparkan angin
Terkisah bersedih bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencanaNya

semua berjalan dalam kehendakNya
nafas hidup cinta dan segalaNya


Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi



Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti (hilang kan berganti)

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati merindukan Dia
karena hanya denganNya hati tenang
Damai jiwa dan raga



Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendakMu ya robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya padaMu ya robbi

Hanya padaMu ya robbi

Thursday, October 31, 2013

Jadikan kerja suatu ibadah

On the streets I live..


surah Ali Imran ayat 191 yang bermaksud:

"Orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, `Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia belaka'."

Jadi, Allah tuntut dari setiap manusia supaya sentiasa, setiap saat dan ketika memberikan ibadah dan amal baktinya kepada Allah. Kerana itu, haruslah kita mengetahui bagaimana kita hendak mengisi setiap usaha dan ikhtiar kita agar ia menjadi ibadah kita kepada Allah swt.


Monday, October 28, 2013

Photograph & Me

On the streets I live..

Whenever I think of the past, it brings back so many memories. Miss too much with them.

Wednesday, September 25, 2013

Mesin Jahit Mini

On the streets I live..

I'am looking for mini sewing machines. cutess and lovely. I need to sew my own cloth. Susah cari yang match dengan taste sendiri. So, the chosen in our hand. Sebab kita yang pakai kan.. ( Pandai ka?.. emak cakap... T_T) InshaaAllah =)

window shopping ni rasanya berguna -->   Bazaria Online

Teringat mesin jahit emak yang sentiasa updated.. Dari tradisional till mesin industri.. hmm.. Alih2 minat turun pada anak pula..mana tumpah kuah lau tidak ke nasi kan..=)


Bumi Inspirasi 5: Semangat yang hilang

Hani terjaga dengan buku-buku yang berselerak di atas tilamnya. Bumi Cinta, Fadhilat Amal dan Hukum Tajweed Bacaan Al-Quran Rasm Uthmani siri 6. Dia membuka matanya perlahan-lahan kemudian menyingkap tingkap yang berada di tepi katilnya.. "hmm.. masih gelap lagi ka?.." Soalnya dalam hati. Terfikir untuk menunaikan tahajjud malam bila berkesempatan. Dia melihat jam di telefon bimbit menunjukkan pukul 5 pagi. "ahh.. Astagfirullah.. astagfirullah.. astagfirullah.." Napa liat sangat aku nak bangun ni. Sejurus kemudian azan berkumandang menandakan telah masuk waktu Subuh. Hani duduk seketika. Kepala disandarkan ke birai katil. Mendengar azan dengan teliti. Fikirannya terus menerawang ke bumi Muadzam Shah, Pahang. Tempat pentarbiyyahan rohaninya, tempat dia melarikan diri segala masalah yang mengusutkan fikirannya, sekali gus menjadi tempat yang paling damai dan tenang untuknya mengingati tujuan hidupnya di dunia. "Allah.. rindunya.." Hani merindui bumi Muadzam Shah. Nafas dihembuskan menandakan hidup perlu diteruskan di Bumi Sabah.

Semenjak balik ke Sabah, Hani perlahan-lahan mengurus kehidupannya. Membina semula semangat yang hilang di bumi yang pernah ditinggalkannya dulu hanya untuk lari dari kekecewaannya terhadap kehidupan yang serba serbi gila baginya. Kini banyak masa dihabiskan dengan buku, penulisan, melancong, membantu ibunya menguruskan hal-hal rumah, dan bekerja di sebuah syarikat perkapalan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Ya Allah sebagaimana Engkau telah mengelokkan wajahku, elokkan juga budi pekertiku.. Amin"

"Pagi ini aku harus bersemangat untuk ke tempat kerja.. senyum Hani.. senyum.. Ingat Hani Whatever someone did to you, Only ALLAH give it power." Getus Hani di hadapan cermin ketika menyarungkan tudung di atas kepalanya. 

Dalam fikirannya masih terbayang wajah seorang lelaki yang berusia yang selalu mengganggunya di tempat kerja...


