Wednesday, December 29, 2010

Mereka Adalah Sebahagian Daripada Kekuatanku (siri 1)


Based on Time, Date, & Msg

12:39:41pm 10/09/2010
Jadikan jalinan persahabatan antarakita terbina Persis untaian Tasbih. Ada awal tiada penghujung. Dibentuk untuk mengingatiNya. Dicantum kerana cintaNya. Diratib semata2 kerana redhaNya. Menitis air mata tika merasai kemanisanNya. Semoga jalinan persahabatan antara kta kekal & dirahmati Allah s.w.t. SALAM AIDILFITRI,MAAF ZAHIR DAN BATIN… (‘ ,)

2:03:51am 20/09/2010
L0ve is like a butterfly.. h0ld it t0 tight it will cruch..h0ld it t0 l0ose it will fly..bt what were I do 4 u...i’ll put u int0 a cage 0r my heart n I’ll take care of u.. l0ve u 4 evr n evr..(“,)nunite.swt drmz.slp tight kakakku sayang, kak su.:-)

1:07:42am 10/09/2010
Adakalanya mata silap mmandg,tlnga slh mndgr, lidah tlnjur brkta,fikiran slh mntafsir, ht silap mduga..andai jemari xsempat brjbt,sy mhn ampun & maaf, zahir &batin..ikhlas dariku shbtmu…-alo-

06:48:24pm 09/09/2010
Semekom kpd sume rkan2,sdare2,pkcik2,dato2, ibu2,bapak2 dan sume ug mengenali dirisy ini,ana..menyusun 10 jari dhari yg mlie tnde mmohon kmaafan, jike de slh dan silap, trksrbhse,tramek pape, dan sgle mcm ter-lg..hrp2 d0se sy diampunkan..rye nie, jmput2 ar dtg uma..open house jgn lupe jmput ye..semek0m..
Makan r0ti dgn kaya, makan r0ti ditpi tasik, inginku ucap slamat hri rye, Maaf zahir,btin xusik.. hahaha :P

06:23;18am 01/10/2010
Salam shbtku. . NgAa. . .rindu bh aku dgn kw su. .hakz. . .

03;32;25pm 09/09
Dlm gurau ada terkata, dlm bicara terkasar bahasa, dlm tindakan terguris rasa, dlm hidup tidak lepas dari dosa, dlm janji mungkir terpaksa, ampun maaf dpinta semoga terhapus segala dosa, semoga persahabatan kekal selamanya…….. salam Aidilfitri.! Maaf Zahir Batin ;)

11:49;17 07/09
Ya ALLAH, bntu la insan ne, y bjuang dmi ilmu…terangi atinya dgn Nur hidayahMu s’umpama purnama d tgh mlm, seri kn la wajahnya tika tbhnya d selimuti lelah, tnmknlaistiqamah n ksugguhn dlm drinya agr xda putus asa,Tanami la jiwanya dgn ksabarn n ktenangn n hadirknla senyuman ksyukurn tika kejayaan mnyapa.. selamat akakkusyg..jgn lupa bgn qiam..doakn sara ya.Assalamualaikum.

06;42;25pm 06/09
Selamat buka posa wt shbtku yg d sygi… hehe

03;21;23 06/09
YA ALLAH, Bukakna mata saudaraku agr tjaga dlm jgaanmu, dgupkn jantugnya agr suaranya dlm pgkuanmu, tartlkn zikir ny agar bicarany ndlm As-Samadmu, gegarkn ikhtiar ny agr jawarihny dlm Qadarmu, hnguskn atiny agar hangat dlm cintaMu.. smoga terjaga ini dpt djdikan sbg ibadh..Amin.. Ar-Rahman bersamamu. Mg dpt btmu Rasulullah dlm mimpimu!QUM ILA QIAM.. bgunla untk qiam wahai saudaraku…

08:06:50am 04/09
Salam sue.. slmt pulang kwnku… semoga kpulangn mu nie adalah ari yg t,indah wt kw.. wt shbtku yg d sygi…

06:14:59AM 03/09
SALAM… ati2x ja plang sndkn ye…aku doakan p’jalanan mu b’jln dgn lancer.. tke care su…

07:09:25pm 2/9
Salam..su, sya dh pkai gelang yg kmu bg..cantik..time ksh byk2..

05;08;52 27/8
Di perjalanan yg entah dimana hujungnya ini.. seringkali godaan memburu.. keimanan menjadi lesu. Hait dipasung bisu.. penyiksaan membelenggu.. jiwa raga bagai dipalu.. lantas namamu diseur tanpa jemu.. YA ALLAH.. teguhkanlah keimananku.. amin YA RABBAL ALAMIN..

04:51:12pm 22/8
Ukhtiku sayang..pdmu ada al-asrar yg menjadi idman mujahid. T’singkap al-asrar dmukaddimahkn scebis makrifat. Jgalh humaira’ pd wjhmu, jgalh nur syuhudiah dqalbumu, jgalh akhlak nubuwwah pd prilaku. Mga kau mjdi mar’atus solehah.. insyaAllah../(^_^)\ slm sayang zilla..chewah!..hehe..

07:02:39am 16/08
Untkmu wnita..
Seorg wnita umpma
Skuntum bga dtmn, sgar mwangi d plosok dnia, stulus ksih ssuci embn,, lmbut wnita krna ttur ktany, msra wnita krna snyumanny, patuh wnitakrna stiany, cekal wnita krn braninya, sabar wnita krn imanny, ksih wanita krn airmatany, ikhlas wnita krna belaianny, lmah wnita krn sifat keibuanny, dan.. tanpa wanita LELAKI KALAH!!..slm ukhwafillah….(^_^)..

