Monday, October 24, 2011

Sampai bila kita takkan sibuk ?


Salam ukhti wa akhi..Sudah lama tidak aku tatapkan salam buat sahabat2..rindu sebenarnya nak berukhwah seperti 2 minggu yang lalu..Memang masa2 yang ada amat meruncing, dan teringin sekali aku kongsikan hidupku dengan enta tanpa aku perlu bercerita di sini.

(seperti kata seorang hamba Allah itu..)
Kerana dakwah itu pada amal.Bukan pada bait-bait yang indah..Ianya pada kepenatan..Bukan pada kerehatan..Pada ujian dan kesedihan ( juga takut dan keperitan)Bukan pada keselesaan ( juga hawa sejuk bersama katil empuk)

Di dalam perjalanan ini..aku menonton peribadi seorang daie…Bukan,… bukan seorang daie sahaja,tapi seorang murabbi yang di mana perjalanan hidupnya adalah untuk itu.Diterjemahkan pada kepenatannya dan kesempitan masa yang ada.

Inna salatii, wa nusukii wa mahyaya wa mamatii lillah rabbil alamin..Sesungguhnya solatku, jiwaku, hidupku dan matiku untuk Allah tuhan sekalian alam.

Sungguh seluruh kehidupannya hanya untuk Allah.

Ukhti, bila masa ukhti ada masa untuk rehat?

Dalam perjalanan ini aku bersahabat dengan sahabat2, seringkali aku mahu mengajukan soalan itu.Aku tahu, di waktu itu memang tiada kamus rehat dalam diri mereka. Teramat jarang melihatnya rehat dari memberikan taujih.

Seorang sahabat yang lain pula, aku lihat sering bermusafir sehinggakan ke beberapa tempat berlainan sehari, berjumpa beberapa group berbeza dan memberikan taujih berbeza.Bila masa dia nak prepare semua itu? padahal dengan kesibukan kerja dan sebagainya..
Dan bukan sebarangan perkara dia beri..Dia memberikan sesuatu yang memberikan cahaya dan ruh kepada jiwa ini.. ( Syura: 52, Anfal: 24)

Teringat semasa ber"usrah" di zaman Sekolah Menengah Agama dulu. Terlalu ramai sahabat, ustaz & ustazah yang boleh dijadikan contoh. Ada sahaja perkataan mereka yang memikat jiwa, menyentuh hati dan terus membuat perasaanku teramat rindu akan sentuhan majlis2 ilmu mereka. Setiap kali kuliah Maghrib pasti ada suara2 tangisan halus di sebalik tabir kedengaran oleh kerana merasa diri amat kecil & hina di hadapan Allah.. termasuklah aku..

Inilah dia cerminan jiwa seorang murabbi. Mereka sentiasa terisi, sentiasa bersedia untuk memberi.Mereka seperti mana diungkapkan dalam At-saff: 10-11."Wahai orang-orang yang beriman, mahukah Ku-tunjukkan kepadamu suatu perniagaan yang akan melepaskan kamu dari seksa yang pedih, (iaitu) bahawa beriman kamu kepada Allah dan rasulNya dan berjuang pada jalan Allah dengan harta & dirimu. Itulah yang terlebih baik bagimu, jika kamu mengetahui."
Mereka merupakan jiwa yang siap sentiasa sepanjang masa.Kerana itu masanya tidak akan terluang sedikit pun. Pasti diisi dengan mencari untuk dirinya sendiri, atau memberi pada orang lain. Mereka itu yang teramat menyedari, "di saat dia berada di atas, dia takkan ada masa untuk belajar lagi."

Kerana itu dia akan gunakan masa mudanya, sebanyak-banyaknya untuk membaca.Membaca..Dan membaca…Dan aku sudah lupa bilakah masa terakhir aku membaca untuk diriku.terlalu banyak kesibukan bertandang selepas satu & satu selepas aku selesai menamatkan zaman persekolahan. ketika itu rindu dengan majlis ilmu amat membuak2. Tapi kekangan kerja dan urusan dunia yang sangat melekakan..

