Tuesday, July 27, 2010

Kosmo! Online - Rencana Utama: Dari jubah ke bikini

Kosmo! Online - Rencana Utama


Rima berjaya meraih gelaran itu dan serata dunia bergema dengan kata-kata Arab woman crowned Miss USA, impaknya mungkin berbeza.
SETELAH lama terperosok di dalam kepompong, sebahagian wanita Arab kini semakin menebarkan warna sang reramanya.

Lari daripada stereotaip yang sering digambarkan pada diri mereka seperti berjubah, berkelubung dan 'lebih gemar bersembunyi', mereka kini semakin berani menghapuskan wajah klise itu.

Kejayaan bersejarah wanita Arab berketurunan Lebanon, Rima Fakih yang dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Amerika Syarikat (AS) minggu ini bagai cuba menyampaikan mesej bahawa wanita Arab kini semakin bebas, berfikiran terbuka dan seksi.

Memang benar penglibatan wanita Arab dalam pertandingan ratu cantik bukanlah perkara baru. Imej sensual penyanyi wanita Arab juga sudah lazim dilihat di kaca televisyen.
Namun, ia belum cukup kuat untuk meruntuhkan pandangan tradisional terhadap wanita Arab secara umumnya.

Cuma apabila Rima berjaya meraih gelaran itu dan serata dunia bergema dengan kata-kata 'Arab woman crowned Miss USA', impaknya mungkin berbeza.

Dalam pertandingan yang diadakan di Las Vegas itu, Rima, 24, yang merupakan seorang Arab beragama Islam bangga memperagakan tubuhnya di depan khalayak termasuk dengan hanya memakai bikini.

Mewakili Michigan, negeri dia bermastautin, Rima berjaya menewaskan 50 wanita Amerika yang lain.

Rima merupakan anak kelahiran Srifa, Lebanon yang berhijrah ke AS bersama ahli keluarganya pada tahun 1993.
Diversiti

Menurut akhbar Detroit Free Press, hasil percampuran dengan budaya Amerika, keluarga Rima merupakan simbolik kepada diversiti sebuah keluarga Arab.




--------------------------------------------------------------------------------



Dalam kalangan ahli keluarga Rima, ada yang memakai tudung, sekadar berselendang atau tidak mengenakan sebarang penutup kepala. Keluarganya tidak pernah menghalang Rima daripada menyertai pertandingan ratu cantik itu.

Abangnya, Rabih Fakih, 37, berkata: "Ini menunjukkan sisi baik Arab-Amerika. Ramai orang fikir Arab ialah satu dunia yang semuanya perlu ditutup."

Bakal mewakili AS di pertandingan Ratu Cantik Universe, Rima bukan satu-satunya orang Arab yang menyertai pertandingan seperti itu. Ratu Cantik Perancis tahun ini, Malika Menard, 22, merupakan wanita kelahiran Syria.

Jika Rima dan Malika memilih untuk menonjol di lapangan ratu cantik, lain pula dengan Farah Malhass, 26, yang nekad mahu menjadi wanita Arab pertama menyertai kejohanan bina badan di peringkat dunia.

Farah yang merupakan wanita Arab Jordan dikritik hebat oleh rakyat negaranya namun dia tidak ambil peduli.

Farah turut mencetuskan kontroversi kerana keberaniannya mendedahkan ukiran tatu pada sebahagian besar tubuhnya.

Antara tatu yang terserlah pada tubuh Farah ialah lukisan pari-pari tanpa pakaian pada pahanya, pari-pari bersayap di belakang tubuh dan dua potong ayat di lengan kiri dan kanannya.

Bukit Bintang

Jurnal berkesempatan meninjau ragam wanita Arab di kawasan tumpuan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tidak dinafikan, selain melihat kelibat wanita Arab yang masih bernuansa Asia Barat, ada juga yang lagaknya sudah kelihatan seperti wanita dari Barat. Mereka berpakaian menjolok mata dan mendedahkan rambut aneka gaya.

Seorang wanita Arab Saudi yang hanya mahu dikenali sebagai Aisya sedang menghisap rokok saat disapa Jurnal.

Dia yang memakai baju paras dada tanpa lengan dan seluar ketat berwarna hijau pantas menjegilkan mata dan menggelengkan kepala apabila ditanya adakah dia boleh berpakaian begitu di negaranya?

"Tidak," katanya yang tidak tahu berbahasa Inggeris. Keberatan untuk ditemu bual, dia memberi alasan teman lelakinya akan tiba sebentar lagi.

