21-Dis-2013
Alhamdulillah sampai di rumah abang sepupu. Terlihat baby Amni tidur, Noor Amni Safiyyah Haziyyah secomel namanya. Kesian abang Hamir penat melayan telatah Amni sehingga tidak sedar handphone berbunyi. ^_^
Jam 7.45am
Kak Suria menghantar aku sekaligus memudahkan pencarianku. Sangat berterima kasih juga kepada car Wish GPS. Dan ustaz serta admin sekolah yang prihatin.
Jam 9.00 am
Sampai ke tempat tujuan. Tapi hati berbolak-balik.. 1000 pertanyaan merasuk fikiran. Aku cuba bertanya seorang lelaki kelihatan seperti ustaz muda..
"Assalamualaikum ustaz.. Nak tanya. Dekat mana pejabat sekolah?"
Dia menjawab: Waalaikumussalam.. kamu pegi tingkat 1. Bangunan dekat tepi ni.
Aku mengorak langkah penuh semangat tapi semangatku semakin pudar setelah melihat beberapa ustaz berbual-bual di bilik temuduga. Allah.. kuatkan lah semangatku. Beberapa mesej masuk memberi semangat yang aku sangat-sangat perlukan.
Beberapa langkah lagi aku sampai di pejabat aku berpatah balik..
Aku tidak mampu untuk berhadapan dengan mereka yang lebih arif dalam bidang mereka. Sedang aku hanya mencuba nasib dan mempertaruhkan minat serta sedikit ilmu yang asas. Mana mungkin. Lalu aku kembali ke kereta dan menelefon adik untuk meminta pandangan.
Adik hanya menasihati untuk aku membuat keputusan sendiri. Mungkin itulah yang lebih baik kerana tiada jari yang boleh dituding jika penyesalan terjadi.
tiba-tiba..
sebuah panggilan telefon daripada admin. Kerana panggilan inilah aku nekad untuk meneruskan niatku. Terima kasih admin. Subhanallah.
Masuk sahaja ke pejabat.. Syukur alhamdulillah.. rupanya ramai muslimat sebagai calon. Senyuman mula terukir. Kami bersalaman dan bertaaruf sikit.
jam 1.30pm
Giliran aku pn bermula untuk masuk ke bilik temuduga. Kelihatan sebuah kerusi tersimpan al-qur'an kareem di atasnya. Dan dihadapan pula 2 orang ustaz sebagai penemuduga.
Antara soalan yang ditanyakan berkisar tentang ilmu-ilmu agama.
soalan terbahagi kepada beberapa bidang:
- tilawah
- hukum tajweed
- Tafseer
- akidah
- shariah
- fiqah
- isu dunia islam
Soalan-soalan yang ditanyakan (apa yang masih diingati):
Soalan mukaddimah: Kenalkan diri.
tilawah: surah Al-Fatihah dan Surah Maryam ayat 1-8.
Hukum tajweed: Berapa bahagian ba' mati / tanwin
tafseer: Panel mentafseerkan ayat dan calon kena meneka ayat tersebut terletak di mana.
Antara surah: Surah al-Kahfi, Surah Al-Baqarah, Surah Maryam, Surah An-Nashr, Surah al-A'laq, Surah Al-Fatihah, Surah al-Fil.
akidah: apa itu akidah? bolehkah amalan tolak bala?
shariah: hukum agama tentang amalan tolak bala? hukum agama tentang memakai tangkal.
Fiqah: tentang haidh serta pembahagian masa kitaran (paling cepat, sederhana, paling lama)
isu-isu dunia: 1) syiah, ciri-ciri, bahaya
2) isu Mesir
3) Isu dalam negara
4) isu luar negara.
Sebelum meninggalkan bilik temuduga, saya diminta duduk sekali lagi untuk seketika.
Ustaz minta maaf kerana dia ingin bertanyakan perkara berkaitan ummah.
tapi..
tiba-tiba hati saya tersangat sebak. Airmata saya mengalir tanpa henti dan tidak ada perkataan yang sempurna keluar dari mulut saya. Semuanya terputus-putus tanpa dapat dihabiskan.
Ya Allah.. Engkau lebih tahu akan diri-diri kami. Kami hamba yang lemah lagi hina.
Selesai temuduga yang dalamnya bukan sahaja pertemuan tapi penuh dengan pengisian dan pengajaran berguna. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.