Sunday, August 29, 2010

Nuzul Al-Quran Dan Lailatul Qadar



Nuzul Al-Quran Dan Lailatul Qadar
Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)



Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)



Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan.

Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Dengan beribadah di sepuluh malam terakhir itu, mudah-mudahan akan dapat menemuinya sebagai bekalan kehidupan akhirat.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi.

Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.

Umat Islam juga perlu mempertingkatkan amal ibadah terutamanya mengejar anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada umat Islam akhir zaman. Beribadah di 10 akhir Ramadhan memberikan kita peluang keemasan ganjaran pahala seolah-olah beribadah sepanjang hidup kita iaitu 1000 bulan (sekitar 83 tahun).

Sumber:http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2084



Saturday, August 28, 2010




Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.
Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya, bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hampir hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zulaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.
Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah. Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.


Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. Kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya, tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Friday, August 27, 2010

Tips menjaga kaki agar kekal cantik...


Perawatan yang biasa dilakukan sebenarnya sederhana je:
* Sll menjaga kelembapan kulit kaki.


* Lakukan perawatan kaki secara teratur, setidaknya 2 minggu sekali, menggunakan produk perawatan khusus untuk kaki yang berkualiti baik. Kita boleh melakukan perawatan sendiri di rumah ataupun di salon khusus yang menyediakan service perawatan kaki.


* Untuk perawatan dasar, cuci kaki sampai betul-betul bersih setiap kali mandi, dan jangan lupa lap sampai benar-benar kering, terutama sela-sela jari kaki.


* Untuk perawatan rutin, cukup luangkan waktu sekitar 20-30 minit. Rendam kaki dalam besen berisi air hangat yang telah ditambahkan beberapa titis desinfektan. Gosoklah jari-jari kaki dengan sikat lembut. Sementara untuk bahagian tumit yang pecah-pecah, gosoklah menggunakan batu apung atau alat penghalus telapak kaki yang biasanya dijual di gerai-gerai kecantikan cam Watson dan Guardian. Alat ini mampu mengelupaskan bahagian kulit yang kering pada tumit.


* Dianjurkan setiap malam selesai membersihkan kaki gunakan foot lotion yang mengandung emollient ataupun lidah buaya yang bersifat menyejukkan. Malam hari merupakan waktu yang paling tepat untuk merawat kulit kerana saat itulah kulit memperbaiki dan membina kembali sel-selnya yang telah rosak. Boleh juga menjatuhkan pilihan pada krim atau losion yang mengandung lanolin dan provitamin D. Kandungan bahan-bahan ini akan sangat membantu melembutkan kaki yang sangat kering.


* Lakukan pemijatan kaki selepas meletakkn lotion agar peredaran darah lancar. Peredaran darah yang lancar means menjamin kaki mendapat cukup nutrisi.


* Jangan berkaki ayam di tempat yang lembap atau becek. Telapak kaki yang sering bersentuhan langsung dengan lantai juga akan menyebabkan kulit kaki pecah-pecah.


* Gunakan sepatu kulit lembut atau berbahan kain yang memungkinkan kaki tetap dapat “bernapas”.


* Jangan menggunakan kasut tertutup sepanjang waktu. Jadi, sesekali lepaskan kasut itu agar terjadi ada ptukaran udara. Sedapat mungkin selangi pemakaian kasut tertutup dengan kasut model terbuka. Selain jadi mudah sangat kering, kaki yang tertutup sepanjang hari juga akan menjadikan bau yg tak x baik.

Free smiley face - smiley com, smiley generator, super smiley

selamat mencuba!!! =)

yeah... akhirnya midterm dh berakhir tp utk sementara waktu je la... jangan nak cakap ko dah abis amik midterm ek.. huhu pas raya ni ada 3 subjek lg yg mnunggu.. then x sabar nak mnta djawabkan.. gulp...-_-.. so lau balik Sabah mesti nota2 rujukn ko tu ant. yg amat2 seronok krn dpt mlancong ke Sabah.. (waa.. bcuti sambil bwa blik keja)


mggu ni mmg sgt2 mcabar..