Apa yang cuba ditonjolkan Aisya yang datang ke negara ini sebagai pelajar bagai menunjukkan segelintir wanita Arab teringin untuk menanggalkan tudung dan abaya (jubah) serba hitam mereka sedangkan mereka dilarang melakukannya di tanah air sendiri.

Seorang wanita Kuwait, Muna, menganggap wanita Arab kini sudah menikmati lebih banyak kebebasan.

Dia yang tidak mengenakan tudung kepala dan memakai seluar paras lutut sedang menikmati sisha bersama suaminya di sebuah restoran sajian Mesir di Bukit Bintang.

"Sekarang tidak ada siapa kisah sama ada anda memakai tudung atau tidak. Anda lihatlah saya, saya tidak bertudung. Ibu saya di Kuwait juga dulu bertudung tapi kini tidak lagi.

"Ia amat berbeza berbanding 10 tahun sebelum ini apabila semua wanita perlu menutup seluruh tubuh dari kepala hingga kaki," kata Muna, 30, yang datang ke negara ini untuk bercuti.

AFP melaporkan baru-baru ini bahawa 15 negara Arab telah mengalami peningkatan dari segi hak wanita terutama di Kuwait, Algeria dan Jordan dalam tempoh lima tahun lalu.

Negara Arab yang mencatatkan tahap kebebasan tertinggi ialah Tunisia, Maghribi, Algeria dan Lebanon. Sementara itu, Arab Saudi, Yemen dan Palestin mencatatkan perubahan yang rendah.

Sungguhpun begitu, arus penentangan terhadap 'undang-undang wanita' kini sudah dirasakan di Arab Saudi.

Dalam berpakaian abaya dan bertudung, wanita muda secara perlahan-lahan memakai solekan yang tebal dan menampakkan sebahagian rambut mereka.

Bahkan, seorang gadis Arab Saudi baru-baru dilaporkan Daily Mail telah membelasah seorang penguat kuasa agama yang melarang dia berjalan dengan seorang teman lelakinya.

Penguat kuasa itu dipukul berulang kali di kepala dan mengalami kecederaan teruk sehingga dirawat di hospital.



MAHA mewakili gadis moden Arab namun masih berusaha mengekalkan elemen tradisi dan agamanya.

--------------------------------------------------------------------------------



Realiti

Maha Mohammad Al-Darwish, 26, melihat situasi tersebut sebagai realiti yang berlaku di tanah airnya.

"Anak muda kini sangat berani. Dan kadang-kadang pihak berkuasa pun tidak mampu mengawal lagi.

"Ada antara mereka berpeluang pergi ke luar negara dan melihat gaya hidup orang lain lalu mengalami kejutan budaya," ujar gadis Arab Saudi yang ditemui di Kuala Lumpur ini.

Pelajar sebuah universiti di ibu negara ini memberitahu, masyarakat antarabangsa melabelkan Arab Saudi sebagai 'negara lelaki' kerana perempuan tidak dibenarkan melakukan banyak perkara termasuk memandu kereta.

Maha mengakui wanita Arab kian moden seiring dengan perubahan zaman. Namun, Maha mahu membetulkan tanggapan sesetengah pihak terhadap orang Arab.



BEBERAPA wanita dipercayai dari Asia Barat tidak bertudung atau berjubah di Kuala Lumpur.

--------------------------------------------------------------------------------



"Apabila bercakap tentang Arab, orang fikir mereka semua Islam dan alim. Tidak. Orang Arab juga ada orang baik dan sebaliknya, sama seperti bangsa lain.

"Saya kategorikan wanita Arab kepada tiga kategori. Pertama, golongan yang ekstrem dalam beragama, kedua golongan yang ekstrem seksi yang sanggup berbikini di tepi pantai dan lagaknya sudah seperti wanita Latin.

"Ketiga ialah golongan seperti saya yang moden namun punya batasannya.

"Saya melihat majoriti wanita Arab berada di kategori ketiga. Kami hanya mahu mengecapi hidup moden seperti orang lain.



SEORANG wanita Arab yang berpakaian agak seksi berjalan di sebatang jalan tumpuan pelancong Arab di Bukit Bintang baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------



"Kami mahu membeli-belah barangan berjenama, kami mahu bekerja, kami mahu menguasai ilmu dan kami mahu berkenalan dengan orang lain untuk meluaskan minda.

"Tapi dalam masa yang sama kami masih cuba mengekalkan nilai agama dan tradisi kami," kata wanita berkelulusan rekaan grafik dan multimedia yang bertudung putih dan berblaus kelabu itu.

"Sama ada anda masih bertudung atau tidak, jangan berubah keterlaluan. Ia memberi imej yang buruk dan anda tahu ia tidak betul," hujahnya bernas.

