Monday, October 24, 2011

Sampai bila kita takkan sibuk ?


Salam ukhti wa akhi..Sudah lama tidak aku tatapkan salam buat sahabat2..rindu sebenarnya nak berukhwah seperti 2 minggu yang lalu..Memang masa2 yang ada amat meruncing, dan teringin sekali aku kongsikan hidupku dengan enta tanpa aku perlu bercerita di sini.

(seperti kata seorang hamba Allah itu..)
Kerana dakwah itu pada amal.Bukan pada bait-bait yang indah..Ianya pada kepenatan..Bukan pada kerehatan..Pada ujian dan kesedihan ( juga takut dan keperitan)Bukan pada keselesaan ( juga hawa sejuk bersama katil empuk)

Di dalam perjalanan ini..aku menonton peribadi seorang daie…Bukan,… bukan seorang daie sahaja,tapi seorang murabbi yang di mana perjalanan hidupnya adalah untuk itu.Diterjemahkan pada kepenatannya dan kesempitan masa yang ada.

Inna salatii, wa nusukii wa mahyaya wa mamatii lillah rabbil alamin..Sesungguhnya solatku, jiwaku, hidupku dan matiku untuk Allah tuhan sekalian alam.

Sungguh seluruh kehidupannya hanya untuk Allah.

Ukhti, bila masa ukhti ada masa untuk rehat?

Dalam perjalanan ini aku bersahabat dengan sahabat2, seringkali aku mahu mengajukan soalan itu.Aku tahu, di waktu itu memang tiada kamus rehat dalam diri mereka. Teramat jarang melihatnya rehat dari memberikan taujih.

Seorang sahabat yang lain pula, aku lihat sering bermusafir sehinggakan ke beberapa tempat berlainan sehari, berjumpa beberapa group berbeza dan memberikan taujih berbeza.Bila masa dia nak prepare semua itu? padahal dengan kesibukan kerja dan sebagainya..
Dan bukan sebarangan perkara dia beri..Dia memberikan sesuatu yang memberikan cahaya dan ruh kepada jiwa ini.. ( Syura: 52, Anfal: 24)

Teringat semasa ber"usrah" di zaman Sekolah Menengah Agama dulu. Terlalu ramai sahabat, ustaz & ustazah yang boleh dijadikan contoh. Ada sahaja perkataan mereka yang memikat jiwa, menyentuh hati dan terus membuat perasaanku teramat rindu akan sentuhan majlis2 ilmu mereka. Setiap kali kuliah Maghrib pasti ada suara2 tangisan halus di sebalik tabir kedengaran oleh kerana merasa diri amat kecil & hina di hadapan Allah.. termasuklah aku..

Inilah dia cerminan jiwa seorang murabbi. Mereka sentiasa terisi, sentiasa bersedia untuk memberi.Mereka seperti mana diungkapkan dalam At-saff: 10-11."Wahai orang-orang yang beriman, mahukah Ku-tunjukkan kepadamu suatu perniagaan yang akan melepaskan kamu dari seksa yang pedih, (iaitu) bahawa beriman kamu kepada Allah dan rasulNya dan berjuang pada jalan Allah dengan harta & dirimu. Itulah yang terlebih baik bagimu, jika kamu mengetahui."
Mereka merupakan jiwa yang siap sentiasa sepanjang masa.Kerana itu masanya tidak akan terluang sedikit pun. Pasti diisi dengan mencari untuk dirinya sendiri, atau memberi pada orang lain. Mereka itu yang teramat menyedari, "di saat dia berada di atas, dia takkan ada masa untuk belajar lagi."

Kerana itu dia akan gunakan masa mudanya, sebanyak-banyaknya untuk membaca.Membaca..Dan membaca…Dan aku sudah lupa bilakah masa terakhir aku membaca untuk diriku.terlalu banyak kesibukan bertandang selepas satu & satu selepas aku selesai menamatkan zaman persekolahan. ketika itu rindu dengan majlis ilmu amat membuak2. Tapi kekangan kerja dan urusan dunia yang sangat melekakan..

Benarlah peringatan Allah..

Allah pernah berfirman bahawa "Manusia yang mengejar dunia Ibarat Anjing yg berebut bangkai..walaupun busuk tp tetap jd rebutan.."..

Alhamdullillah.. sekarang ramai sahabat dibelakang sentiasa menjadi teladan terhadap diri walaupun terkadang aku jg terleka dek upayaku sebagai seorang insan. Jika ada 3 liqa tarbawi selama seminggu, sebelum tu baru aku mencuri masa untuk membaca & mengupas isinya.. masa untuk diriku sendiri menuntut ilmu sangat padat..Tidak termasuk jika ada program di hujung minggu yang perlu kita pegang masuliyahnya. Tidak termasuk oncall or mesej berderet-deret hingga menyebabkan aku sering mengambil peluang solatku di mana sahaja tempat yang aku singgahi, kekadang menjerit hatiku kerana teramat penat !Dan di sini aku belajar makna seorang murabbi itu, dan ternyata aku masih jauh darinya.

Dan memang kita akan bertemu dengan keadaan yang kita tak sempat nak prepare apa2 untuk usrah kita. Kita tak sempat nak baca dan dengar kuliah dari sumber lain, apalagi untuk mengupas tajuk silibus pertemuan. Bayangkan kita perlu bentangkan pengisian dalam 2 usrah, 1 liqa bersama murabbi, prepare untuk group task, meeting untuk research, dan tidak termasuk program hujung minggu, serta komitment dalam 6 kuliah.. semuanya dalam 5 hari stp mggu..

Bagaimana keadaanya kita itu?

Dan aku merenung kembali sejarahku bersama murabbi-murabbiku..Begitulah keadaan mereka. Pernahkah mereka sempat bersedia? Benar dalam tanggungjawab yang besar ini seringkali menarik aku dari teman-temanku sendiri, rakan2 sekolahku yang kurindui saat bersamaku dengan mereka, keluargaku dan tentu teman serumahku yang sering menungguku pulang untuk makan atau berbual bersama. Tak termasuk juga menarik aku dari menghabiskan masa bersama anak2 binaanku , usroh "Husnudzon" kumpulan 2 yang sering meninggalkan bekas yang dalam di jiwaku, sahabat-sahabat alumni yang kurindui liqa bersama kita, dan tentu adik2 baruku yang sedang bertatih dalam arena liqa ini.Dan dalam hal ini, tentu juga menarikku dari terus menulis tentang apa yang menjadi asas kepada diri kita semua. Terlalu banyak yang mahu dikongsikan, terlalu sedikit yang ada.

Ya Allah, berikan aku ruang waktu, untuk aku penuhi hak semua yang amat kukasihi, hak yang ku rasai berkat waktunya. Walaupun sekejap bersama, namun bermakna dan dalam maknanya..Itu sahaja coretan di waktu ini..Jika antum tahu, aku terpaksa merebut waktu aku menulis blog dengan bacaanku sendiri,Sampai bila kita takkan sibuk ? Mungkin di syurga nanti, Biiznillah.. Wailallah turjaul umur, Ukhtikum fillah


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan feedback anda kat sini.. thank you ^_^

Ya Allah ampunilah aku & saudaraku & masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..

action!!

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This free digital scrapbook created with Smilebox

Just share

Share |

Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan.

Related Posts with Thumbnails