dh tau mggu ni ada midterm nak jga aq dok mjejakkan kaki kt kL tu ye ari Sabtu aritu.. then mlm tu jga balik sekitar jam 9mlm.. amende la aq wat ye.. nak hilangkan stress pun xgak.. ni sumer cadangan Hadi la ni... hurm.. pening kita d buatnya.. then sampai kt Kuantan jam 12.. tu pun dh tlepas tempat yg spatutnya dituju...oh!! KIPSAS. Nasiblah pegi ngn Hadi aritu.. safe la skit sbb mahram la katakan... but jantung ni mmg dup dap2x gak la.. xpernahnya melalui situasi bjln2 cam mkn angin lagi2 jam dh mnunjukkn jam 1 mlm.. jeng3x


so, mlm tu aq stay kt tempat yg amat menarik..

perasaan pegi kl yg mmenatkan tu td btukar mjadi yeay gembira..

sebabnya aq stay kt kem Permatang Badak.. msa tu pgram kerohanian tgh d jlnkan.. org2nya mmg baik2 belaka.. x asing bgaul ngn org2 mcm mereka.. akhlak pun tpelihara, tutur kata pun elok, peramah... huh 10 marks untuk mereka.. fullmark.. patut dan mmg patut = )


bgaul ngn org2 yg mcm mereka ni mbuatkan hati kita sentiasa senang..

knal byk teman n paling bersyukur dpt adik baru.. org Johor then kembar seiras.. sbnrnya dh lama knal mereka ni.. xlah lama sgt tp adalah dlm 3-4 bulan.. cumanya jarang jumpa la..


mereka ni adakalanya mmg nakal.. but still mjaga batasan muslimah mereka..

diharap mereka ni sentiasa mjadi pdamping aq.. thanx adik Mas & Mai atau M&M.. huhu pandai2 je sebut org M&M kan... nti org bg gelaran SMS bru tau ( singkatan Suriani Md Said... so jgn try bg gelaran ni ek..)


bru nak update blog mlm ni tp mata dh berat giler.. sblm aq ttodo kt atas study table ni & btemankan laptop... lebih bek aq p tdo kan.. (ya great idea.. -_-zzzzzzzzzzzzzz)


Assalamualaikum w. b. t... selamat bersahur ek... = )




Free smiley face - smiley com, smiley generator, super smiley

Saturday, August 21, 2010

Yakinlah wahai diri yang lemah


"Ilmul Yaqin"
Ilmul yaqin adalah orang yang meyakini segala sesuatu berdasarkan ilmu. Misalnya, di Makkah ada Ka'bah. Kita percaya, kerana menurut teorinya begitu, ilmunya begitu. Apa pun yang terjadi pada Ka'bah kita percaya, kerana belum tahu yang sebenarnya bagaimana.


"Ainul yaqin"
Ainul yaqin adalah orang yakin kerana telah melihat dengan mata kepala sendiri. Orang yang telah pergi ke Makkah, then melihat sendiri Ka'bah. Keyakinannya akan berbeza dengan orang yang yakin berdasarkan teori atau ilmu. Orang
yang mengatakan Ka'bah itu hujungnya bulat, kalau hanya dengan ilmu tentu saja kita percaya. Tapi bagi orang yang telah melihatnya akan berkata sesuai dengan yang telah dia lihat.

"Haqqul yaqin"
Haqqul yaqin adalah orang yakin dan terbukti kebenarannya. Orang yang telah merasakan nikmatnya tawaf, berdoa di Multazam, merasakan di ijabahnya doa, dan mengatakan Ka'bah itu luar biasa sekali. Setelah pulang, doa kita diijabah dan susah didustakan. Akan semakin berbeza keyakinannya dengan orang yang hanya yakin berdasarkan ilmu saja tanpa merasakan bukti kebenarannya.

Inilah cara untuk meningkatkan keyakinan kita. Ini juga yang menjadi tingkat keyakinan tertinggi kita, sehingga tidak bisa digempur dari sisi mana pun. Mulailah dari ilmul yaqin, ainul yaqin, dan akhirnya dengan haqqul yaqin. Hanya itulah yang akan meningkatkan keyakinan kita kepada Allah... InshaQJJI wa ameen..

"Melangkah setapak ke hadapan"
Jommm..... = )

Monday, August 16, 2010

Birthday Neumorology


What is Numerology????

The definition of numerology from Wikipedia as following;

Numerology is any of many systems, traditions or beliefs in a mystical or esoteric relationship between numbers and physical objects or living things.