Monday, July 19, 2010

Konsep Ta'aruf dalam Islam

Assalamualaikum w.b.t....
Nak bawa awak semua terbang menghayati erti ukhwah melalui ta'aruf.. (confirm la ramai yg ternganga ni.. amende la ta'aruf ni kan?? yang penting keep u'r mouth from serangga spt lalat yg nk amik ksempatan k.. hehe) k la b seriously 5 minutes.. jap je..

Ta'aruf dalam Islam bermaksud berkenal-kenalan antara satu sama lain. Mausia yang tidak menghayati konsep ta'aruf umpama haiwan liar yang sentiasa bermusuhan dan tidak mengenal erti perkenalan dan persahabatan. Dalam Islam, ta'aruf adalah ibadah. Orang yang mengamalkan ta'aruf dilihat mematuhi tuntutan syara'

Islam menggalakkan umatnya berta'aruf dengan pelbagai golongan dan bidang seperti ekonomi, pendidikan, politik, dan kebudayaan.Ia boleh membawa banyak kebaikan kepada seluruh umat manusia.
Ini buktinya ayat dr SUroh Al-Hujurat ayat 14:49..
"Maksudnya: wahai umat manusia sesungguhnya kami menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah mjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (& beramah mesra ant. satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya ant. kamu (bukan yg lebih keturunan @ bangsa). Sesunguhnya Allah maha mengetahui lg Maha mendalam pengetahuannya (akn amalan & keadaan kamu)." (Suroh Al-Hujurat ayat 13:49)

ok.. relax dlu k.. lau rasa berat sgt maksud ni d persilakan minum dulu.. dan fikir2kan adakah kita ni mcm kera sumbang ngn people around us.. hurm think3x
rasa2nya kurang ukhwah kot.. maklumlah zaman serba canggih ni org asyik nk kejar material dr care tentang dunia selepas mati.. jeng3x time c-hat ni ble la fkir material kan but time sakit nti lu fikir la sendiri.. (hehe.. sorry ya En. Nabil tiru trademark awk.. sikit)


Mengapa perlu ta'aruf???

1) lau fikir logik la kan of course wujudnya kerjasama bila kta saling mengenali contohnya kerjasama dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan, kebudayaan then sosial.

2) sesiapa yang mengabdikan dirinya kepada Allah.. maka dia mematuhi suruhan supaya berta'aruf.

3) last but not least supaya kta kenal kturunan kita masing2.. lau dh kenal mesti tjalin satu hubungan erat dalam persaudaraan malahan juga psahabatan..
Rasullah menegaskan dalam sebuah hadis :
"Maksudnya : daripada Abu Hurairah r.a, sabda Nabi s.a.w: kenalilah nasab keturunan kamu yang mbolehkan kamu mengeratkan silaturrahim. Sesungguhnya silaturrahim itu mewujudkan kasih sayang d kalangn ahli kluarga, mnambahkan harta dan melewatkan ajal." (Riwayat Ahmad wa Tarmizi)

Jangan giv up tuntut ILMU


Sapa kata menuntut ilmu ni senang.. sy dok hari2 pegang buku junjung ke sana ke mari.. al-maklumlah dh tanggungjawab sbg mahasiswi so must go on je la.. jadual aku sem ni xlah sepadat sem pertama.. tp perlu jga hati2 study untuk "maintain"kan n "up"kan pointer.. tp jujur aku katakan yg kekadang fokus aku lari juga ke hal2 remeh temeh ni.. eg. layan fb memanjang dlm keadaan line yg slow, slow n slow pastu xble nak excess.. huh frust btul lau benda2 mcm ni.. tp spt manusia besa kita x boleh lari dari kesilapan right.. so, kkadang muhasabah balik diri. Maka menjadila aku seperti tukang kebun yg mencantas daun layu supaya yg tlihat hanya daun yg segar je kt taman tu.. means buang perangai buruk tu then cover balik ngn sikap mahmudah contoh ingat fokus utama kita sbg sorang khalifah Allah, sbg sorang anak, sbg sorang student, n sendiri mau igt lah komitmen msg2 ye.. but nk share ngn korang sal cerita ilmu ni.. so sblm nk start ni korang minum ke makan ke... xkisah...

tahu tak if I said that menuntut ilmu itu adalah wajib bagi setiap individu muslim..
percaya ke tak????? lau yg x percaya tu terimalah kenyataan that statement is true.
Buktinya berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w:
'Maksudnya: Anas Bin Malik r.a. berkata, Rasulullah s.a.w bersabda,"menuntut ilmu itu wajib kepada setiap muslim".

