Bayangkan..
Alam pertama yang kita tempuhi: Penderitaan sewaktu mati
Hadis juga ada menceritakan sakit mati itu umpama 300 tetakan pedang. Walaupun nampak macam sekejap tapi seksanya nauzubillah.
Bayangkan...
Alam seterusnya: Penderitaan di alam kubur
Bayangkan...
Alam seterusnya: Penderitaan Padang Mahsyar
Antara penderitaan Padang Mahsyar, bagi orang jahat, matahari berada di atas ubun-ubun. Kerana banyaknya manusia di Padang Mahsyar, dalam Quran diceritakan betis-betis bertindih macam rokok dalam kotaknya, rapat, padat, ketat. Tuhan biarkan beratus tahun dalam keadaan begitu hingga peluh keluar dan manusia tenggelam dalam peluhnya. Sanggupkah?Bayangkan...
Alam seterusnya: Penderitaan Neraka
Bagi ana susah di dunia pun tidak mengapa. Lihat je la kesusahan 50 tahun di dunia tidak sama dengan susah yang empat jenis tadi itu. Di dunia ujian paling susah mungkin kena langgar kereta dan mati, jatuh ke laut, mati lemas, sakit kuat lalu mati. Tapi tidaklah tersiksa sangat berbanding dengan kesusahan di Akhirat nanti. Nikmat dunia ini apalah sangat?
eg. Nisbah makan, apa yang paling sedap? Katalah durian. Lepas makan durian ke mana? Tak ke istana tapi ke tandas. Tapi nisbah makanan di Akhirat, katalah kita makan epal, kita gigit kali pertama, lain rasanya, gigit lagi kali ke dua sudah lain pula rasa, bertambah sedap, bertambah sedap lagi, sudahlah bertambah sedap, tidak sakit perut, tidak ke tandas selepas itu. Tapi orang tidak nampak itu semua, orang nampak durian di dunia, tidak nampak durian di Akhirat. Katalah ada 100 jenis buah, dalam sekelip mata boleh makan 100 jenis itu. Tidak sakit perut, tidak ke tandas! Betapa indahnya Akhirat!
Di Syurga, orang yang paling lemah iman dapat 50 bandar, bukan bandar macam Kuala Lumpur atau New York, tapi tidak dapat digambarkan keindahannya. Di Akhirat penderitaannya dahsyat, nikmatnya pun dahsyat. Dunia kecil tidak ada harga. Sebab itu di sisi Tuhan dunia ini kalau ada nilai setakat sebelah sayap nyamuk, dan orang jahat tidak akan dapat apa-apa. Terfikir juga kekadang, rupanya dunia ini tiada nilai di sisi Allah, bahkan tempat menguji hambanya semata-mata. Setelah ana buat perbandingan dunia Akhirat, terdetik di hati ana satu persoalan??
"Adakah ana masih mahu bersenang-senang, mengejar harta, mengejar cinta dunia, tenggelam dalam kesibukan, padahal realitinya.. semua itu akan berlalu. bila lagi ana nak sedar sedangkan kehidupan ini agak singkat. sedar atau tidak kita telah banyak menghabiskan waktu yang selama ini boleh digunakan untuk mencari bekalan di akhirat.. Ampunkan hamba yang lemah ya Allah..."
jom biasakan diri memberi dan menjawab salam..
"Assalamualaikum warahmatullahi wa Barokatu ya ukhti.." =) (apa kaitan?? -_- hehe nak tutup kalam dh.. daaa)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan feedback anda kat sini.. thank you ^_^