Sunday, August 11, 2013

We will not go down - Michael Heart



On the streets I live..

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


More lyrics: http://www.lyricsmode.com/lyrics/m/michael_heart/

Thursday, July 25, 2013

Bumi Inspirasi 4: Islam akan kembali asing



Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ
“Islam muncul dalam keadaan asing, dan ia akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang terasingkan itu.” (HR. Muslim no. 208)

---------------------------------------------------------------------------------------------


Rutin bekerja telah bermula, tidak sangka tuntutan kerja yang banyak menunggu untuk dikemas-kini. Beberapa dokumen baru sampai dari forwarders menambah lagi kesibukan. Kali ini Hani terpaksa melangsaikan tugasan itu sendirian tanpa bantuan Rozi. Agak kelam-kabut. "Ramadhan yang menuntut pengorbanan" katanya dalam hati. Dia menghembus nafas. Memegang dada dan mengucap "yamhullahu maa yasya..". Kemudian Hani membuang jauh-jauh perasaan yang dirasakan sesak itu dengan bantuan Allah. 

"Hani!" kedengaran suara memanggil dan menjerit namanya. Hani mengetap bibir. Geram.

"ya Roy, ada apa tu?" Jawab Hani masih sopan. Jika diikutkan hati mahu sahaja dia memberi sedikit tazkirah kepada lelaki berumur lingkungan 46 tahun itu. 

"nanti call kompeni ni dan tolong arrange beberapa cargo yang baru sampai dengan consignee, beritahu jika mereka boleh terima hari ni. Dan satu lagi ingatkan driver tentang permit dan kunci di atas meja Mr. Loh"..  Hani kaget. "Hamboi pak cik ni, terima kasih pun tidak, siap jerit-jerit nama Hani kuat-kuat macam langit nak runtuh". Dengus Hani. Dia bru membiasakan diri dengan persekitaran baru yang agak mencabar. Dipindahkan ke bahagian operasi menjadikan dia agak berhati-hati menjaga pergaulannya. Terlalu ramai pekerja lelaki yang terpaksa dikawal dan dipantau sepanjang tarikh mula dia berkhidmat di bahagian itu.

Agak mencabar kerana berdepan dengan kerenah yang bagi Hani melampau, pelik dan kadang-kala tidak rasional. Mungkin kerana tekanan hidup yang menjadikan mereka begitu. Hani akur. Dalam hatinya dia mesti juga menegur sikap-sikap mereka yang kadang-kala sukar dikawal dan keterlaluan. Ada satu ketika lisan menyakitkan hati. Berbicara perkara yang tidak patut untuk dituturkan. Apakah tidak terlintas dihati mereka rasa malu dan serba salah?. "ya.. aku mesti bertegas".. Hani mengingatkan diri.



Monday, July 15, 2013

Bumi Inspirasi 3 - Surat Kecil Untuk Ar-Raqib




Ya.. aku perlu bersujud layaknya sebagai seorang hamba yang bersyukur.. 
kerana aku lari menuju jawapanMu. 
Bukan jawapanku. 
Engkau temukan aku kepada jawapannya ya ALLAH.. 
seperti kunci bjumpa kendadunya.

Aku mula mengerti..
Rupanya kunci hati ditemukan setelah engkau kirimkan dugaan demi dugaan.

Engkau kirimkan pula sahabat mulia mhulurkn tangan mbantuku..
Mengajar aku melangkah sedikit demi sedikit mcari kunci bahagia itu..
Mengajar aku menilai kehidupan yg semolek2nya.

Lalu aku cantumkan 'puzzle' kehidupan itu perlahan-lahan..
cuba memahami isyarat Mu ya Allah.. 
rupanya beribu hikmah terkandung di dalamnya.. 
sehingga aku terbuai dgn satu maksud baru dlm khidupan ini..
Sampailah aku merasa sendiri engkau selalu dengan ku.. 
(pejamlah mata, solatlah, bzikirlah.. tidurlah, sujudlah.. subhanallah dia lbh dekat, =’(
Stp langkahku waima perasaanku..