tp lau nak tuntut ilmu pun berpadah2 lah ya.. bukan ilmu sihir n yg sewaktu ngnnya. Dalam Islam ilmu ada 2 kategori.. 1st, ilmu Fardhu Ain then Fardhu Kifayah.. jgn pandang enteng tau 2 jenis ilmu ni.. ni utk kbaikan korang la sbb ilmu2 ni la yg akn membantu kita dr kegelapan.. napa aku cakap begitu mestilah ada sebabnya..

ok.. 1st ilmu Fardhu Ain.
ilmu ni wajib dipelajari kerana ni ilmu asas bagi setiap individu contohnya ilmu akidah, ilmu syariah dan ilmu akhlaq. so, imagine la jika korang xnak amik kisah sal ilmu akidah ni.. macamana halatuju anda???? mcmana korang nak hidupkan sbuah kuarga yg sakinah??? n byk mcm lg la kesannya bila kita hanya kejar dunia yg kita sudah tahu x akan kekal ni.. dah la hdup xlama.. soalan bocor dr kubur pun kta xmampu jawab.. Nauzubillah min zalik.. takut2x

ok.. 2nd, ilmu Fardhu Kifayah.
ilmu ni perlu d pelajari untuk memenuhi keperluan diri, masyarakat, n negara. for eg. ilmu perubatan, ilmju perniagaan, ilmu ICT, n ilmu2 akademik ni..

kelebihan kita menuntut ilmu ni byk jugalah.. antaranya mudah jln kita ke syurga.. yeye InshaAllah wa Amin..(layakkah aku ni -_- ), selain tu para Malaikat sentiasa bsama org yg berilmu, semua makhluk memohon keampunan kpd mereka (waaa.. begitu bharganya ilmu tu.. sampaikan makhluk lain pun tunduk.. subhanallah.. sedar la kita wei..)

harap fikir2kanla diri kita ni kt mana.. semoga ilmu yg kta tuntut ni x sia2 kan.. lau x..mesti kita rugi sbb keistimewaan ilmu ni mmg kaw2.. think3x..hehe

Simposium Business Management


Hadir ke Simposium Bussiness Management.. hurm baik sangatlah tu.. lihat perspektif buss. mgmt dari sudut berbeza. Apapun ilmu yang akan di sampaikan nanti akan aku rumuskan kat sini ya.. don't worry be happy :) skrg ni tak boleh la coz this program will be start on tomorrow 21th July.. daaa

Welcome back...... :)
ok la nak beritahu not detail la pasal symposium hari ni 21th July
"SYMPOSIUM OF BUSINESS MANAGEMENT"
'Readers of Today, Leader of Tomorrow'
@ Cendiakiawan Hall, UNITEN

Participants by 2 guests as below:
Mr. Oliver De Meistre,
Lecturer ( Expert Level )
Faculty of Accountancy & Management
Mahasarakham University, Thailand

ok la this guy memang handsome if version yang muda but not available status..hehe joking. He bring the topic " EUROPEAN BUSINESS - EU Competition Policy "

and the other one is Associate Professor Andrew Ronald Cottam
Pricipal Lecturer in International Business Mgmt
Faculty of Accountancy & Mgmt
Mahasarakham University, Thailand..
he bring the topic " INSPIRING ORGANISATIONAL TRANSFORMATION "

antara dua orang ni.. saya tertarik dengan satu point yang di katakan oleh Mr. Andrew
He said " change going to happened if u want or not, u can't stop it, u are part the change process and u will inspire change, so accept and embrace change... "

He continued " anticipate when change is needed, facilitate change to create a positive outcome.. "

In the final session, he ask interesting question to thinnk " what changes do u see happening in the Malaysia in the future?.. how do u think change will be affect u and u're family?? " hurm.. interesting for me and who's become a leader..
success programme!!!

dari persoalan ni boleh la dijadikan kesimpulan that to become all this a reality we need insighful leadership, innovation and technologies to enhance society and change humanities future...


thats all for this content.. come join me to change for better future..
Lastly ada kata2 untuk nak bagi korang.. hadiah dari hati " “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah terlebih dahulu apa yang ada pada diri mereka” Surah Ar-Ra’d ayat 11..........think3x daaa..

Mencari ilmu

Kasih antara aku dan Ashraf...