11:32:50pm 10/08
Brakhir prig fjar Syaaban, kmuliaan dnnti di bulnRamadhan, buln istimewa mnymai kbaikn,puasa dan ibadh mjdi bkln~salam Ramadhan utk shbtku skalian~tgkatkn amal ibadah..:-)

12:26:12am 07/08
Assalamualaikum wbt suriani.. nie sahabat jahat ko MJ..ko apa crita?. Jgn mudah ikut ckap org k.. ikut kata hati ya.. da apa2ni no aq..wslm

6:37:12am 12/10
Kalam ini adlh khusus tnda rndu pd mu whai mujahidah, wanita solehah yg dtarbiyah, pbawa sinar pd bi’ah, hrpn agama utk dsmpikan risalah.. lntas whai shbtku fillah, ayuh trus kuat mlwn mehnh, trus gagah dlm lmbut dan ramah. Sebrkan dkwah pd bangsa yg parah. Jgn kta hny sbuk mbelai dr, kelak soalan dmahsyar mnnti, apa sumbngmu pd agma yg suci ini.. jgn mudah lemah kiranya apa yg dihajati tidk dpenuhi..kuatkn dr mhadapi mehnah & tribulasi.. same2la kte igt m’ingati. Jaga ibadat, jaga hbgn dgn Allah dan sesame manusia I luv u coz Allah. TAKBIR!!!

5:29:23pm 8/10
Ws…insyaAllah kw akn jd seorg pemimpin yg baik…aku doakan kesejahteraan utk kw ye su…tp ingat tiap2x yg dtg pasti ada dugaan dn cabaran jd kita arus tabah dn sbr menghadapiny…jgn kita ikut marah dn hawa nafsu syaitan laknatullah…ingat tau pesan shbt mu nie….n last miz u la pla..hahahahaha

12:20:58am 12/10
Tia ada la bh…kn kita kwn sue…aku syg sgt dgn kw tau…hehe

Ya Allah, seketika di akhir tahun ini InsyaAllah muncul tahun baru yang ceria. Engkau muliakan & sayangi penerima ucapan ini, berkati keluarganya, sihatkan tubuh badannya, limpahkan rezeki kepadanya, jauhkan daripada fitnah, penganiayaan dan penghinaan, suburkan benih keimanan dengan penuh kasih sayang serta taqwa tanpa alas an. Makbulkan cita2nya yang murni. Amin Ya Rabbal Alamin. Selamat tahun baru 1432H.

9;08;33am 5;12
“bile dai’e tdk m’jg htinya, mk rosaklh drinya t’fitnahlh Islam kerananya & runtuhlah da’wah d tgnnya. Subhanallah, kejayaan da’wah bkn tletak pd kepandaian seorg dai’e bkta2 tetapi tletak pd kbersihan dan keikhlasan hatinya.. maka waspadalah hatimu sll agar ia terselamat dr kekotoran NAFSU yg menipu” psanan pd dri sndiri yg leka ini.

2;04;48 26/10
Imam ghazali berkata ilmu yg bermanfaat adlh ilmu yg dapt menambahkan ketakutan pada Allah, menambahken pengkihatan pd aib diri sendiri, shggalah amalannya itu menjadikan ia lebih bertakwa pd Allah.. semoga kta dkurniakan ilmu yang bermanfaat.. ya Allah, Engkau berikan shbt dan aku ilmu yg bmanfaat supaya kami dapat menjadi pjuang Islam di dunia dan bidadari syurga d akhirat.. ‘ud’uni astajib lakum.

huhu.. x larat nk tulis yg lain.. will be continued...

SEMOGA PERSAHABATAN KITA KEKAL & MEMBAWA MANFAAT DUNIAWI SERTA UKHRAWI.. INSYA'ALLAH



































Sunday, December 26, 2010

Terima kasih daun keladi..




entri kali ni nak kongsi tentang perjalanan ana hari ni.. subhanallah indah.. kehidupan untuk islam.. menyedarkan diri melalui ukhwah indah bersama sahabat & kawan. Seriously.. ana perlukan kalian.. ana harap kalian juga berasa sedemikian.. siapa ana tanpa kalian yang ana sayangi.. terima kasih Allah.

Tak terfikir ana untuk berjalan di tepi tasik bersama sahabat sambil memikirkan tentang fungsi diri sebagai seorang insan kepada keluarga, kawan & masyarakat..

rasanya, satu yg ana dapat dari santai2 tadi ialah bagaimana kita boleh wujudkan satu inisiatif untuk membawa orang lain seronok untuk berukhwah dengan kita..

hmm... kena selalu santaikan minda dengan berjalan di tepi tasik sambil bercerita tentang isu terkini dunia.. sekurang-kurangnya mampu bertukar pandangan dan berkongsi maklumat yang selama ni kita tak sedar.. GOOD IDEA!!!!

to: NOOR AZLINDA BT ABD KADIR & KHAIRUL NURAMIRA BT KAMARUZAMAN..
thanx utk hari ni ye.. sudi dengar potpetpotpet... blablabla.. dari saya.. semoga hari ini menjadi satu memori di hati kalian..

Saturday, December 25, 2010

Tips menjaga "privacy" kita kat Internet


Bismillahirrahmannirrohim..
Asslamualaikum wbt.. & slaam sejahtera =)))

Entri kali ni tentang tips supaya privacy kita tak sewenang-wenangnya di tembusi oleh orang yang nak ambil kesempatan ke atas diri kita..

LANGKAH BERJAGA-JAGA 1

Adakah anda tergolong dalam orang2 yang sangat2 jujur dalam memberikan butir2 peribadi korang kat laman online? cehhh.. cakap pasal jujur ni nampak cam mulia sangat kan topik ni.. hehe. ok, seriously bahaya akan menimpa anda!! pakkk!! napa? Actually, lau orang nak exploitasi anda, sangat mudah untuk mencari siapa anda kat internet. Lainlah lau korang nak satu dunia tahu siapa anda, then siap letak contact number. fuhh!! orang jat oversea pun boleh access maklumat anda termasuk ’spammers’ dan penghendap siber atau lebih dikenali sebagai ‘cyberstalkers’ sekali. So, sentiasa beringat la time korang dok seronok isi butir-butir peribadi tu eg. nama penuh, alamat, dan nombor telefon. lebih sedikit maklumat tentang korang lagi baik dan selamat!!