Engkau sentuh aku dgn tarbiyyah-Mu..
Lalu.. aku tsentap. 
Sungguh sentap..

Peluang ini aku ingin menangis semahunya..
Aku sedar bahawa selama ini aku membawa hati ini terlalu jauh..
Sedangkan Engkau sntiasa ada dekat di sisiku

Kini aku sambungkan pecahan itu tanpa pergi jauh lagi..
Kerana Engkau telah berikan sahabat yang bernama Al-Quran kareem
Engkau juga mengirimkan peluang yg terkandung seribu keampunn dlmnya.. 
Ramadhan kareem..

Dan hanya mengingati nama-Mu.. hati ini teguh dengan kalimah la ilaha illaulah
Berbahagialah duhai hati kerana engkau dipilih untuk melihat jawapannya.

Dan bait kata2 ini amat pantas untuk hati ini bila sang adam singgah mula bertanya perihal diri..

Fahamilah..
Bukan sengaja seorang wanita
Mahu menyepikan diri
Mahu mengelakkan pertemuan
Sebenarnya dia sedang memperbaiki diri...
mendidik hati , agar lbeh mendekati Illahi
Jadi bantulah dia menjauhi murka Illahi...
Bukanlah semakin mendekati..
dia mahu menjaga hatinya itu hanya agar mencari redha Illahi
Mengertilah....
Dia juga mahu disayangi dan dibimbing
tp Oleh seorang suami dan bukan lah dari lelaki ajnabi
Dia mahu trus kuat dan cekal dalam berjuang
Dia tidak mahu perjuangannya terhenti...
Andai itu bakal berlaku dia lbeh rela sendiri..
Ya bukan mudah untuk dirinya berubah
Namun kisah silam menjadi pengajaran
dia sedang berusaha untuk menjadi seorang wanita yang menyanjungi islam biarpun dirinya terasing di tengah lautan keduniaan...

Sentuhlah dada ini wahai tangan yg engkau diamanahkan padaku.. 
sampaikan pada hati ini dengan isyaratmu sendiri bahawa..
Bernafaslah dengan masa yg bersisa ini.
Gunalah “pinjaman” ini sebaiknya..
Kelak nanti akan ditanya kepada kita

Tentang umur ini dihabiskan untuk apa,
masa mudanya dihabiskan untuk apa,
hartanya dari mana di dapatkan dan dibelanjakan untuk apa,
dan sudahkah beramal terhadap ilmu yang telah dia ketahui.” (HR. At Tirmidzi no. 2340)

Kerana pinjaman ini dipertanggungjawaban,
aku memilih jalan untuk sendiri.
Dan aku yakin ini juga tarbiyyah dari Illahi..
Cubalah engkau melihat dengan mata hati.
Dan Engkau akn kuat d perjalann ini.
Dari Allah kita datang..
Dan kepada Allah kita kembali (Quran 2:156)


Friday, July 12, 2013

Sandakan Map and Sabah Divisions



Sandakan adalah salah satu dari 25 buah daerah di Sabah, Malaysia.


Thursday, July 11, 2013

Bumi Inspirasi 2 - Warkah kecil untuk Ar-Raqib


Bait kata ini terlepas juga akhirnya dari dadaku..
Hari ini 1 ramadhan kembali lagi.. 
Alhamdulillah ya Allah.. Alhamdulillah

Entah mengapa sebak lagi dan lagi 
menjalani ramadhan kali ini

Sebelum ini jauh langkahku untuk 
mencari apa sebenarnya mahunya hati ini..

Aku keluar mencari dengan harapan

Ingin menjumpai apa yang aku inginkan..

Aku gagahi langkahku, 
sabar dengan kerenah manusia sekelilingku, 
ingin dilihat terbaik pd pandangan mereka, 
aku sanggup besusah payah mencari d mana matchnya kunci hati ini, 
membayangkan kehidupan ini seperti sebuah “puzzle”..