Benarlah peringatan Allah..

Allah pernah berfirman bahawa "Manusia yang mengejar dunia Ibarat Anjing yg berebut bangkai..walaupun busuk tp tetap jd rebutan.."..

Alhamdullillah.. sekarang ramai sahabat dibelakang sentiasa menjadi teladan terhadap diri walaupun terkadang aku jg terleka dek upayaku sebagai seorang insan. Jika ada 3 liqa tarbawi selama seminggu, sebelum tu baru aku mencuri masa untuk membaca & mengupas isinya.. masa untuk diriku sendiri menuntut ilmu sangat padat..Tidak termasuk jika ada program di hujung minggu yang perlu kita pegang masuliyahnya. Tidak termasuk oncall or mesej berderet-deret hingga menyebabkan aku sering mengambil peluang solatku di mana sahaja tempat yang aku singgahi, kekadang menjerit hatiku kerana teramat penat !Dan di sini aku belajar makna seorang murabbi itu, dan ternyata aku masih jauh darinya.

Dan memang kita akan bertemu dengan keadaan yang kita tak sempat nak prepare apa2 untuk usrah kita. Kita tak sempat nak baca dan dengar kuliah dari sumber lain, apalagi untuk mengupas tajuk silibus pertemuan. Bayangkan kita perlu bentangkan pengisian dalam 2 usrah, 1 liqa bersama murabbi, prepare untuk group task, meeting untuk research, dan tidak termasuk program hujung minggu, serta komitment dalam 6 kuliah.. semuanya dalam 5 hari stp mggu..

Bagaimana keadaanya kita itu?

Dan aku merenung kembali sejarahku bersama murabbi-murabbiku..Begitulah keadaan mereka. Pernahkah mereka sempat bersedia? Benar dalam tanggungjawab yang besar ini seringkali menarik aku dari teman-temanku sendiri, rakan2 sekolahku yang kurindui saat bersamaku dengan mereka, keluargaku dan tentu teman serumahku yang sering menungguku pulang untuk makan atau berbual bersama. Tak termasuk juga menarik aku dari menghabiskan masa bersama anak2 binaanku , usroh "Husnudzon" kumpulan 2 yang sering meninggalkan bekas yang dalam di jiwaku, sahabat-sahabat alumni yang kurindui liqa bersama kita, dan tentu adik2 baruku yang sedang bertatih dalam arena liqa ini.Dan dalam hal ini, tentu juga menarikku dari terus menulis tentang apa yang menjadi asas kepada diri kita semua. Terlalu banyak yang mahu dikongsikan, terlalu sedikit yang ada.

Ya Allah, berikan aku ruang waktu, untuk aku penuhi hak semua yang amat kukasihi, hak yang ku rasai berkat waktunya. Walaupun sekejap bersama, namun bermakna dan dalam maknanya..Itu sahaja coretan di waktu ini..Jika antum tahu, aku terpaksa merebut waktu aku menulis blog dengan bacaanku sendiri,Sampai bila kita takkan sibuk ? Mungkin di syurga nanti, Biiznillah.. Wailallah turjaul umur, Ukhtikum fillah


Sunday, October 16, 2011

step 1 bila naik kenderaan...




Entri kali ni ringan je.. cuma nak kongsi something yang orang selalu anggap nothing..
tp bagi saya.. (yang ni pendapat personal je..)
ilmu tu harta paling mudah di cari.. nak or tak nak je..
hati jika dipenuhi ilmu.. maka dia adalah seperti cahaya..
umpama lebah yang mengerumuni madu..

saya petik sedikit kata2 dalam kitab Ihya Ulumuddin dinyatakan:

Fathul Mausuli berkata, "tidakkah jika seseorang itu sakit dan tidak menjamah
makanan & minuman, dia akan mati?
Demikian juga dengan hati, jika tidak diberikan hikmah dan ilmu
selama 3 hari, ia juga akan mati."

ok2.. berbalik kepada first step bila naik kenderaan tadi tu...