Cuti semester 3 minggu hari tu aku diberi peluang utk balik ke Sabah.. mwmang genbira sgt2 sebab byk benda yang menunggu kpulangan sementara aku.. chop!!! kecuali boyfriend not accepted.. antaranya adik Ashraf yg bermulut becok macam nenek yang x sudah2 marah ngn cucu2nya.. hehe but seriously comel sgt bila dia dh mengomel xtentu pasal.. tp lau dia diam sebijik mcm anak mithali yang naif.. mcam gambar ni.. tgk btul2 k sbijik mcam anak mithali dgn mulut yang muncung..

sayang sgt ngn adik yang sorang ni.. manja lebih2 pun tak apa tp aku n kuarga still didik dia ngn tegas.. cehh tp yang peliknya still ada jga yang beri layanan special ngn dia... iaitu jiran sebelah umah yg b'status "bujang busy".. al-maklum lah SESB tu sediakan kuarters utk pekerja dia yang hampir2 ngn tempat keja. So, mudah la staff dia ulang alik.. oleh krn itulah adik Ashraf ni matang sikit krn pgaulannya dengan pekerja Sesb yang usia sekitar 23 n above.. kwn dia paling tua b'umur sekitar 40-an pangkat ayah tu... so, gelaran utk adik Ashraf "c bujang" amat2 secocok.. ( lau dia dengar melayang reket badminton tu..)

hurm.. btulkan ala2 "c bujang"..

Ashraf and da geng.. dia kata geng Upin & Ipin tp aku tgk ni dh lebih dr 2 orang tp he said that others is Ipun and Upun.. haha x lucu sebab nama tu x sedap..
Begitulah secebis kisah aku bersama kasih Ashraf..

Sunday, July 18, 2010

Remaja dulu vs remaja moden


Sebagai seorang remaja, aku ingin luahkan rasa kesalku kepada isu pembuangan bayi yang ranking sekarang ni. Sungguh menyayat hati sangat bila kita sudah menjadi lali dengan isu ini. Dalam keadaan terkilan ni la aku m'push'kan diriku untuk mengenal erti nilai sebahagian remaja yang amat ketara perbezaan moralnya dari remaja yang dulu. Definisi Remaja Menurut Mohammad Salleh Lebar, pada masa kini istilah remaja adalah untuk jangka masa di antara 15-25 tahun, iaitu satu jangka masa yang dianggap begitu panjang. Empat puluh tahun yang lampau, jangka masa remaja boleh dikatakan pendek iaitu di antara peringkat umur 15-20 tahun sahaja. Kebanyakan remaja pada ketika itu berkahwin di sekitar umur 16- 18 tahun (hurm.. btul gak tu cam parents aku la..) Tetapi pada masa kini, adalah kerana akibat perubahan gaya hidup zaman moden dan mereka terpaksa menempuh pelbagai halangan dan cabaran sebelum mendirikan rumahtangga.
Menurut Abd Majid dan Rahill Mahyuddin, remaja merupakan satu zaman yang bermula dari baligh dan berakhir apabila seseorang itu menjadi dewasa. Pelbagai pancaroba yang berlaku di zaman remaja ini. G. Stanley menamakan zaman remaja sebagai zaman storm dan stress. Jadi, bolehlah dirumuskan bahawa semua tugas perkembangan zaman remaja ialah satu persediaan yang perlu untuk seseorang kanak-kanak itu menjadi orang dewasa yang berperwatakan sihat dan dinamik.Masa ni la penyerapan nilai agama dan disiplin diri tidak boleh diremehkan.. (ini pada pandangan aku la.. )

Menurut Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur, peringkat remaja adalah bermula dari umur 12-18 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak akan mencapai tahap kematangan akil baligh dan menyedari tentang perubahan bentuk badan mereka. Mereka akan menerima perubahan fizikal mereka dan menggunakannya dengan cara yang paling berkesan.

Menurut Kathleen dan Joseph (1989), masa remaja adalah satu tempoh penangguhan psikososial, satu tempoh peralihan yang panjang di antara peringkat kanak-kanak kepada peringkat dewasa, yang mungkin ataupun tidak mungkin disambut oleh individu tersebut sebagai satu peluang untuk meneroka ke alam diri sendiri. Dengan kata lain, remaja bermaksud satu zaman peralihan dari peringkat zaman kanak-kanak ke peringkat bebas, iaitu zaman dewasa. Zaman inilah para remaja sentiasa dicabar oleh peraturan-peraturan agama, sosial dan pembangunan. Seandainya mereka gagal mengawasi tugas-tugas perkembangan yang dilalui tersebut, maka mereka akan menghadapi masalah dan tekanan.