Numerology and numerological divination were popular among early mathematicians, such as Pythagoras, but are no longer considered part of mathematics and are regarded as pseudomathematics by modern scientists. This is similar to the historical relationships between astrology and astronomy, and between alchemy and chemistry. Today, numerology is often associated with the occult, alongside astrology and similar divinatory arts.

Birthday Numerology is the system study the influence of the date of birth on a life and personality of a person.

Birthday Numerology
Birthday Numerology is a study of the cryptic meanings of numbers and their influence on human life through the date of birth / birthday of a person. Birthday Numerology is a complex calculation system that reveals our character, personality and experience through the exploration of numbers. Birthday Numerology provides a complete personality or character profile of a person when we apply the meaning of individual numbers to our birth date.


In the knowledge of Birthday Numerology, our birth date is the data base from which a numerologist is able to understand and explain you and sight unseen. In Birthday Numerology, with the exploration and calculation of the numbers in your birth date--in a multitude of combinations, a numerologist establishes your key numbers. Numerologist who studies Birthday Numerology then interprets the meaning of these key numbers, which results in a complete description of your personal characteristics and personality. That is the magic of Birthday Numerology.


The numbers of our birth date or Birthday Numerology describe the things we need to learn. As you examine your Birthday Numerology Reading, you'll find a great deal of insight about yourself.


Types of Birthday Numerology Reading

There have two types of Birthday Numerology, 1. Date Of Birth 2. Life Path




Date Of Birth

Our day of birth number, is simply the day of our birth. Unlike most numbers in numerology, this number is not reduced. Each of the 31 birth days is described separately.

The day we were born bears great significance in understanding “Who we are?” and “What is our talent”. The day we were born give us a important information about ourselves.


The day of birth indicates some special talent you possess. It is a gift to you that will help you along your Life's Path.
The meaning of your day of birth in Birthday Numerology as following;


Birthday Numerology - Your Birth Day is 1, 10, 19, 28

You are a leader. You have a strong drive for success and a great ambition. You are a independent person, you don’t like the restrictions of having to work with others. You easily become frustrated with the routine. Sometimes, you can be highly stubborn, which emanates from your inner fear. You confidence with yourself, but you still need to be encouraged. You are a hard worker and an important fixture in any enterprise in which you are involved. People are attracted to your deep commitment to your work, leadership and the steadiness with which you do it.

Birthday Numerology - Your Birth Day is 2, 11, 20, 29

You are very sensitive, diplomatic and intuitive. You are always aware of the people around you, your environment and easily influenced by your environment. You love beauty and attention. Your sensitivity makes you highly emotional and vulnerable to being hurt.
You are able to understand people before they reveal their inner being themselves. In general, you have an appreciation for what motivates people. You are highly sensitive, emotional and reactive. You bruise easily from the criticism of others and can take some time to recover.


Birthday Numerology - Your Birth Day is 3, 12, 21, 30

You have a highly developed creative talent and an artist in your heart. You could be doing well in writing, visual, and performing arts. If you are not professionally involved in one of these areas, you should consider taking up art as a hobby. You are highly imaginative, creative and possess the gift of gab. You have great enthusiasm. Others find you inspiring and charming.

Birthday Numerology - Your Birth Day is 4, 13, 22, 31

You are a hard worker and a conscientious person. You are precise and take great care in what you do. You are a good planner. You are highly principled, disciplined and responsible. You take your obligations very seriously. You are highly ethical.


You love things that are solid and grounded in the practical. You love nature and are a natural organizer and manager with an eye for detail. You have excellent concentration, however you have to be careful not to become overworked to the point that you no longer take time to play and enjoy your life.

Birthday Numerology - Your Birth Day is 5, 14, 23

You love change, travel and adventure. You have enormous curiosity and hope to see far off places and meet exotic peoples. Your arena is our world and it is just a matter of time before you are off once again on another excursion. You are highly adaptable, which makes change a great deal easier for you than for others.


You have an easy way with relationships and generally get along well with most people you meet. You are highly social and work well with others as long as there are not too many restrictions to bind you. You get restless easily, although major changes in your life should be studied well before you make them.


Birthday Numerology - Your Birth Day is 6, 15, 24

You are family oriented person; you have a talent for settling disputes between people to the satisfaction of both sides. Your lesson of your life is to work with the whole subject of balance. You must come to truly understand the ancient and fundamental principle of opposites that seek harmony.