Mencari keserasian aku dengan keadaanku, dengan kebahagianku.. 
pendek kata ingin kehidupan yg lbh terjamin.

Tersenyum sesal bila dulunya.. 
matlamat hidup hati ini adalah bahagia dunia semata 
melebihi bahagia bertemu DIA atau tidakpun Rasulnya..

Dan ada satu ketika aku menjadi bingung tentang arahku.
.
Esakan tangis itu ku luah dgn Engkau ya Rahman ya Rahim 

Kenapa? ..
Kerana aku tidak menjumpai bahagia itu
 biarpun aku terlihat banyak harapan.

Dalam perjalann itu aku tidak henti2 
meminta supaya Engkau memberi jalan. 
Ya.. aku sentiasa berharap dan berharap lagi..

Seperti kanak2 yg dlm kegelapan yg inginkan cahaya.. 
perasaan takut, sendirian, murung dan
 sakit menjadi teman yg sgt karib.

Kenapa takut? 
Takut ditindas, takut melangkah lg, takut tsalah pilihan.. 
dan aku sebenarnya celaru ketika itu.

Tp yang engkau berikan ketika itu ialah sebuah “kemalangan”.. 
sakit ya Allah.. 
Engkau ambil kurniaanmu sementara.
tersedar ketika itu.. rintihan seperti kanak-kanak yang 
meminta benda yang tidak mampu didapatkan.. 
kenyataan aku x dapat jalan seperti biasa terpaksa ditelan.
Aku x dapat mampu berjalan emak. Aku x mampu berjalan ayah. 
Jadi apa sudahnya hidup begini? 

Aku gagahi langkahku berkali-kali. 
Jatuh. Bangun lagi. Kemuadian jatuh. Dan bangun lagi.
 Aku mencabar diri yang semua ini mimpi belaka. Hanya sementara.
"Aku mesti tabah seperti tabahnya orang yang tidak pernah kenal erti kalah.. 
Biarpun aku mpersoalkan “Apa semua ni? Kenapa aku? Ya Allah”.. 
wal hal jawapannya aku juga tahu. Tp kyakinan ku  begitu tipis dan kurang. 
Astagfirullah. Ampuni aku di saat hatiku khilaf.. 
maafkan aku Sang khaliq =’(

& Ketika itu mana mungkin aku dpt lari mengejar tujuanku lagi seperti kebiasaan..

Tapi sebenarnya Engkau ada rencana buat aku
Rencana inilah jalan yang telah Engkau kirimkan..

Ya.. jalan.. biarpun aku x mampu melangkah jauh ketika itu..
Dan sebenarnya ada jalan baru yg lebih pantas aku lalui..

Aku menemui harapan lain. 
iya,, sekali lg aku cuba bertaut dengan harapan baru. 
& Alhamdulillah.. 
nikmat itu ditarik hanya untuk menyedarkan aku 
dari terus terbuai dengan irama dunia yang melalaikan..

Dan kali ini aku tidak “mencuba” berlari lagi.. tapi “nekad” lari..
Ya.. lari dari segala kesesakan dunia tamak. 
Cemburu buta, sombong, dengki, dan sewaktunya..

Lari untuk mengasingkan diri dari lautan dunia..
dan pada ketika itu agak jauh.. 
bezanya aku lari kerana restu ibu dan ayah. 
Dengan redha merka.

Aku faham.. 
Sebelum ini mereka merestui tp adakah hati mereka redha? 
Tidak.. ya aku tahu.. tidak. 
Itulah bahasa di wajah mereka.
 itulah salah satu pengertian yang dalam untuk hidupku.. 
naluri untuk ibu yang melahirkan dan anak bukankah kuat..

Jadi apa yg berlaku lagi?




bersambung "Bumi Inspirasi 3".... 

Ya Allah ampunilah aku & saudaraku & masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..

action!!

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This free digital scrapbook created with Smilebox

Just share

Share |

Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan.

Related Posts with Thumbnails