Jawapan yang mungkin kita terima or kita sendiri jawab is:
|
|
V
of course la hidupkan enjin kereta kan..
or
betulkan tempat duduk driver
or
pastikan cermin sisi dalam posisi yang betul
or
panaskan enjin dulu, then kuar kejap dr kenderaan
or
langkah kanan dulu, then baca

pastu bla bla bla... then or sana, or situ..

actually cuma nak gtau sebelum memulakan perjalanan ke destinasi apapun..
jom kita amalkan doa naik kenderaan.. tu je..-_-"" yang di atas tu bukan nak provoke ke apa?
jauh sekali nak psiko2 ni.. (seriusly saya x pandai psiko2 org ni..)

entri ni x berat sangat pun.. ringan je.. lau nak hafal doa ni pun rasanya amik masa 3 minit je..
selepas tu aplikasi la setiap kali naik kenderaan..

perbuatan kita ni biar sekecil zarah pun akan dihitung di akhirat kelak..

jadi belajarlah menghargai pengorbanan yang datangnya dari diri kita sendiri,
x kisah awak nak hargai bagaimanapun..
eg: "terima kasih kepada diri sendiri krn berjaya menghafal ayat ni.."
or
"saya mmg terror, Allah masi kurniakan ingatan yang baik, tq Allah"
(hah.. kata2 camni nampak sweet sikit..)
or
paling mudah, ingat je nyawa kita ni pinjaman, so, manala tahu
masa2 nak drive tu Allah nak tarik pinjamannya.. so.. amalan yang kita bawa mungkin
niat terakhir kita kepada-Nya..
(blurppp...)

so, sebelum meneruskan perjalanan.. mari amalkan doa naik kenderaan ni adik2 suma.. dipetik dari surah Az-Zukruf, ayat 13-14..



DOA NAIK KENDERAAN

Az Zukruf 43:13-14



Malay
Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.
Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!

English
“Glory to Him Who has subjected these to our (use), for we could never have accomplished this (by ourselves),
And to our Lord, surely, must we turn back!”

click here to get mp3:
http://www.daawah.com/doa/AzZukruf13.mp3


Tuesday, October 4, 2011

Jom usha2 & beli sekali.. kawaiii =)



Islam melihat konsep jual beli itu sebagai suatu alat untuk menjadikan manusia itu semakin dewasa dalam pola cara berfikir dan melakukan berbagai aktiviti, termasuk aktiviti ekonomi.

Bestnya bila kita ada kemahiran.. tak kisah la kemahiran menjahit ke, menyulam, mengait, memasak, melakar bangunan, melukis.. apa2 la.. bestnyaa.. selain isi masa lapang boleh jadikan business pla.. Entri kali ni nak promote hasil homemade seorang adik muslimat ni.. Oleh kerana tlalu sweet je tgk homemade ni, makanya terdetik d hati saya nak post2 segala bagai bentuk hasil tangan dia.. yeahh.. jom la beli kat adik ni.. wat souvenier pun ok gak ni.. kawaiii.. =)

mari berjual beli..



Picture kat atas tu sekadar hiasan je.. bukan apa.. page saya ni link terus kat facebook & tweeter.. so, pic yg mula2 akn jd role model is pic yg kat atas tu.. x la jau sgt lari tema kait mengait pun.. camni la nak promote kerja2 mengait ni.. (rasanya yg ni kira kreativiti ke ni.. -_-""")
|
|
pic kat bawah ni tuan punya hasil kerja tangan.. sgt2 kemas & teliti.. nak bg markah utk dia. korang pun boleh bagi dia ni markah by support her sweet crochet homemade..
|
|
V
lau nak link terus je direct to her fb link here.. jeng3...---->>>> http://www.facebook.com/dzihnie.erumeshmaal

kat bawah ni homemade yang dah siap.. let's look at the product then jgn segan silu.. emel me @ hotspot502@gmail.com or inbox je kat tuan punya link kat atas tu tadi or link ni.. >>>>http://www.facebook.com/suhananiasaid