LANGKAH BERJAGA-JAGA 2

Kita ni suka sangat nak jadi famous kan kekadang.. siap letak pic.., video, n amende byk lagi la.. but INGAT!! Simpan data peribadi korang eg: emel, gambar, dan video dengan selamat dengan cara guna kata kunci atau ‘password’ yang ada gabungan huruf dan nombor, atau boleh guna kunci keselamatan lain dikenali sebagai encryption (nanti saya khususnya sal benda ni kat entri lain pla.. hehe). But dengar org lain cerita pula.. ada banyak software yang khusus sekarang untuk lindungi maklumat kita.. tapi saya belum cuba lagi nak dapatkan software ni.. hehe (hampeh -_- hmmm)

LANGKAH BERJAGA-JAGA 3

Fikirkan beberapa kali dulu sebelum meletakkan apa-apa gambar peribadi anda di internet. Gambar anda mungkin akan digunakan atau diubah oleh orang lain, tanpa persetujuan anda.

Selamat mencuba!! just peringatan kepada diri sendiri bah..


Friday, December 24, 2010

Sayangnya Rasulullah dengan umatnya..

TUBUH RASULULLAH SAW SEBAGAI PENGHALANG API NERAKA

Mendekati hari kematiannya, Rasulullah SAW memerintahkan Bilal untuk mengumandangkan azan memanggil umat Islam untuk solat jamaah. Begitu Bilal berazan, datanglah jamaah dari kaum anshor dan Muhajirin di Masjid Rasulullah. Kemudian belui solat dua rakaat bersma mereka, lalu Nabi naik mimbar. Puji-pujian kepada Allah, Nabi bersabda: "Wahai kaum Muslimin, sesungguhnya aku adalah Nabimu, penasihatmu, yang mengajak kamu ke jalan Allah dengan izin_Nya. Sesungguhnya aku adalah saudaramu seperti saudara sekandung sebapa sangat belas kasihan<>

Luluh hatiku ya Rasulullah SAW mendengar kisahmu...



TUBUH RASULULLAH SAW SEBAGAI PENGHALANG API NERAKA


Mendekati hari kematiannya, Rasulullah SAW memerintahkan Bilal untuk mengumandangkan azan memanggil umat Islam untuk solat jamaah. Begitu Bilal berazan, datanglah jamaah dari kaum anshor dan Muhajirin di Masjid Rasulullah. Kemudian belui solat dua rakaat bersma mereka, lalu Nabi naik mimbar. Puji-pujian kepada Allah, Nabi bersabda: "Wahai kaum Muslimin, sesungguhnya aku adalah Nabimu, penasihatmu, yang mengajak kamu ke jalan Allah dengan izin_Nya. Sesungguhnya aku adalah saudaramu seperti saudara sekandung sebapa sangat belas kasihan<>

Begitulah Rasulullah minta dengan rela hati kepada orang yang pernah disakiti agar membalasnya sesuai dengan apa yang pernah dirasakannya. Dalam hukum Islam ini disebut hukum Qisas, ertinya balasan yang setimpal. Walaupun demikian, tidak satupun yang hadir berdiri menuntut Qisas kepada Rasulullah. Rasulullah lalu mengulanggi tawarannya sampai tiga kali agar sahabat dan kaumnya tidak segan-segan melakukannya.

Benar juga, maka bangunlah Ukasyah bin Muhsin mendekati Rasulullah. "Sebenarnya aku engan dan tidak sampai hati seandainya engkau tidak menganjurkannya sampai berulangkali. Aku terpaksa memberanikan diri berdiri di sini untuk menceritakan apa yang pernah kualami atas perlakuan Rasulullah dalam perang Badar. Tatkala untaku mendekati untamu, aku turun mendekatimu agar boleh mencium pahamu. Tapi kemudian engkau mengangkat cambuk dan akulah yang terkena cambukmu pada bahagian pinggangku. Aku tidak tahu dan tidak berfikir apakah waktu itu engkau sengaja memukulku atau memukul untamu, tetapi dengan tidak sengaja cambukmu mengenai pinggangku," tutur Ukasyah disaksikan sahabat yang hadir saat itu.

"Apakah mungkin aku mencambukmu wahai Ukasyah?" sahut Rasulullah. Sementara itu Rasulullah menyuruh Bilal untuk mengambil cambuk di rumah Fatimah anak perempuannya.

Begitu sahabat Bilal menuju rumah Fatimah mengambil cambuk, puteri Nabi itu kehairanan.

"Untuk apa ayahku mengambil cambuk ini."
"Ayahmu akan melakukan Qisas," jawap bilal
"Siapakah orang yang sampai hati menuntut Qisas kepada Rasulullah ayahku?" bisik Fatimah.
Tiba di masjid, Bilal menyerahkan cambuk kepada Nabi. Dari tangan Bilal, Nabi menyerahkan cambuk unta itu kepada sahabat Ukasyah agar segera melakukan cambukan balasan atau Qisas seperti yang pernah dideritanya.
Melihat Ukasyah berdiri memegang cambuk dan siap memukul ke punggung, sahabat Abu Bakar berdiri mencegahnya.
"Wahai Ukasyah, terikan Qisas itu pada diriku. aku tidak sampai hati melihat engkau menempelkan cambuk itu ke kulit Rasulullah,"
"Duduklah engkau berdua" ujar Rasululluh kepada sahabat Abu Bakar dan Umar Ibnu Khatab. " Allah telah mengetahui kedudukan dan pengorbananmu," kata Nabi.
Merasa tersinggung atas sikap Ukasyah dan didorong rasa kesetiannya kepada peminpinnya, menyusul bangkit sahabat Ali bin Abi Thalibra.:"Wahai Ukasyah, engkau tahu aku masih hidup di samping Rasulullah SAW kerana itu tetap nekad dan berkeras hati membalas cambukan kepada Rasulullah, ini perutku, dadaku atau punggungku. Silakan pilih mana yang kau sukai, dan cambuklah sekuat tanganmu," kata Ali sambil menyodorkan sebahagian tubuhnya siap menerima cambukan.
Melihat kejadian itu, Rasulullah berkata: "Wahai Ali, Aku tahu kedudukanmu dan pengorbananmu, kerana itu duduklah." Belum cukup pembedaan sahabat Abu Bakar, Umar dan Ali, dua cucu Nabi itu berkata kepada Ukasyah yang tetap menggengam cambuk ditangannya.
"Engkau tahu Ukasyah, bahawa kami adalah cucu beliau. Yang masih ada hubungan darah dengan beliau. Jika engkau mahu membalas Qisas kepada kami itu sama saja engkau menerima Qisas dari Rasulullah. Maka cambuklah kami," kata mereka.