Pepatah inggeris ada menyatakan bahawa zaman remaja adalah seperti kehidupan kupu-kupu di waktu malam yang sentiasa mencari tempat yang ada sinaran cahaya. Jadi, pada masa kini remaja akan sentiasa keluar dari rumah untuk mendapatkan hiburan dan keseronokan terutama di tempat- tempat yang menjadi tarikan orang ramai tanpa mengira waktu siang ataupun malam.
Ketibaan baligh (puberty) biasanya dikaitkan dengan permulaan peringkat remaja. Baligh bermaksud kematangan sistem pembiakan, sosial dan fizikal. Pada peringkat ini remaja akan mengalami perubahan dari segi struktur tubuh badan, kecergasan, tanggapan, minat, nilai dan pegangan agama. Biasanya remaja yang normal dan berfikiran waras mula mengurangkan pergantungan kepada keluarga bagi mendapatkan ilmu dan kemahiran tertentu. Mereka tidak terikat atau mengharapkan ibu bapa lagi dalam memandu arah kehidupan yang dituju. Remaja yang berumur 15 tahun ke atas biasanya sudah pandai mengawal diri sendiri dan menggunakan masa lapang untuk melakukan perka-perkara yang berfaedah.

Aspek Perkembangan Emosi Remaja.

Peringkat Awal Remaja (12-15 tahun) Emosi remaja pada peringkat ini adalah sukar diramal. Mereka mengalami pelbagai konflik diri. Contohnya, mereka inginkan kebebasan tetapi pada masa yang sama mereka masih bergantung pada ibu bapa untuk keperluan kewangan, kasih sayang dan sebagainya. Satu lagi punca konflik diri ialah tentang tanggapan diri mereka sama ada mereka masih lagi kanak- kanak ataupun sudah dewasa. Ada pula yang bersikap angkuh kerana hendak melindungi segala kelemahan yang ada pada diri mereka. Oleh itu, guru hendaklah menggalakkan persaingan diri agar perasaan kejayaan dapat dinikmati. Dalam persaingan seperti ini, guru tidak harus membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar-pelajar lain. Sebaliknya, pencapaian pelajar yang sama dibandingkan dengan pencapaiannya bagi bulan sebelumnya. Sekiranya ada kemajuan, maka pujian atau ganjaran hendaklah diberikan kepada murid tersebut. Perasaan marah kerap kali timbul kerana jiwa remaja yang tertekan akibat pelbagai konflik yang melanda diri mereka.

Pada peringkat awal remaja, remaja juga kurang sabar dan sentiasa berpegang teguh kepada pandangan diri sendiri. Pendapat orang lain jarang diterima dengan mudah. Guru hendaklah menggalakkan remaja di peringkat ini agar bersedia menerima pendapat orang lain kerana amalan seperti itu tidak bermakna satu kekalahan. Sebaliknya, bertukar-tukar fikiran dan pendapat adalah satu perlakuan yang banyak manfaatnya. Di peringkat ini, remaja mula menilai tingkah laku orang dewasa seperti ibu bapa dan guru secara lebih objektif. Contohnya, apabila ibu bapa melarang anak menonton televisyen atau merokok tetapi ibu bapa sendiri melakukan perkara tersebut. Keadaan ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan remaja. Akibatnya mereka mula memberontak dan menentang ibu bapa serta guru. Oleh itu, guru hendaklah menjadi contoh teladan yang baik kepada pelajar-pelajarnya.

Peringkat Remaja (15-20 tahun) Pada peringkat ini remaja mengalami suatu tekanan dan ketegangan. Ini kerana mereka inginkan kebebasan tetapi pada masa yang sama mereka berasa masih bergantung dan terhutang budi terhadap ibu bapa yang telah menyokong mereka dari segala aspek. Mereka tetap menyayangi ibu bapa tetapi dalam masa yang sama mereka mempunyai perasaan untuk menentang atau membantah apabila diminta melakukan perkara yang berlawanan dengan kehendak mereka. Keadaan seperti itu boleh mewujudkan jurang yang ketara di antara remaja dan ibu bapa.
Di peringkat ini, nilai-nilai kumpulan rakan sebaya menjadi pengaruh yang kuat terhadap sikap, pakaian, dan nilai remaja itu. Sebagai contoh jika rakan sebayanya berambut ala ‘punk’, remaja juga akan cuba untuk meniru gaya rambut begitu. Begitu juga pakaiannya yang menyerupai fesyen ala ‘baggy’. Keadaan-keadaan seperti inilah yang secara tidak langsungnya akan menimbulkan perasaan serba salah di kalangan diri remaja. Mereka masih sayang dan ingin mematuhi nilai-nilai ibu bapa tetapi dalam masa yang sama mereka merasa bimbang jika tidak mamatuhi nilai dan amalan rakan sebaya yang boleh menyebabkan mereka disingkir atau dipulaukan di kalangan mereka.