Whether the realm is the emotions, finances, caring for others, work or play, you must learn where you can be of service, exactly what you can do, and what are your limits.


Birthday Numerology - Your Birth Day is 7, 16, 25

You are philosophically and spiritually oriented. You possess a highly developed mind. You suitable to specialize in one given field in order to make full use of your abilities and your natural intellectual gifts. You have a good analytical mind that is capable of penetrating beneath the surface of the subject given to you. Investigate the subjects you love and gain the depth of knowledge in these fields.

You incline to be analytical and rational in your approach to relationships around you. Emotions are a cloudy and uncertain realm for you, which, very often, you do not trust. Emotional people are sometimes viewed by you as a bit immature or unpredictable.


Birthday Numerology - Your Birth Day is 8, 17, 26

You have a good sense of money and talent for business. Your approach to business is original, daring and creative. You have sound of judgment, you need the freedom to exercise it. It is advisable to avoid partnerships wherever possible. You are highly competitive and close partnerships -- especially when power is divided equally -- can lead you to indulge in intrigues and manipulation.

You are confidence about yourself and have high expectations of yourself. You tend to be dramatic especially with money matter. You have a need for status and may show off the fruits of success with an impressive car or house.


Birthday Numerology - Your Birth Day is 9, 18, 27

You are idealistic, broad-minded, highly creative and compassionate. You are suitable to obtain a wide education, especially in the world of arts. Many great artists are found under this number. You are truly understood that meaning of life is give greater service to society. You have a greater social role to play that will require a blend of the practical and the humanitarian. You must have a keen sense of what will work, but at the same time directing those efforts toward some greater good.

Birthday Numerology - Life Path

Your life path determines your abilities, natural tendencies and attitude toward the world.
In Birthday Numerology, your life path is calculated by adding your Day of Birth, Month of Birth and Year of Birth together, and continuing to add until a single digit is reached.

Follow the example below to calculate your life path number of Birthday Numerology.


E.G. 19th, July, 1974
Day of Birth + Month of Birth + Year of Birth = Life Path
19/7/1974
1+9+7+1+9+7+4 = 38


Then continue to add until a single digit is reached.
E.G. 38
3 + 8 = 11
1+1 = 2


Therefore, the Birth Path is 2


Some basic meanings of the numbers 1 to 9 in Birthday Numerology are below.
1 - New beginnings, creative thought, new opportunities and individuality.

2 -
Choices, balance, communication, healing and cooperation.

3 -
Self-expression, creativity, activity, nurturer and mother - love.

4 -
Base, foundations, solidity, stability and hard work

5 -
Changes, priorities, freedom, travel, faith, flexibility and emotional housecleaning.

6 -
Responsibility, family love, health, boundaries, nurturer of others.

7 -
Self awareness, reflection, retreat, spiritual learning and study.

8 -
Strength, karma, leadership, organization, power and material successes.

9 -
Wisdom, transition, endings, humanitarian.

Thursday, August 5, 2010

60% happy mode 2day

Alhamdulillah.. yesss!!! 60% happy mode today coz our proposal suggestion was approved.. memang tak sangka btul Mdm. Lilie tertarik ngan kelima2 usul yang akan dijadikan pembentangan nanti. But only 1 d best choice we'll present soon. Nak share sikit idea apa yang kmi usulkan td...


First- intelect topic bout color coded foods. We will focus on eat fruit and vegetables from every color group to ensure optimum health. Our source information from thestar.com.my/lifestyle/story.asp?file=/2010/7/26/lifeliving/.. feel free plez read bout the content k.. espcially for Malaysian coz based on WHO Global Info Database based on survey 2003, ore than half of Malaysians in the oldest age group (70 n above )not getting enought serving a day.. so how bout our parents???

k la.. dah2!! cukupla xplain sal benda ni nti korang bosan lau aku bla2 pla..(padahal sendiri pun dh cuak -_-!)


second one is bout birthday neumorology.. means the systems study the influence of the date of birth on a life and personality person. 2 types how to calculate using Date of birth and Life Path. if you like to know plez go to my label as known as "Jom.. Share Info" AND ENJOY IT!!!