sebelum tu nak kempen skit.. haha (saya pun nak kempen jg.. masih terngiang2 manifesto calon no. 4 tu dalam kepala.. xpe saya akan sokong calon MPP 2011/12 UNITEN Muadzam Shah no.4.. sbb saya suka manifesto dia.. i like program yang membina student.. sbb student ni macam product. UNITEN produce kitorang as a student so, we need "peruntukan" to make their student berkualiti by establish penglibatan kat luar campus yg sgt2 penting.. first for student experience, for student ability, then for add value kami.. itulah hak yg saya nak cari.. hak terpimpim la katakan.. no.4 InshaAllah boleh la.. aik nak berkempen lak.. homemadenya dh hilang kat mana ni.. aishh pulang ke pangkal jalan.. -_-"")

kat atas tu RM25
benang tu memang mahal ye adik2 & akak2 sekalian dan x lupa jg kpd seluruh rakyat jelita (not jelata.. nak persuade ni)

yg kat atas satu lagi ni RM18
warna ungu2 yg menonjol..
kat atas tu sangat2 menarik & mencuitkan hati.. huhu
saya nak tempat laptop tu.. geram tgk warna hijau.. cemburu.. cam nak beli je malam ni..
by the way harga RM50
untuk tempat simpan handphone tu RM10 sekali ngn bunga2.. (boleh ker lau saya nak rama2 tu?? hihi customer demand ni..)
kantung besar yang ada white ribbon tu RM30.. comeynyerrr!!!

kerja tangan yang berkualiti ni.. means in term of kekemasan dh dapat markah penuh ni, then pemilihan warna pun menarik hati.. kan3
tgk tu pink dia.. nak nampak girly sikit.. sapa peminat pink sila angkat tangan then taip kat lappy anda ---> "saya nak yang ni"
kan senang.. itu maksudnya korang nak order la tu..

Notice: background x jual ye, yg nak dijual kantung ungu tu.. saya terfikir gak letak alat2 teknikal saya kat dalam tu.. USB, earphone, hp, voice recorder, charger, keronsang2.. aik su_said muat ke nak masukkan suma tu..??

su_said: (sambil senyum2 then said) hmm.. lau tak muat beli je yang ada white ribbon tu.. harga pun lebih kurang gak.. comey apa? =)
antara yang dah siap.. (rasanya boleh demand warna ke ni tak??)
dah masuk barang2 nampak cam perfect je.. sweet kan?
collection by I'dad Ruhi..
cam nak beli je 3 ni.. nak tanya Korean Movie fan mesti minat ni kan???

biru ni look like nice but "green" nicer than nothing.. hmm amende su_said ni.. ignore je k.. xda kaitan dengan apa2 yang disebut dalam watak2 kehidupan..

Jual beli adalah perkara yang diperbolehkan berdasarkan al Kitab, as Sunnah, ijma serta qiyas :

Allah Ta'ala berfirman : " Dan Allah menghalalkan jual beli" -Al Baqarah-
" tiadalah dosa bagi kalian untuk mencari keutaman (rezeki) dari Rabbmu "
(Al Baqarah : 198, ayat ini berkaitan dengan jual beli di musim haji)

Dan Nabi salallahu 'alaihi wasallam bersabda "Dua orang yang saling berjual beli punya hak untuk saling memilih selama mereka tidak saling berpisah, maka jika keduianya saling jujur dalam jual beli dan menerangkan keadaan barang-barangnya (dari aib dan cacat), maka akan diberikan barokah jual beli bagi keduanya, dan apabila keduanya saling berdusta dan saling menyembunyikan aibnya maka akan dicabut barokah jual beli dari keduanya"
(Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Nasa'i, dan shahihkan oleh Syaikh Al Bany dalam shahih Jami no. 2886)

Ya Allah ampunilah aku & saudaraku & masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..

action!!

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This free digital scrapbook created with Smilebox

Just share

Share |

Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan.

Related Posts with Thumbnails