Pada peringkat ini rumah tidak lagi menjadi minat mereka dan mereka juga menjadi lebih berminat untuk berhubung dengan orang yang bukan dari kalangan ahli keluarga mereka. Kebanyakkan remaja pada peringkat ini menyanjung tinggi dan memuji orang yang lebih dewasa yang mereka terima sebagai model atau contoh kepada perilaku mereka. Oleh sebab ketegangan kerap berlaku di antara remaja dengan ibu bapa, jadi, guru amat diperlukan untuk simpati dan menasihati mereka.
Perubahan dalam aspek rupa bentuk fizikal, sosial dan kognitif seseorang individu itu boleh menimbulkan kesan yang negatif ke atas kestabilan emosi remaja. Pada mulanya aktiviti dan imbangan hormon yang cepat berlaku di dalam badan merupakan punca utama yang mengakibatkan gangguan emosi tetapi kemudiannya ketidakstabilan emosi adalah akibat daripada konflik yang dihadapi dalam diri remaja dan dalam usahanya untuk membentuk pandangan hidup yang lebih bermakna bagi dirinya. Sikap timbal balik orang lain terhadap dirinya akan menguatkan atau mengurangkan konflik yang tersemat di dalam dirinya. Remaja akan mulai menyedari perasaan-perasaan baru yang belum dialami olehnya sebelum itu seperti kebangkitan nafsu seksual, dan ia kadangkala akan berasa seronok atau takut dengan perasaan-perasaan tersebut yang adakalanya begitu kuat dalam diri mereka.

Oleh sebab perasaan ini muncul melalui satu proses semulajadi yang susah hendak di kawal, ia akan mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat yang biasanya jika ditanyakan kepada orang dewasa tidak akan dijawab kerana dianggap sebagai topik-topik sensitif ataupun jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati mereka. Para remaja mungkin bertindak balas dengan menarik diri dan cuba menyelesaikan persoalan dengan melarikan diri ke alam fantasi. Penarikan diri ini mungkin ditafsirkan oleh orang lain sebagai satu tanda sikap beragam (moody), sombong dan anti sosial. Jika perasaan ingin tahunya ditinggalkan tanpa jawapan, dia mungkin merasakan bahawa kebanyakkan aktiviti yang patut melibatkan dirinya sebagai tidak sesuai. Remaja mungkin bertindak balas terhadap perasaan ingin tahunya dengan membincangkan isu-isu berbentuk peribadi bersama-sama dengan kelompok sebayanya, atau akan membaca bahan-bahan yang mempunyai topik-topik yang menarik minat mereka. Perasaan kecewa tersebut akan membawa kepada tingkah laku yang agresif dan seterusnya pula mungkin mencari apa sahaja jalan untuk melepaskan kekecewaannya termasuk dengan cara penyalahgunaan dadah, pemujaan agama ataupun mengmbil keputusan untuk lari meninggalkan rumah.

Blogku merintih..


Assalamualaikum...

huhu.. dh bpe bulan blog ni wujud tp x pernah nak update.. n this is my first time to open 4 public.. yeye : ) padahal cian sungguh -_-.. apa ble wat
tuannya sgt2 tidak prihatin dgn blog ni.. (kutuk blog sendiri nampak..) bukan apa semenjak beberapa bln ni c-buk tak tentu pasal.. bukan ada cafe sendiri pun.. lau ad pun arr dekat blog ni je la.. nama cafe was known as "Su Said da Cafe".. perasan!!!! hurm enough la Su.. terima la keadaan seadanya dlm usia 23thn ni masih pegang buku2 akademik yg sentuh sal Finance, Organizational Behaviour, Marketing n watever.. lau aku gtau nenek aku yg aku nak sambung master lg mmg bising dia.. hehe takut dia cucunya x dapat jodoh (tp skurang2nya aku sgt2 bersyukur apa..) tp InsyaAllah tumpuan utk blog ni akan aku "improved"kan.. tu pun lau x bz k.. manala tau kan tetiba da pgrm dr ari Jumaat tu smpai la Ahad pastu kuliah pula yg wajib d dahulukan dr blog ni.. masa itu emas la katakan.. wawawa trep bz pla aku ni.. (padahal aktiviti xlah se"bz" manapun.. lau x layan tv, layan buku2 kt library, xpun b'fb yg x sudah2)

Tp apapun masa itu emas dalam Surah Al-Asr yang bermaksud Demi masa.... Surah ini mengajak kita memahami erti yang 5 sebelum datangnya yang 5.....