"Duduklah kau berdua" kata Rasulullah kepada dua cucunya Hasan dan Husin. Kemudian Rasulullah berpaling kepada Ukasyah sambil berkata:"Cambuklah Wahai Ukasyah, jika memang benar aku telah memukulmu!"
"Ya Rasulullah, dulu cambukmu mengenai punggugku yang terbuka." jawapnya.

Sesuai dengan permintaan Ukasyah, Nabi lalu membuka bajunya hingga nampak punggungnya yang putih . Kemudian Ukasyah berjalan mendekati Rasulullah dengan cambuk di tangannya. Adengan yang dramatis itu disaksikan oleh para sahabat dengan merunduk dan linangan air mata. Mereka menahan nafas menanti peristiwa yang akan terjadi justeru disaat akhir kehidupan Rasulullah.
Apa yang terjadi, begitu belihat punggung Rasululluh bersih semacam itu maka jatuhlah Ukasyah bersama cambuknya, Ukasyah segera bangun dan mencium Rasulullah dan memeluk pinggangnya sepuas hati. "Siapa orangnya yang sampai hati menerima Qisas darimu ya Rasulullah." katanya.
Suasana tegang yang meliputi adengan itu kini jadi kendor para sahabat yang semula menahan sikap Ukasyah yang tiba-tiba berubah itu. Kepada yang hadir Ukasyah menceritakan apa maksudnya dia minta Qisas kepada Rasulullah itu: " Maksud dan harapanku tiada lain agar tubuhku boleh menempel ketubuhanmu ya Rasulullah. semoga tubuhmu menjadi penghalang api neraka yang menyuluh tubuhku," kata Ukasyah.
Begitu semuanya sudah reda, Rasulullah berkata, ketahuailah bahawa siapa yang ingin melihat ahli surga, maka lihatlah orang ini." Berkata begitu Nabi sambil menunjuk Ukasyah.
Mendengar kata Nabi, para sahabat lalu ramai-ramai memeluk tubuh Rasulullah sambil mencurahkan isak tangisnya. Kepada Ukasyah mereka berkata: " Berbahagialah engkau telah menerima darjat yang tinggi. Dan engkau akan mendampingi Rasulullah di Syurga kelak. Ya Allah mudahkanlah kami untuk menerima syafa'atnya, kerana kemuliaan dan keagungan-MU



DETIK-DETIK TERAKHIR NABI MUHAMAD SAW DAN MALAIKAT IZRAIL

Keadaan Nabi semakin tenat saja dari hari ke hari. Para sahabat sudah sangat cemas semenjak malam isnin. Dan ketikaIsnin pagi Bilal mengalunkan suaranya di Masjid Nabawi, memanggil umat islam untuk menunaikan solat subuh, hingga beberapa lama Nabi belum hadir juga. Bilal lalu berangkat ke rumah beliu. Di sana ia berteriak, " Assalamulaikum, ya Raullullah!".
Nabi tidak menjawap. Fathimah yang keluar.
Alaikas-salam. Kalau ada perlu lain kali saja. Rasulullah sedang panas badannya.
Bilal tidak faham akan jawapan Fathimah ini. Ia kembali ke masjid, menunggu kedatangan Nabi samapi subuh mulai kuning. Waktu hampir terlambat. Maka Bilal kembali ke rumah Rasulullah.
"Assalamu alaika, ya Rasulullah, " teriaknya. "Para makmum sudah menunggu. Telah kuning waktu subuh.
Nabi agak sedar. Dengan tersendat-sendat Nabi membalas salam Bilal, lantas berkata, " Ya bilal, aku tahu fajar telah mulai tiba. Beritahu Abu Bakar supaya menjadi imam dalam sembahyang subuh pagi hari ini. Aku sedang parah, tidak mampu bangun."
Bilal menangis mendengar jawapan ini. Suara tersendat-sendat itu adalah petanda sakit yang parah. Dengan langkah longlai tetapi terburu-buru ia bergegas ke masjid. Di sampaikannya pesan jujungannya kepada Abu Bakar. Maka Abu Bakar pun meju kedepan.
Begitu melihat mihrab yang kosong, Abu Bakar tergugup menangis. Mihrab itu biasanya tempat nabi berdiri dengan gagahnya menjadi imam. Di situ biasanya Rasulullah mengdengungkan ayat-ayat Al-Quran dengan suaranya yang nyaring dan fasih. Peribadinya yang agung, bangun tubuhnya yang berwibawa, terbayang semua pada saat itu. Kini mihrab itu kosong. Abu Bakar menangis kembabali, dan seluruh sahabat juga menangis sehingga suasana subuh hari itu dalam keadaan murung dan kehilangan.
Semakin siang, para sahabat berkumpul-kumpul menanti berita dari rumah Rasulullah. Akhirnya seorang sahabat berseru memanggil Ali dan Fadlal bin Abas. Yang lain-lain terteguh dan cemas. Jangan-jangan...
Ali Fadlal cepat-cepat ke rumah Nabi. Dengan langkah terseret-seret Nabi keluar, dipapah oleh kedua sahabat itu. Tiba di masjid Nabi bersembahyang sunat dua rakaat pendek saja solatnya kali ini. Sesudah itu nabi menaiki mimbar. Kakinya berat sekali waktu mendaki tangga. Badannya lemah. Dan kedua tangannya gementar gementar bertelekan ketangan-tangan tangga itu. Di atas mimbar khutbah di hadapan shabat-sahabatnya. Isinya singkat, namun meresap dan menggeletar hati yang hadir. Air mata bercucuran tidak habis-habis.

