Tuesday, November 3, 2015

Berbahagialah menjadi isteri

Assalamualaikum..


Alhamdulillah mampu lagi menaip entri untuk sedikit pengisian selepas diasak kekangan masa dan kemudahan internet.

Alhamdulillah lagi dan lagi sebab kali ini aku menaip sebagai seorang hamba Allah yang bergelar isteri. Dan suami sangat menyokong supaya aku terus ber"blogging" dengan bersyarat. Apa syaratnya? Mengapa perlu bersyarat? Perlukah?.. Jawapannya KERANA AKU ISTERINYA.. InshaaAllah akan aku patuhi semampu boleh KERANA DIA SUAMIKU. Anugerah Allah kepadaku.

Melihat beberapa fasa kehidupan aku dan sahabat-sahabat. Juga melihat beberapa siri pekerjaan yang aku telah lalui, sudah cukup mengajar aku betapa pentingnya nilai agama dari sisi wanita yang bergelar isteri/ ibu. Apa tidaknya.. 

Bila sudah bekerja dibawah satu bumbung, ikatan of course like siblings. share the issues, tips, gossips are really common. its like routine. Kecuali berlaku konflik akan sedikit menjejaskan mood. Tapi relaks dulu dan jangan terlalu fikir. Let bygones be bygones. Tak rugi jadi orang yang sabar. Untungnya bergaul dengan "otai" ni, simple, kita mudah matang mengenal masalah dan kita mudah celik for the future.

Sebagai seorang isteri yang bekerja.. terdapat keluhan bagi wanita yang terpaksa bertarung untuk tanggungjawab kerja, anak, bisness, dan kepentingan ad-hoc lain. Lebih-lebih lagi jika suami meletakkan limitation untuk perkara-perkara tertentu. Di situ akal wanita kena panjang. I mean, utamakan dahulu agama. Bila agama di hadapan of couse kena طاعة kepada suami

Kewajipan seorang isteri adalah taat kepada perintah suami selagi mana 

perintah itu tidak bercanggah dengan hukum syarak.

Suami adalah pemimpin kepada isteri. Dalam surah An-Nisa' ayat 59 sila rujuk 
perintah Allah SWT.

PERGADUHAN

Dunia rumah tangga tidak pernah lari dari hal-hal yang rumit.
Ayah pernah berpesan bahawa  di alam rumah tangga hal yang
remeh pun  boleh menjadi perselisihan.
Dulu x faham tapi selepas mengalami sendiri baru faham.
Tapi perkara ini boleh di minimumkan.
Yang penting ego tolak tepi. Actually the women.
Think twice before "MARAH".
Semoga emosi kita tidak menjadi asbab kepada kemurkaan Allah. 
Lidah wanita yang tajam salah satu kenapa pergaduhan
berlanjutan dan tegang selama beberapa jam.
Sedikit nasihat melalui hadith ini. Semoga boleh dijadikan sandaran dan iktibar
sebagai seorang isteri yang bercita-cita masuk syurga Allah.

Woman should be grateful to her husband
Narrated by Abdullah ibn Abbas: Allah’s Apostle said, “I also saw the Hell-fire and I had never seen 
such a horrible sight. I saw that most of the inhabitants were women.” The people asked, “O Allah’s 
Apostle! Why is it so?” The Prophet replied, “Because of their ungratefulness.” It was asked whether 
they are ungrateful to Allah. The Prophet said, “They are ungrateful to their companions of 
life (husbands) and ungrateful to good deeds. If you are benevolent to one of them throughout the 
life and if she sees anything (undesirable) in you, she will say, ‘I never had any good from you.’ “

KASIH SAYANG

Permulaan kepada alam perkahwinan haruslah di isi dengan kesabaran. Sabar, sabar,
dan sabar.

Why??? The first dan yang utama kerana pada ketika ini kita akan menerima segalanya
berkaitan diri suami kita.
Jika baik.. ALHAMDULILLAH
Jika kurang.. ALHAMDULILLAH
Bagi kita yang bergelar isteri semoga hadith ini menjadi inspirasi kita untuk terus
memberikan kasih sayang dan penghargaan kepada suami kita.

Wives have great duty towards their husbands
Narrated by ‘Abullah bin Abi Awfa: Allah’s Apostle Said, “Had I ordered a person to prostrate to 
someone rather than Allah, I would have ordered the wife to prostrate to her husband. By Allah, who 
holds the soul of Muhammad in his hands, the wife will not be fulfilling her duty towards Allah until she 
fulfils her duty towards her husband. If he asks her (for sexual intercourse) while she is on a camel
(what means, being busy), she should not disobey him.”


Ya Allah ampunilah aku & saudaraku & masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..

action!!

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This free digital scrapbook created with Smilebox

Just share

Share |

Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan.

Related Posts with Thumbnails