Sunday, July 18, 2010

Remaja dulu vs remaja moden


Sebagai seorang remaja, aku ingin luahkan rasa kesalku kepada isu pembuangan bayi yang ranking sekarang ni. Sungguh menyayat hati sangat bila kita sudah menjadi lali dengan isu ini. Dalam keadaan terkilan ni la aku m'push'kan diriku untuk mengenal erti nilai sebahagian remaja yang amat ketara perbezaan moralnya dari remaja yang dulu. Definisi Remaja Menurut Mohammad Salleh Lebar, pada masa kini istilah remaja adalah untuk jangka masa di antara 15-25 tahun, iaitu satu jangka masa yang dianggap begitu panjang. Empat puluh tahun yang lampau, jangka masa remaja boleh dikatakan pendek iaitu di antara peringkat umur 15-20 tahun sahaja. Kebanyakan remaja pada ketika itu berkahwin di sekitar umur 16- 18 tahun (hurm.. btul gak tu cam parents aku la..) Tetapi pada masa kini, adalah kerana akibat perubahan gaya hidup zaman moden dan mereka terpaksa menempuh pelbagai halangan dan cabaran sebelum mendirikan rumahtangga.
Menurut Abd Majid dan Rahill Mahyuddin, remaja merupakan satu zaman yang bermula dari baligh dan berakhir apabila seseorang itu menjadi dewasa. Pelbagai pancaroba yang berlaku di zaman remaja ini. G. Stanley menamakan zaman remaja sebagai zaman storm dan stress. Jadi, bolehlah dirumuskan bahawa semua tugas perkembangan zaman remaja ialah satu persediaan yang perlu untuk seseorang kanak-kanak itu menjadi orang dewasa yang berperwatakan sihat dan dinamik.Masa ni la penyerapan nilai agama dan disiplin diri tidak boleh diremehkan.. (ini pada pandangan aku la.. )

Menurut Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur, peringkat remaja adalah bermula dari umur 12-18 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak akan mencapai tahap kematangan akil baligh dan menyedari tentang perubahan bentuk badan mereka. Mereka akan menerima perubahan fizikal mereka dan menggunakannya dengan cara yang paling berkesan.

Menurut Kathleen dan Joseph (1989), masa remaja adalah satu tempoh penangguhan psikososial, satu tempoh peralihan yang panjang di antara peringkat kanak-kanak kepada peringkat dewasa, yang mungkin ataupun tidak mungkin disambut oleh individu tersebut sebagai satu peluang untuk meneroka ke alam diri sendiri. Dengan kata lain, remaja bermaksud satu zaman peralihan dari peringkat zaman kanak-kanak ke peringkat bebas, iaitu zaman dewasa. Zaman inilah para remaja sentiasa dicabar oleh peraturan-peraturan agama, sosial dan pembangunan. Seandainya mereka gagal mengawasi tugas-tugas perkembangan yang dilalui tersebut, maka mereka akan menghadapi masalah dan tekanan.

Pepatah inggeris ada menyatakan bahawa zaman remaja adalah seperti kehidupan kupu-kupu di waktu malam yang sentiasa mencari tempat yang ada sinaran cahaya. Jadi, pada masa kini remaja akan sentiasa keluar dari rumah untuk mendapatkan hiburan dan keseronokan terutama di tempat- tempat yang menjadi tarikan orang ramai tanpa mengira waktu siang ataupun malam.
Ketibaan baligh (puberty) biasanya dikaitkan dengan permulaan peringkat remaja. Baligh bermaksud kematangan sistem pembiakan, sosial dan fizikal. Pada peringkat ini remaja akan mengalami perubahan dari segi struktur tubuh badan, kecergasan, tanggapan, minat, nilai dan pegangan agama. Biasanya remaja yang normal dan berfikiran waras mula mengurangkan pergantungan kepada keluarga bagi mendapatkan ilmu dan kemahiran tertentu. Mereka tidak terikat atau mengharapkan ibu bapa lagi dalam memandu arah kehidupan yang dituju. Remaja yang berumur 15 tahun ke atas biasanya sudah pandai mengawal diri sendiri dan menggunakan masa lapang untuk melakukan perka-perkara yang berfaedah.

Aspek Perkembangan Emosi Remaja.

Peringkat Awal Remaja (12-15 tahun) Emosi remaja pada peringkat ini adalah sukar diramal. Mereka mengalami pelbagai konflik diri. Contohnya, mereka inginkan kebebasan tetapi pada masa yang sama mereka masih bergantung pada ibu bapa untuk keperluan kewangan, kasih sayang dan sebagainya. Satu lagi punca konflik diri ialah tentang tanggapan diri mereka sama ada mereka masih lagi kanak- kanak ataupun sudah dewasa. Ada pula yang bersikap angkuh kerana hendak melindungi segala kelemahan yang ada pada diri mereka. Oleh itu, guru hendaklah menggalakkan persaingan diri agar perasaan kejayaan dapat dinikmati. Dalam persaingan seperti ini, guru tidak harus membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar-pelajar lain. Sebaliknya, pencapaian pelajar yang sama dibandingkan dengan pencapaiannya bagi bulan sebelumnya. Sekiranya ada kemajuan, maka pujian atau ganjaran hendaklah diberikan kepada murid tersebut. Perasaan marah kerap kali timbul kerana jiwa remaja yang tertekan akibat pelbagai konflik yang melanda diri mereka.