" Wahai, umat Islam. Kita hidup di bawah kekuasan Allah dan kasih sayang-Nya. Bertaqwalah kepadanya dan taatilah perintah-perintah-Nya".



Inilah isi khutbah beliu. Lalu nabi turun. Hampir di bawah nabi nyaris jatuh. Untunglah Ali dan Fadlal dengan cepat menangkapnya, langsung dipayang kembali menuju ke rumah. setelah nabi tidak bangun-bangun lagi.
Datanglah saatnya Malaikat Izrail diperintahkan turun oleh Tuhan. "Masuklah kalau kau diizinkannya. Kalau tidak baliklah kemari," begitu pesan Allah kepada malakul-maut. "Berangkatlah dan muncullah dalam rupa yang sopan dan rapi." Maka sang penyabut nyawa turun sebagai seorang A'rabi, berpakaian putih-putih, baunya wangi. Tiba di rumah Nabi Ia bersalam. "Selamat kepadamu, wahai penghuni rumah kenabian."
Nabi sedang payah. Fathimah yang menjawap." Assalamualaikum, ya Rasulullah Salam sejahtera untukmu selamanya. Bolehkah saya masuk?".
Nabi membuka matanya mendengar suara itu. Lalu ia betanya, "Anakku sayang, ada tetamu? Siapa yang di pintu, hai Fathimah?.

Puteri itu menjawap: "Seorang lelaki A'rabi, orangnya bersih dan rapi. Ia memanggil-manggilmu, dan meminta izin untuk masuk. Saya bilang. Rasulullah sedang payah, saya minta untuk kembali lain kali.

Tiba-tiba Nabi memandangi Fathimah dengan tatapan yang menembus jauh. Di dalamnya nampak sinar kelabu yang pekat dan mengabut Fathimah tergetar hatinya sehingga menggigil sekujur badannya.

"Izinkan tamu itu masuk, Fathimah. Tahukah kamu siapa dia anakku?.
Fathimah menggeleng. "Tidak," guamamnya.
"Dia adalah penjemput kenikmatan, pemutus nafsu syahwat dan pemisah pertemuan. Dia adalah malakul-maut."

Fathimah menjerit " Ya Rasululluh. Jadi semenjak hari ini aku tidak akan lagi mendengar suaramu dan menandangi wajah jernih".

Nabi SAW, sebagai seorang ayah yang pengasih ikut larut dalam kesedihan. Jangan menangis, jantung hatiku. Engkau adalah keluargaku yang mula-mula akan bersama denganku pada hari kiamat.'

Mendengar hal ini barulah Fathimah nampak lega. Setelah itu malakul-maut pun masuk. Nabi bertanya, "Engkau datang dengan tujuan apa?"

Izarail menjawap. "Saya datang mahu ziarah. Juga mahu mencabut nyawa kalau tuan izinkan. Tetapi kalau tidak saya akan balik lagi".

Nabi tersenyum dan bertanya, "Engkau sendirian? di mana kau tingalkan Jibrail?"

"Saya tinggal dia di langit dua, berserta malaikat-malaikat lainnya."
"Panggil dia kemari."
Malaikat Jibrail turun, duduk di sebelah kepala Rasulullah. Nabi memandangi Jibrail beberapa lamanya. Dengan sayu Nabi berkata " Hai Jibrail. Mengapa berlambat-lambat? Apa engkau tidak tahu bahawa saat yang dijanjikan itu sudah hampir tiba?"

"Saya tahu, saya tahu," sahut Jibrail tergagap."
" Beri aku berita bagaimana hakku di hadapan Allah nanti." kata Nabi.
Jibrail menjawap: "Pintu-pintu langit telah terbuka. Para malaikat berbaris berlapis-lapis menunggu kehadiran rohmu. Seluruh gerbang surga juga telah terbuka bagi tempat semayam nyawamu."
Mendengar berita ini Nabi masih suram. Wajahnya tetap gelap dan gelisah.
"Jibrail, bukan berita itu yang ku inginkan. Beritahu aku betapa keadaan umatku esok pada hari kiamat?" tanya nabi dengan cemas.

Jibrail menjawap, "Wahai, Rasulullah. Tuhan berfirman! Aku haramkan surga dimasuki oleh para nabi sampai engkau, Muhamad. masuk lebih dulu ke dalamnya. Dan aku haramkan umat para Nabi masuk ke dalam syurga sampai umatmu, Muhamad, masuk lebih dahulu ke dalamnya.

Barulah Nabi nampak berseri-seri wajahnya. Beliau merasa aman dan tenteram kerana ternyata umatnya mendapat hak serta tempat istimewa di hadapan Allah. Mulutnya mulai memuncut itu menyungging senyum. Dan senyum itu diberiaknnya juga kepada malakul-maut ketika beliu mempersilakan sang pencabut nyawa untuk mendekat melaksanakan tugasnya.



Suasana sedih menggantung berat di ruangan yang sempit itu Angin Kota Madinah yang menyebarkan hawa dingin tetapi kering dan garan tambah menusuk lagi hingga ketulang. Matahari sejengkal demi sejengkal makin tinggi, sementara dengan segala perang perasaannya malakul-maut mulai mencabut nyawa Nabi dari arah kepala.
Nabimeregang-regang tatkala nya beliu sampai ke pusat. Jidat dan sekujur mukanya bersimbah peluh. Urat-urat di wajahnya menegang dari detik ke detik. Sambil bibirnya tergigit Nabi berpaling ke arah JIbrail beliu menjerit, " Ya, Jibrail, betapa sakit nian. Ohh, alangkah dahsyatnya derita sakaratulmaut ini."

