Wednesday, February 20, 2013

Menyingkap erti syukur


Seorang lelaki bertanya kepada Abu Hazim (salah seorang sahabat Nabi s.a.w.),

L – apakah yang dikatakan syukur mata itu, wahai Abu Hazim? 
 AB – jika engkau melihat kebaikan dengannya, engkau warwarkan, tetapi jika engkau melihat keburukan dengannya, engkau tutupkan


L – apakah pula maksud syukur telinga? 
AB – jika engkau mendengar kabaikan dengannya, fahami dan ambil apa yang engkau denagar, tetapi jika engkau mendengar kejahatan dengannya, engkau tolak.

L – apakah pula syukur tangan?
AB – jangan ambil dengannya apa yang bukan haknya dan jangan tahan hak Allah yang ada di dalamnya (di dalam tanganmu)

L – apakah pula syukur perut?
AB – engkau jadikan bahagian bawahnya makanan dan bahagian teratasnya ilmu.

L – apakah pula syukur kemaluan?
AB – seperti firman Allah Ta’ala (maksudnya): “… dan orang-orang yang memelihara kemaluan mereka…”

Akhirnya Abu Hazim menyimpulkan, adapun orang yang bersyukur dengan lidahnya (dengan mengucap Alhamdulillah), tetapi tidak bersyukur dengan seluruh anggotanya, maka bandingannya adalah seperti seorang lelaki yang mempunyai pakaian, lalu dia memegang salah satu daripada hujungnya tetapi tidak memakainya. Maka dengan berbuat demikian, pakaian itu tidak langsung memberi manfaat kepadanya, ia tidak melindunginya sama ada daripada panas, sejuk, salji atau hujan.

JOM CHECKLIST =)





source also in ---: http://hanazta.com/archives/193

Doa anak yang nakal


  1. Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur
  2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk
  3.  Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak
  4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati
  5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu
  6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.
  7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar
  8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"
  9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.
  10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang  bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.
  11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.
Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

  • Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa
  • Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102
  • Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24
  • Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.
  • Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali
Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik

Sumber

Wednesday, February 13, 2013

Bumi Inspirasi - Siri 1-

Jam telefon bimbit berbunyi menunjukkan pukul 4.00 pagi. Keadaan masih sunyi dan gelap. Sejuk mencengkan tubuh Hani. Seketika dia membuka mata dan seketika menutup. Dalam hati mula mengumpulkan kekuatan dan motivasi untuk menunaikan solat tahajjud dan witir yang biasa dilakukannya.Tak tahu kenapa waktu ini kepalanya sangat sakit. Dalam jiwanya yang sudah terbiasa dengan tarbiyyah itu menganggap bahawa bangun qiam itu lebih mudah bila jiwanya mengharap janji-janji Allah yang telah disebut dalam Al-Quran yang selalu menjadi temannya. Amat rugi baginya apabila segala ganjaran itu ditukar nilainya dengan melayan rasa mengantuk dan sejuk itu.

"Ah.. apa diharap pada diri! sedangkan Rasulullah pun berjuang menuntut pengorbanan yang tinggi untuk umat hari ini. Lihat diri aku.. bangun qiam pun hendak berkira dengan sakit kepala sementara ni. wake up Hani!!" Segera dia duduk dan bangun dari katil. Semangat untuk meluah pada Allah membara bila sirah-sirah nabi dan surah-surah yang selalu dibacanya bersilih ganti dari fikiran..
Sejuk malam yang mencengkan itu seolah-olah sudah lali dalam dirinya. Begitulah bagaimana Allah memudahkan hambaNya yang bertakwa dan ikhlas menunaikan ibadah.

Selesai solat witir, Hani menghidupkan laptopnya yang terletak di atas meja bacaan. Lampu meja dihidupkan. Kebiasaannya dia akan memanfaat waktu yang bersisa sebelum masuk waktu subuh itu dengan membaca buku "Sejarah & Perjalanan Hidup Nabi Muhammad SAW" yang disusun oleh Maulana Sted Abul Hassan Ali an Nadwi ataupun artikel-artikel yang bermanfaat untuk pengetahuannya. Namun kadang-kala dia akan tertidur di atas meja bacaan dalam keadaan bertelengkung. Masa beginilah dia mengharap jam telefon bimbit pukul 5.00 subuh akan berbunyi.