3rdly.. bout 5 Most Psychotic Girlfriends.. tragic cases really happened in people around us. Nak sentuh sikit jer sal banda ni... nama dia Lisa Marie Coker: The teenager girl ( hurm.. yg menarik story ni bab dia still young..19 yr old) who crashed her ex-boyfriend's wedding reception armed with a razor and a crowber.. hurm percaya atau tak perkara ni mmg tjadi.. byk lg kes.. in this cases you can refer website www.oddee.com for details..


fourthly.. faerie story bout "Paranormal Mysterious Death".. all 3 stories..

and the lastly n might be choosen topic by our grup is Women's Faces and their Meanings.. 12 expression, we will explain how to identify women's feeling in some situation and how to treat situation when happen.. sounds good.. another sources in www.faceturn.com.. (sshhss.. nak bocorkan rahsia.. actually article ni dh tak nak tunjuk kt lecturer sbb kmi fikir too simple but mmg tkejut beruk ant. kelima2 tu Pn. Lilie suka sgt article ni.. siap tergelak tu kt class.. hurm Syukur Alhamdulillah pencarian DONE!! so focus on outline, slides, backup and presentation)


mood baik mmg cam ni byk cakap... lau mood down senyap giler then bila d tanya napa diam pandai kuar ayat ni.. hehe Nabi SAW bersabda : "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

ataupun ayat ni..

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)

Tp apapun bercakaplah yang baik-baik atau diam itu lebih baik dari memburukkan keadaan sebabnya HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

daaaa... Assalamualaikum and see u again in the same place @ "SU SAID D CAFE MAYA"

Wednesday, August 4, 2010

"ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN"


Assalamualaikum w. b. t...

Hari Selasa memang mencabar bagi aku.. bermula dari jam 8 pagi dan berakhir sehingga jam 10.00 mlm di isi dengan kuliah dan tutorial.. mlm pla cam besa kmi selalunya wat group discussion sal OB la selalunya.. tp aku tak la merungut tahap kronik tu.. best apa masa itu di isi dengan aktiviti begini.. dan bila lagi nak rasa time mcm ni lau bukan di universiti ni kan??.. lau keje mungkin situasi amat bbeza sekali.. tugasan submit bukannya selepas sabulan myb daily ataupun beberapa jam je.. hehe.. aku bcakap melalui experience aku dulu sblm msuk UNITEN g.. masa tu aku bekerja kat ABX EXPRESS.. salah sebuah courier service company yg dh ada nama kt Malaysia setanding CT Link, UPS, Nationwide dan byk lg sebenarnya.. keja aku taklah sebanyak tugas Head of Department tp title Account Assistant tu fhm2 je la keja dia.. ketelitian mmg amat2 dperlukan.. pastu ensure invoice and statement submit once a month tp Airwaybillnya mmg byk giler.. seriously key in airwaybill ni mmg mcabar tangan.. sbb ia memerlukan kpantasan dalam menggunakan komputer.. kiranya aku masa tu mcm robot yang btindak mengikut system yg d namakan billsys.. selain tu cash jga kena update daily.. rindu jga la nak keja masih teringat ni prepare outstanding, debtor, bank in slip, creditor.. waaa rindu lah ngn sumer2 tu.. but honestly mmg aku bersyukur dpt pengalaman tu.. InshaAllah pas continue study ni aku boleh bkerja dgn ilmu and amik byk pengalaman utk d aplikasi dalam bisness sendiri.. hehe demand kan??? tp mmg btul la sy nak buka bisness sendiri bkaitan percetakan dan sewaktu dgnnya..

satu benda yg aku percaya..
"ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN"

Sunday, August 1, 2010

Konspirasi World Cup 2010

Petikan dari blog FOM

Konspirasi World Cup 2010

Salamua’laik,

Kalian sudah puas dengan keputusan Piala Dunia yang baru lepas? Baiklah, kini kita tumpukan perhatian kita berbalik kpd kajian konspirasi ‘kebetulan’ semula. Terima kasih kepada saudara Rijal82, JTR, BradoKapak dan beberapa lagi pengkaji konspirasi lain atas pendedahan awal mereka mengenai Piala Dunia yang lepas.


Mavi Marmara diserang, satu dunia menumpukan mata pandangan ke Gaza lalu meninggalkan Bilderberg melakukan mesyuarat secara senyap. Terima kasih kepada Ibnuyaacob.com yang mendedahkan hal mengenai mesyuarat ini. Mavi Marmara kemudian ditinggalkan kita lalu terbanglah kita keawangan menuju ke Afrika Selatan melihat dan ‘memuja’ kehebatan ciptaan Tuhan yang juga kebanyakan daripada mereka adalah anti-Tuhan.

