On the streets I live..
Masa telah berlalu begitu pantas. Terasa mengenali mereka yang sama-sama bekerja macam baru semalam. Kerana kesibukan yang menuntut tanggungjawab dan bebanan tugas yang banyak. Sehinggakan segala tangis tawa, senda gurau berlalu dengan begitu banyak kenangan.
Ya.. aku pernah menangis. sebabnya kerana aku melihat banyak kerenah manusia yang kadang-kala membuatkan aku geram dan kadang-kala terharu. Kata orang biasalah jika kerja makan gaji. Sabar juga kena tinggi. Ya.. aku mesti sabar. Apatah lagi ada mulut yang mempertikaikan keadaan diriku yang lembut begini berada di position seperti ini.. bahagian operation cum logistic. Sesekali, bos mengajar aku menjadi seorang yang begitu keras. Keras dalam konteks "bergaduh" dan mempertahankan keadilan kerana terlalu banyak rules & regulation serta SOP yang kadang-kala perlu dipatuhi tapi terlepas pandang oleh pihak lain atau diri sendiri. Kadang-kala aku merasa begitu banyak yang tidak rasional. Tapi aku juga masih belajar.
Aku belajar seperti orang yang sedang belajar bertatih. Tapi praktikalnya dengan keadaan aku sekarang ialah, aku bertatih melihat setiap apa yang aku lalui ada hikmahnya.Aku mengajar diriku melihat setiap perkara dari sudut positif. Aku sakit terhadap mereka yang mempertikaikan kelemahanku. Bagi aku Allah mengajar aku untuk mempertahankan diri. Aku pernah di sentuh dan di ganggu supaya aku belajar untuk menghukum. Menghukum orang lain memang tugas Allah. Maksud aku lebih kepada mengajar mereka menghormati golongan wanita. Nama aku pun tidak langsung telah popular dengan gelaran "Ayu". Jika dulu ada lagi beberapa orang yang memanggil nama sebenarku tapi tidak lagi.
Sahabat lillahi taala pernah menasihati aku supaya jangan pernah mempersalahkan diri. Inshaa Allah tidak. Apa adanya diri kita ini adalah kurnia dan rahmat. Allah Maha Lembut, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia meletakkan kita sesuai dengan keperluan kita walaupun kehendak kita lain. Wanita itu juga sifatnya lembut. Hikmahnya selama berada dikalangan mereka, aku tidak putus harap untuk menasihati dan dinasihat. Aku menerima mereka dengan harapan mereka menerima perkara yang mudah dalam islam tentang persaudaraan. Aku bukan ustazah tapi aku masih akan sentiasa ingat tugas dai' itu untuk semua.
Mengawal tugasan harian dengan bekerja secara berpasukan dengan golongan lelaki kadang-kala menuntut aku belajar mempertahankan diri dari pelbagai macam gangguan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan feedback anda kat sini.. thank you ^_^