Membaca artikel erti sebuah syukur menyebabkan Hani berfikir seketika dalam suramnya malam itu. 
"Hmm.. ya Allah.. mafkan aku.. terasa berat hatiku bila memikirkan keadaan diriku. Mungkin sahaja Engkau merancang perkara yang lebih baik supaya aku lebih dekat denganMu dengan masa yang ada ini. Supaya lebih berharap denganMu. Aku pernah meminta supaya diberi kesempatan untuk diriku mengerti tuntutanMu. Setelah Engkau memberi masa sebegini.. aku pula minta disegerakan untuk kembali ke masa lalu yang penuh dengan kesibukan kerja, kerja dan kerja. Pendek kata dunia 70% dan akhirat 30% Betapa tidak bersyukurnya aku ya Allah.. Astagfirullah!".. Hani bersandar di kerusi setelah memujuk hatinya. 
Sudah 3 bulan dia menunggu dan mencari peluang untuk bekerja di ibu-kota Sabah. Tapi ayahnya tidak membenarkannya atas alasan yang pelbagai. Bagi ayahnya, peluang di daerah sendiri patut diambil dan diberi tumpuan daripada berhijrah lagi. Semenjak berumur 13 tahun lagi Hani terbiasa menjadi musafir di tempat orang untuk menuntut ilmu dan mencari pengalaman kerja. Tidak heranlah jika keinginan untuk berdikari sendiri amat tinggi dalam jiwa gadis kental ini. Tapi Hani akur dengan keputusan ayahnya. Bagi Hani redha ibubapa itu perlu. Pernah suatu ketika dia pergi ke ibu-kota tanpa kehendak mereka. Keras hati Hani ketika itu tidak boleh di bawa berunding lagi. Pakaian dikemaskan dan perjalanan ke Kota Kinabalu harus ditempuhi dengan cabaran. Ketika itu Hani hendak membuktikan kepada ayahnya yang dia boleh hidup sendiri. Tapi Hani silap. Keras hatinya itu akhirnya akur bahawa kasih tulus ikhlas kedua ibubapa tidak pernah mengharapkan apapun melainkan melihat kita berhidup dengan gembira, tenang dan terpelihara. Hani mula belajar maksud dan tujuan hidup yang lebih berkualiti. Bagi dia bila berfikir tanpa meletakkan agama di atas sesuatu urusan adalah suatu keputusan yang risiko dan sia-sia akhirnya. 

Sepanjang 3 bulan itu, masa tidak disia-siakan. Hani tetap meneruskan kerja-kerja tempahan dan jualan melalui katalog yang diedarkan kepada rakann-rakannya dan promosi melalui blog yang dilakukannya setelah tamat latihan praktikal di sebuah syarikat. Idea untuk berniaga online ini tercetus apabila melihat karenah pekerja-pekerja yang asyik berfikir tentang bagaimana mendapatkan pendapatan sampingan untuk menampung kos hidup di ibu-kota yang tinggi. Perancangan Hani untuk memulakan perniagaan ini hanya bermula dengan modal kecil sebanyak RM300. Ketika itu perbelanjaan dari duit tajaan syarikat swasta digunakan dahulu untuk membeli peralatan kraf-tangan. Walaupun tempahan tidak banyak, Hani percaya itu semua masih dalam kemampuannya. Dalam 5 bulan beroperasi, kini rakan-rakan terdekat dan kaum keluarga hanya mengambil tempahan darinya. Jadual berkala yang menuntutnya memberi sumbangan kepada orang lain juga dilakukan dengan mengadakan tuisyen sekali seminggu kepada pelajar sekolah yang berhampiran. Pelajar tidaklah ramai. Tapi itulah realiti kehidupan. Kita akan ditemukan dengan siapa yang Allah kehendaki. Waktu malam pula tidak disia-siakan dengan mengajar mengaji kepada ahli keluarga dan juga anak-anak jiran. Tapi setelah anak jiran yang muslim telah berpindah, yang ada hanya adik Ahmad sahaja dan ahli keluarga. Ilmu yang ada semasa berguru dengan para ustazah dan ustaz semasa kecil, di sekolah agama dan di universiti digunakan kembali untuk mesyarakat. Selain itu menjadi seorang pengasuh untuk bayi Alia, sementara menanti peluang kerja menjadikan Hani banyak belajar cara-cara ketelitian untuk menjaga bayi dan menjadi seorang ibu. Masa-masa biasa disibukkan dengan tugasan rumah seperti memasak, membuat tempahan, mengemas, menyidai dan lain-lain dilakukan secara rutin tanpa keluhan. Baginya melakukan kerja-kerja ini sama seperti berbakti kepada ibubapanya. Apa guna keluhan jika disebalik realiti pengorbanan mereka menjaga, memberi perlindungan dan sebagainya tidak mampu terbalas dengan tenaga, wang dan masa. 

Selesai solat subuh.. bacaan Al-Quran diteruskan. Menyelak helaian surah yang perlu dilengkapkan bacaannya dan tadabbur terhadap surah hampir selesai. Namun hafalannya masih tidak menunjukkan peningkatan. Dua bulan telah berlalu hanya dapat menghafal surah An-Naba' dan surah Surah As-Saf. Fikirannya mula mencari inisiatif lain untuk memudahkan hafalannya.

"Ya! kali ni aku mesti konsisten dan meningkatkan hafalanku dan pemahaman terhadap ayat-ayat Allah. Hani pasti boleh!!" Alunan zikir dihidupkan. Sayu. Hani memandang ke luar tingkap. Burung seperti menyanyi. Fajar menyinsing. Cahaya menyinari ruang kamarnya. Hani menghirup udara kurnia Illahi dengan mata terpejam.. "Subhanallah wal hamdulillah wa la illaha illallah Allahu Akbar~~" Bisik hatinya tenang dan bersyukur.


Maka Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Yang Kamu Dustakan?
[Ar-Rahman : 13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77]

Bersambung ~~

Ya Allah ampunilah aku & saudaraku & masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..

action!!

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This free digital scrapbook created with Smilebox

Just share

Share |

Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan.

Related Posts with Thumbnails