Para pengkaji konspirasi telah mendedahkan logo Piala Dunia yang berbentuk kepala Horus dan bola yang digunakan ketika Piala Dunia (Jabulani) yang menyamai lambang Jahbulon. Jahbulon adalah ALAT sembahan Freemason yang dihasilkan daripada gabungan triniti Jehovah, Ba’al dan Osiris.

Para saintis terhandal dunia telah membuat beberapa siri kajian supaya bola kesayangan mereka itu menjadi bulatan yang sempurna dan menjadi rebutan dan kesayangan para ‘pahlawan’ atas padang. Perancangan mereka tidaklah selengkap perancangan Allah.

Sepanjang kempen Piala Dunia, ‘kesempurnaan’ Jabulani telah memberi banyak masalah kepada para pemain dan memaksa Adidas (pengeluar) menghantar bintang-bintang mereka (Ricardo Kaka, Petr Cech, Oliver Kahn, Michael Ballack dan beberapa pemain lain) mempertahankan Jabulani.

Tanpa kita sedari, upacara pembukaan Piala Dunia juga sebenarnya dipenuhi dengan upacara sembahan ‘dewa’ mereka (saya tidak berkesempatan menyaksikan upacara pembukaan. bahagian ini diceritakan kepada saya melalui gambar-gambar dan penerangan-penerangan yang disiarkan di laman BBC. maaf jika ada sebarang bahagian yang salah)

Upacara dimulakan dengan persembahan penyanyi Afrika dengan bunyian gendang dan alat-alat muzik yang lain. Persembahan ini dipanggil The Calling. Siapa yang mereka panggil?Mungkin ini yang mereka panggil untuk masuk ke tengah padang dan menjadi perhatian dunia..

[BBC: A giant human-powered dung beetle dribbles an equally large Jabulani around the pitch to the delight of the fans in the stadium]

Upacara pembukaan diteruskan dengan beberapa krew mengangkat kumbang (Dung Beetle) yang menolak masuk Jabulani ke tengah pentas persembahan/padang. Kumbang juga merupakan salah satu unsur penyembahan firaun mesir kuno. Manusia/kita mengangkat kumbang tersebut dan kumbang tersebut mengangkat Jabulani ke tengah perhatian dunia supaya menjadi tatapan dan pujian semua.

Penyanyi terkenal Hollywood (ejen mata satu terhebat), R Kelly bersama Soweto Spiritual Singers, penyanyi gereja Afrika menyanyikan lagu ‘Sign of a Victory’ sebagai tanda kemenangan mereka menjauhkan perhatian dunia daripada isu-isu yang jauh lebih penting.

[BBC : A smoking calabash, depicting the stadium design is featured during the opening ceremony]

Mereka diluar stadium (the Hidden Hand) menggunakan kita semua dengan ‘membakar’ kita dalam kawah berapi besar (stadium) dalam upacara penyembahan matahari mereka! Pembinaan stadium Soccer City, Johannesburg berbentuk kawah berapi disertai dengan bahagian dalaman yang diwarnai dengan warna api


Sepanjang kempen Piala Dunia, kita disajikan dengan kehebatan sotong Paul menyesatkan umat Islam. Dengan senang kita menerima Paul dan pasangannya Pauline dari Jerman dengan mengiakan kehebatan mereka. Sotong (dalam bahasa Jerman dipanggil Krake) memang sudah sinonim dengan mitos Kraken, sotong gergasi di tengah lautan dalam yang menghancurkan kapal-kapal besar.

Sudah terang lagi bersuluh, sotong Jerman tersebut memang disediakan awal-awal bagi memecahkan buih-buih di lautan. Bukankah nabi sudah berpesan, umat Islam akhir zaman hanya ibarat buih-buih di lautan? Jika anda rajin perhatikan laman-laman web yang menyiarkan berita bola sepak sepanjang kempen Piala Dunia, anda sebenarnya dapat mengagak bahawa pemenangnya memang sudah dipilih awal-awal lagi… ‘allahu’alam..

Ya Allah ampunilah aku & saudaraku & masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..

action!!

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This free digital scrapbook created with Smilebox

Just share

Share |

Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan.

Related Posts with Thumbnails