•masa sihat sebelum sakit

•masa muda sebelum tua

•masa kaya sebelum miskin

•masa lapang sebelum sempit

•masa hidup sebelum mati

think3x........ work harder 4 better future

MAHA MELIHAT

by: opick n amanda

Seiring waktu berlalu
Tangis tawa di nafasku
Hitam putih dihidupku
Jalan ditakdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi Engkau lah saksi

Kau yg Maha Mendengar
Kau yg Maha Melihat
Kau yg Maha Pemaaf
Pada-Mu hati yang bertaubat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
Pada-Mu semua bergantung

Yang dicintakan pergi
Yang didambakan hilang
Hidupkan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa
Bersiram air mata


By-sue_sabah
10:35 pm
4/12/2010

Penemuan Bahtera Nabi Nuh




Siapa sangka di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri ‘berharga’ yang berusia lebih 5000 tahun. Peninggalan sejarah yg maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar. Pihak2 CIA telah menggunakan satelite dan pesawat ‘Stealth’ utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung itu. Gambar2 itu telah menjadi ‘rahsia besar’ dan disimpan rapi dgn kawalan yg ketat bersama dgn ‘rahsia2′ penting yg lain di Pentagon. Sudah beratus2 org cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yg bermaksud ‘Gunung Kesengsaraan’atau dgn nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa2 kerat saja yg berjaya.Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban. Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki shj yg berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yg ‘mahaberharga’ itu.
Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar. Apa yg masih menjadi tanda tanya,kesemua orang2 yg berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai2 bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dgn penuh misteri.Hanya semata2 kerana gambar tersebut. Memang ramai org yg telah mengambil gambar kesan sejarah ‘Noah’ itu telah mati misteri. Soalnya sekarang, mengapakah ‘kuasa2 besar’ mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat2 rahsia tentera ?. Mengapa mereka tak mau mengesahkan bahawa peninggalan ‘Noah’ benar2 ada di puncak Mt .Ararat itu ? Pada masa yg sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark ! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai,kerana selama itu orang menafikannya. Samalah The Great Noah Ark tu pun.Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 thn itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa utk dibongkar.
Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yg kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu mereka dah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yg digunakan utk menyadurkan logam. Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer.Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada didunia sekarang.
Mengikut para pendaki yg pernah melihat “Noah Ark” di puncak Mt.Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat. “Noah Ark” itu diperbuat drp spesis kayu purba yg memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk ‘kotak kasut’, tidak cantik, tapi sangat berfungsi. Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit.Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dgn jari yg digunakan oleh orang2 zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang “Noah Ark” ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi. Ada juga Para Pengkaji berpendapat,”Noah Ark” berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.
Hari ni terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini.Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung,6300 jenis reptilia,2500 jenis amfibia yg menaiki The Great Noah Ark itu.Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.
Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat: Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh.Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu’jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168)
The Great Noah Ark ini berada di Mt.Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ? Mengikut seorang pengkaji ‘Noah Ark’ ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yg unik. Antara salah satu keunikan yg terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.
Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai kemuncak yg luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yg tertinggi sekali di Turkey.Gunung ini tegak sendirian dgn kemuncak dipanggil Ararat Besar dgn ketinggian 16,984 kaki.Bersententangan dgn sebuah lagi kemuncak gunung yg dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yg menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu “Russia,Iran,Turkey”. Kedudukan Mt.Ararat yg sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu.
Kalau kita tengok CNN hari ni pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak2 Guerilla Qurdish yg mahukan kemerdekaan dari kr’jaan Turkey. Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu kira2 25 batu garis pusat.Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan2 air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora. Gambar : Sebahagian Bahtera Nabi Nuh AS dilitupi salji. Sebuah ‘anchor’ purba yg besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yg digunakan oleh ‘Noah Ark’ semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat.
Sebuah ‘batu nisan’ yg didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. Pada tahun 1917,Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 org pakar pelbagai bidang yg terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut. Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan utk sampai ke puncak Mt.Ararat itu.Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui ‘Noah Ark’ tersebut. Dalam keadaan tergaman,kagum mereka mengambil gambar sebanyak yg mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size ‘Noah Ark’ dan didapati ‘Noah Ark’ itu berukuran 500 kaki panjang,83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji] Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus.
Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala ‘laporan siasatan’ itu masih disimpan atau dimusnahkan…

Ya Allah ampunilah aku & saudaraku & masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..

action!!

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This free digital scrapbook created with Smilebox

Just share

Share |

Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan.

Related Posts with Thumbnails