Pada peringkat awal remaja, remaja juga kurang sabar dan sentiasa berpegang teguh kepada pandangan diri sendiri. Pendapat orang lain jarang diterima dengan mudah. Guru hendaklah menggalakkan remaja di peringkat ini agar bersedia menerima pendapat orang lain kerana amalan seperti itu tidak bermakna satu kekalahan. Sebaliknya, bertukar-tukar fikiran dan pendapat adalah satu perlakuan yang banyak manfaatnya. Di peringkat ini, remaja mula menilai tingkah laku orang dewasa seperti ibu bapa dan guru secara lebih objektif. Contohnya, apabila ibu bapa melarang anak menonton televisyen atau merokok tetapi ibu bapa sendiri melakukan perkara tersebut. Keadaan ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan remaja. Akibatnya mereka mula memberontak dan menentang ibu bapa serta guru. Oleh itu, guru hendaklah menjadi contoh teladan yang baik kepada pelajar-pelajarnya.

Peringkat Remaja (15-20 tahun) Pada peringkat ini remaja mengalami suatu tekanan dan ketegangan. Ini kerana mereka inginkan kebebasan tetapi pada masa yang sama mereka berasa masih bergantung dan terhutang budi terhadap ibu bapa yang telah menyokong mereka dari segala aspek. Mereka tetap menyayangi ibu bapa tetapi dalam masa yang sama mereka mempunyai perasaan untuk menentang atau membantah apabila diminta melakukan perkara yang berlawanan dengan kehendak mereka. Keadaan seperti itu boleh mewujudkan jurang yang ketara di antara remaja dan ibu bapa.
Di peringkat ini, nilai-nilai kumpulan rakan sebaya menjadi pengaruh yang kuat terhadap sikap, pakaian, dan nilai remaja itu. Sebagai contoh jika rakan sebayanya berambut ala ‘punk’, remaja juga akan cuba untuk meniru gaya rambut begitu. Begitu juga pakaiannya yang menyerupai fesyen ala ‘baggy’. Keadaan-keadaan seperti inilah yang secara tidak langsungnya akan menimbulkan perasaan serba salah di kalangan diri remaja. Mereka masih sayang dan ingin mematuhi nilai-nilai ibu bapa tetapi dalam masa yang sama mereka merasa bimbang jika tidak mamatuhi nilai dan amalan rakan sebaya yang boleh menyebabkan mereka disingkir atau dipulaukan di kalangan mereka.

Pada peringkat ini rumah tidak lagi menjadi minat mereka dan mereka juga menjadi lebih berminat untuk berhubung dengan orang yang bukan dari kalangan ahli keluarga mereka. Kebanyakkan remaja pada peringkat ini menyanjung tinggi dan memuji orang yang lebih dewasa yang mereka terima sebagai model atau contoh kepada perilaku mereka. Oleh sebab ketegangan kerap berlaku di antara remaja dengan ibu bapa, jadi, guru amat diperlukan untuk simpati dan menasihati mereka.
Perubahan dalam aspek rupa bentuk fizikal, sosial dan kognitif seseorang individu itu boleh menimbulkan kesan yang negatif ke atas kestabilan emosi remaja. Pada mulanya aktiviti dan imbangan hormon yang cepat berlaku di dalam badan merupakan punca utama yang mengakibatkan gangguan emosi tetapi kemudiannya ketidakstabilan emosi adalah akibat daripada konflik yang dihadapi dalam diri remaja dan dalam usahanya untuk membentuk pandangan hidup yang lebih bermakna bagi dirinya. Sikap timbal balik orang lain terhadap dirinya akan menguatkan atau mengurangkan konflik yang tersemat di dalam dirinya. Remaja akan mulai menyedari perasaan-perasaan baru yang belum dialami olehnya sebelum itu seperti kebangkitan nafsu seksual, dan ia kadangkala akan berasa seronok atau takut dengan perasaan-perasaan tersebut yang adakalanya begitu kuat dalam diri mereka.

Oleh sebab perasaan ini muncul melalui satu proses semulajadi yang susah hendak di kawal, ia akan mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat yang biasanya jika ditanyakan kepada orang dewasa tidak akan dijawab kerana dianggap sebagai topik-topik sensitif ataupun jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati mereka. Para remaja mungkin bertindak balas dengan menarik diri dan cuba menyelesaikan persoalan dengan melarikan diri ke alam fantasi. Penarikan diri ini mungkin ditafsirkan oleh orang lain sebagai satu tanda sikap beragam (moody), sombong dan anti sosial. Jika perasaan ingin tahunya ditinggalkan tanpa jawapan, dia mungkin merasakan bahawa kebanyakkan aktiviti yang patut melibatkan dirinya sebagai tidak sesuai. Remaja mungkin bertindak balas terhadap perasaan ingin tahunya dengan membincangkan isu-isu berbentuk peribadi bersama-sama dengan kelompok sebayanya, atau akan membaca bahan-bahan yang mempunyai topik-topik yang menarik minat mereka. Perasaan kecewa tersebut akan membawa kepada tingkah laku yang agresif dan seterusnya pula mungkin mencari apa sahaja jalan untuk melepaskan kekecewaannya termasuk dengan cara penyalahgunaan dadah, pemujaan agama ataupun mengmbil keputusan untuk lari meninggalkan rumah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan feedback anda kat sini.. thank you ^_^

Ya Allah ampunilah aku & saudaraku & masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..

action!!

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This free digital scrapbook created with Smilebox

Just share

Share |

Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan.

Related Posts with Thumbnails