Jibrail cepat memaling muka. Hatinya bergolak melihat peristiwa itu.
"Ya, Jibrail, mengapa engku berpaling? apa engkau benci melihat mukaku. Jibrail?" tanya Nabi dengan cemas.
"Tidak, Ya Rasulullah," sahut petugas pembawa wahyu itu.
Dipegangnya tangan Nabi sambil berkata, "Siapakah yang tega hatinya menyaksikan kekasih Allah dalam keadaannya semacam ini? Siapakah yang sampai hati melihat engkau dalam kesakitan?
Agaknya rasa sakit itu kian memuncak. Sekujur badan Nabi menggigil. Wajahnya makin memmutih. Dan Urat-uratnya tambah menegang. Dalam penanggungannya yang sangat. Nabi berteriak, "Tuhanku, langkah sakitnya, wahai Tuhanku. Timpakanlah kesakitan maut ini hanya kepadaku dan jangan kepada umatku."
Jibrail tersentak. air matanya serentak menitis. Begitu agungnya peribadi sang Terpilih. Dalam detik-detik yang paling tenat dan tersiksa, bukan kepentingan dirinya. Kepentingan umatnya yang didahulukan. Andai kata Muhamad menuntut agar kesakitan itu dicabut, pasti tuhan akan mengabulkan permintannya. Namun ia lebih memilih menjadi tumbal agar derita itu jangan menekan umatnya. Makhluk mana yang memiliki ketinggian budi semacam Muhamad.

Jibrail lantas teringat pada waktu malaikat penjaga gunung minta izin kepada Nabi untuk menghancurkan penduduk Thaif. Akan tetapi bumi, digoncangkan gempa supaya mereka terbenam semua sebagai balasan bagi untuk tidak aniaya mereka kepada Nabi. Namun, dengan sabarnya Muhamad menjawap. "Ah jangan sekeras itu. Siapa tahu kalau bapa-bapa mereka tidak mahu masuh Islam, anak-anaknya bakal mahu? Dan jika anak-anaknya bakal mahu? Dan jika anak-anaknya tidak mahu juga, ku harapkan cucu-cucu mereka akan menerima Islam sebagai agamanya."

Pada waktu Jibrail menyedari kembali akan keadaan sekelilingnya, malakul-maut telah merenggut nyawa Nabi sampai ke dada. Nafasnya Nabi dengan suara menggigil dan pandangan yang redup, menenguk ke arah sahabat-sahabatnya dan berkata, "Uushiikum bissholaati wa maa malakat aimaanukum. Aku wasiatkan kepadamu sembahyang dan orang-orang yang menjadi tanggunganmu. Budakmu pembantumu, peliharalah merek baik-baik."

Kemudian keadaan pun tambah menggawat. Para sahabat sudah berpeluk-pelukan satu sama lain, saking tidak kuat menahan kesedihan. Badan Nabi berubah menjadi dingin. Hampir seluruhnya tidak bergerak-gerak lagi. Matanya yang berkaca-kaca hanya terbuka sedikit. Mata itu menatap kelangit, jari-jarinya tertegak dengan kaku.

Pada saat menjelang akhir nafas beliau, Ali bin Abi Thalib menampak Nabi menggerakkan bibirnya yang sudah biru dua kali. Cepat-cepat Ali mendekatkan telinganya ke bibir Nabi. Ia mengdengar Nabi memanggil-manggil, "Umatku...umatku..."

Dalam memanggil-manggil inilah Nabi Wafat pada hari Isnin bulan Rabi'ul Awal. Meledaklah tangis berkabung kesegenap penjuru. Seorang Juru Selamat telah mangkat cintanya kepada umat dibawanya hingga ke akhir hayat, dan akan dibawanya sampai ke Padang Mahsyar.

Muhasabah cinta: Betapa ana selalu lupa akan pengorbanan agung dirimu ya Rasulullah.. Astagfirullah Al-Azim.. maafkan ana ya Allah

Sunday, December 19, 2010

Ahad oh Ahad

Hujan...
line lembab...
kawan belum balik dr Johor..
homework blum siap.. ( skrg ni tgh menghadap homework yang berlambak.. ~_~)
hujan...
nak turun beli makanan..
"refresh"kan otak semula..
minum air banyak2 (pesan bapaku..)
hujan..
sejuk btul..
amik selimut...
wah.. bestnya lau dpt tdo..
huhu tp skrg dh masuk waktu Asar..
Jom solat dulu..
p/s: sy diserang kebosanan thp sederhana..
x berjangkit.. puisi ke apa aq melalut ni.. ntah apa2

Friday, December 10, 2010

Peringatan Buat Yang Hidup -_-



Talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia.
Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah.. WALLAHU A'LAAMM.
Bismillah hir rah man nir rahim.
Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekara ng kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.
Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata: Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu qiblatku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammad dur rasulullah".
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu. Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin. Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu nafsin za iqatul maut" Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr . Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat..."
Sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT. Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu i tu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku. Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: " Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga. "Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu." * Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237 Untuk renungan dan amalan bersama .
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

Psychologist Career


Thursday, December 9, 2010

Notice: Jangan baca!!


salam..
Dah 2 mggu kuliah bermula.. hehe jadual xla ketat sgt tp setiap hari ad je kuliah..
lau result x memberangsangkn jg x tau la..

