Seiring masa berlalu pantas, sedar tak sedar usia pernikahan ini sudah setahun. Alhamdulillah syukur pada pemberi rezeki Ya Fattah Ya Rozzaq. Tidak pernah orang mengetahui tentang zauj ini bahawa dialah antara suami yang penyabar, lembut melayani kerenahku dan selalu menjadi penyokong serta penolongku dalam banyak hal. Selalu prihatin tentang kemahuanku dan selalu mengalah dalam pelbagai tindakanku. Memang benar kebaikan mampu meruntuhkan benteng ego yg ada pada diriku. Imamku terima kasih kerana mengajarkanku erti SABAR.