(dah la lama x update blog.. tup2x kuar2 je dh post sal timetable lak.. hehe pembuka kata la katakan... )

sebenarnya rindu ngan blog ni.. nak tukar template pun ad gak.. Maal Hijrah 1432 la katakan.. tp ignore je la ye.. mentang2 ad masa ni ko nak tukar la ye template baru.. -_- ( huhu..)

post kali ni kita bual2 kosong je.. byk nak cite sebenarnya (cover la.. nampak sgtkan xde idea..blurp) itulah.. sy suh jgn baca nanti nyesal.. tp xpe.. sekurang2nya korang sedar sesuatu..

ada sesiapa tak sedar perkara tu.. sedar ker?? dh nampak?? hah.. blum..?? (saja nak bagi korang confius skit.. saja nak bg meluat.. td sy suh jgn baca tak nak ikut arahan..)

hakikatnya.. kerana perkataan JANGAN inilah manusia suka melanggarnya.. perasaan ingin tahu dan ingin mencuba inilah yang menyebabkan kita selalu langgar..

hikmahnya sering kita nampak apabila kita sudah melaluinya....

Barulah kita menyesal x sudah..

menyesal tak baca entri ni...??

HARAP X LA YE... =))) fikir2kan la maksud di sebalik "JANGAN"

Pernah dengar tak "peraturan dibuat untuk dilanggar" huhu...

entri kali ni hampeh..

Letak Dunia Di tangan Akhirat Di Hati

Berbaloikah jika kita nampak hebat memiliki rumah besar, makan besar, pangkat besar dan di besar-besarkan orang sampai ke mati jika kita tak ikut disiplin Tuhan, hakikatnya lepas itu kena hidup dalam Neraka selama-lamanya. Selepas tu kena berhadapan dengan 4 penderitaan.

1. Penderitaan sewaktu mati
Mati ini kita tidak boleh ukur pada pandangan lahir semata-mata. Kalau di ukur secara lahir, kadang-kala orang berkata, "Si Polan itu nampaknya senang matinya, bagus matinya, nampak elok sahaja, mudah sahaja," itu kata kita yang menilai lahirnya sahaja sedangkan di waktu itu dia sudah berada di alam lain, bukan di alam kita. Kita tidak boleh mengukur alam syahadah dengan alam lain. Penderitaan yang dihadapi oleh orang yang hendak mati bukan kita tahu.

Rasulullah SAW pernah berkata bahawa orang yang mati dalam penderitaan itu ada tanda-tandanya, di antaranya ialah:
- mata terbeliak
- telinga kembang
- berbunyi macam kerbau berdengkur

Itulah di antara ciri-ciri orang yang mati di dalam azab. Jadi orang yang gagal ujian Tuhan walau dia kaya sekalipun, hidup senang, dilayan istimewa, tidak pernah susah hanya sekitar 50 tahun, tapi selepas itu tetap tidak akan terlepas daripada penderitaan mati. Itu nisbah seorang yang kaya raya, kita tidak cakap tentang orang biasa, yang kadangkala susah, kadangkala senang hidupnya. Ini kita cakap tentang orang yang 50 tahun hidup dengan penuh istimewa sungguh, dunianya syurga, tidak pernah sakit, tidak pernah susah tidak pernah orang kata, tidak pernah orang hasad dengki. Tapi bila gagal menjalani ujian Tuhan, selepas itu yang pertama dihadapi adalah penderitaan mati.

Hadis juga ada menceritakan sakit mati itu bagaikan 300 tetakan pedang. Bayangkan kalau sekali orang sembelih kita, walaupun kita tidak pernah alami, tentu terasa sakitnya, sedangkan sakit mati itu ialah 300 kali ganda. Walaupun nampak macam sekejap sahaja hilang nyawa tapi sebenarnya macam dapat 300 tetakan.

2. Penderitaan di alam kubur
Sewaktu di tanam, Hadis mengatakan, apabila orang yang mengiringi jenazah sudah balik, setelah tujuh langkah bermulalah penderitaan kubur. Pertama kejahatan kita itu dilembagakan. Kerana busuknya kalaulah tercium, orang di dunia boleh mati, bahkan akan mati makhluk seluruh dunia. Kemudian orang yang mati itu akan bertanya, "Kau siapa?" Lembaga itu akan menjawab, "Aku ini kejahatan engkau." Lepas itu barulah malaikat datang, bertanya pula, bila tidak dapat jawab, disebat hingga terperosok ke dalam tanah 70 hasta, setiap kali ditanya dan tidak boleh jawab malaikat akan sebat dan terperosok lagi sampailah kiamat, apakah mampu menanggung azab itu?

3. Penderitaan Padang Mahsyar
Antara penderitaan Padang Mahsyar, bagi orang jahat, matahari berada di atas ubun-ubun. Kerana banyaknya manusia di Padang Mahsyar, dalam Quran diceritakan betis-betis bertindih macam rokok dalam kotaknya, rapat, padat, ketat. Tuhan biarkan beratus tahun dalam keadaan begitu hingga peluh keluar dan manusia tenggelam dalam peluhnya. Sanggupkah?

4. Penderitaan Neraka
Penderitaan paling dahsyat adalah Neraka. Manusia nanti kena meniti Siratal Mustaqim. Orang yang jahat akan jatuh ke Neraka. Penderitaan Neraka di antaranya; kaki dengan tangan diikat, dicantum pada tengkok dan dibelenggu. Api membakar, menyala, panasnya 90 kali ganda api yang ada di dunia. Api yang paling kuat di dunia dianggap satu, di Neraka ditambah power 90 kali ganda lagi panas, apakah larat? Disebat setiap hari oleh malaikat, bila lapar diberi makan zakum, iaitu bara api Neraka. Apakah larat? Bagi orang kafir, kekal selamanya dalam Neraka, bagi orang Islam yang buat dosa, tidak kekal, tapi mungkin sejuta tahun, 3000 tahun, seribu tahun. Apakah larat?

Jadi orang yang waktu hidup di dunia tidak ikut disiplin Tuhan kemudian dia tidak tahan diuji Tuhan, maka ada empat penderitaan tadi yang akan ditempuh. Oleh itu kalaulah orang tahu hakikat ini, maka kerana Tuhan, susah di dunia pun tidak mengapa. Kesusahan 50 tahun di dunia tidak sama dengan susah yang empat jenis tadi itu. Di dunia ujian paling susah mungkin kena langgar kereta dan mati, jatuh ke laut, mati lemas, sakit kuat lalu mati. Tapi tidaklah tersiksa sangat berbanding dengan kesusahan di Akhirat nanti. Sebab itulah tidak pelik mengapa Tuhan sebut tentang Akhirat dahulu baru dunia.

Cuba kita lihat realiti yang berlaku hari ini, bila disebut antara dunia dan Akhirat, manusia lebih cenderung untuk memikirkan tentang yang dekat iaitu dunia berbanding Akhirat yang jauh. Lebih mengambil berat tentang dunia berbanding Akhirat. Ertinya kalau nisbah dunia dan Akhirat kita fikir yang dekat iaitu dunia. Tapi kalau di antara dunia dengan dunia kita tidak fikir yang dekat, kita fikir jauh. Di dunia seseorang itu akan fikir untuk masa depannya, sanggup belajar jauh di luar negara, jual tanah, jual aset, dan berfikir biar susah dahulu asalkan senang kemudian.

Nisbah kehidupan di dunia, manusia cenderung untuk fikir yang jauh, tidak fikir yang dekat, tapi nisbah Akhirat dia tidak fikir yang jauh, padahal itu lagi berat. Akhirat lagi utama kerana ia kekal selama-lamanya. Untuk masa depan di dunia orang sanggup susah payah belajar, ambil PhD di Amerika, pinjam duit merata-rata, tapi tidak mengapa susah dahulu, nanti senang kemudian. Pandai pula berfikir susah dahulu senang kemudian. Mengapa tidak buat untuk Akhirat begitu?

Penderitaan dunia dan Akhirat itu jauh bezanya. Nisbah penderitaan dunia dengan Akhirat, susah di dunia ini macam digigit nyamuk, manakala di Akhirat macam dibaham singa. Walaupun sebenarnya kadarnya bukan sebegitu tapi itu sahaja yang boleh kita cuba bandingkan. Yang kita takut sangat nyamuk gigit sampai sanggup ambil risiko dibaham singa mengapa? Sebenarnya bandingannya entah berapa ribu kali ganda.

Nikmat dunia ini apalah sangat? Nisbah makan, apa yang paling sedap? Katalah durian. Lepas makan durian ke mana? Tak ke istana tapi ke tandas. Tapi nisbah makanan di Akhirat, katalah kita makan epal, kita gigit kali pertama, lain rasanya, gigit lagi kali ke dua sudah lain pula rasa, bertambah sedap, bertambah sedap lagi, sudahlah bertambah sedap, tidak sakit perut, tidak ke tandas selepas itu. Tapi orang tidak nampak itu semua, orang nampak durian di dunia, tidak nampak durian di Akhirat. Katalah ada 100 jenis buah, dalam sekelip mata boleh makan 100 jenis itu. Tidak sakit perut, tidak ke tandas! Betapa indahnya Akhirat!

Di Syurga, orang yang paling lemah iman dapat 50 bandar, bukan bandar macam Kuala Lumpur atau New York, tapi tidak dapat digambarkan keindahannya. Kalau di dunia, katalah orang hadiah kita 50 bandar macam Kuala Lumpur, itu malah menyusahkan. Yang kedua, bolehkah lawat semua? Hari ini secara detail kita tidak boleh melawat semua. Tidak mampu. Kalau mampu pun tentu letih, jemu, fed-up, apa indahnya lagi? Sedangkan di Akhirat, teringat sahaja sesuatu, tidak sampai seminit semua dapat lihat. Yang imannya lebih tinggi lagi banyak dapat bandar. Bila mahu melawat dalam sekelip mata boleh lawat semua. Ingat sahaja, katalah kita ingat sesuatu di New York, niat sahaja sudah sampai. Teringat sesuatu di Kuala Lumpur, niat sahaja sudah sampai. Katalah hendak lawat dengan kapal terbang, kapal terbang tidak jatuh. Kalau kita minta dijatuhkan sedap pula dijatuhkannya. Tak takut.

Kalau isteri, ada seribu, 2000, 3000, di antaranya bidadari. Walaupun bidadari istimewa, isteri kita besok ketua isteri-isteri, kalau isteri kita masuk Syurga sama. Kalau tidak masuk Syurga sama, habislah. Jadi ketua isteri itu isteri kita yang solehah. Di Syurga kehidupannya tidak pernah bergaduh, berkasih sayang sepanjang masa. Teringat gaduh pun tak. Tenggelam dalam nikmat dan tidak jemu.

Di Akhirat penderitaannya dahsyat, nikmatnya pun dahsyat, sebab itu Tuhan sebut mati dahulu. Sebab is besar, sedangkan dunia kecil tidak ada harga. Sebab itu di sisi Tuhan dunia ini kalau ada nilai setakat sebelah sayap nyamuk, dan orang jahat tidak akan dapat apa-apa.

Kerana dunia ini tiada nilai di sisi Tuhan, maka orang jahat diberi banyak, siapa paling jahat dapat lebih banyak, yang baik-baik, makin tidak dapat. Macam Rasul-rasul, Tuhan tidak bagi kekasih-Nya perkara yang tidak ada nilai. Dunia ini untuk orang jahat, sila ambil. Untuk para kekasih Tuhan, Tuhan berkata: "Engkau kekasih-Ku, Aku hendak simpan di Syurga."

Setelah kita buat perbandingan dunia Akhirat, munasabahlah Tuhan sebut mati dahulu sebelum Akhirat supaya kita bagi tumpuan pada Akhirat daripada dunia.

Ya Allah ampunilah aku & saudaraku & masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..

action!!

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This free digital scrapbook created with Smilebox

Just share

Share |

Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan.

Related Posts with Thumbnails