Sunday, July 18, 2010

Remaja dulu vs remaja moden


Sebagai seorang remaja, aku ingin luahkan rasa kesalku kepada isu pembuangan bayi yang ranking sekarang ni. Sungguh menyayat hati sangat bila kita sudah menjadi lali dengan isu ini. Dalam keadaan terkilan ni la aku m'push'kan diriku untuk mengenal erti nilai sebahagian remaja yang amat ketara perbezaan moralnya dari remaja yang dulu. Definisi Remaja Menurut Mohammad Salleh Lebar, pada masa kini istilah remaja adalah untuk jangka masa di antara 15-25 tahun, iaitu satu jangka masa yang dianggap begitu panjang. Empat puluh tahun yang lampau, jangka masa remaja boleh dikatakan pendek iaitu di antara peringkat umur 15-20 tahun sahaja. Kebanyakan remaja pada ketika itu berkahwin di sekitar umur 16- 18 tahun (hurm.. btul gak tu cam parents aku la..) Tetapi pada masa kini, adalah kerana akibat perubahan gaya hidup zaman moden dan mereka terpaksa menempuh pelbagai halangan dan cabaran sebelum mendirikan rumahtangga.
Menurut Abd Majid dan Rahill Mahyuddin, remaja merupakan satu zaman yang bermula dari baligh dan berakhir apabila seseorang itu menjadi dewasa. Pelbagai pancaroba yang berlaku di zaman remaja ini. G. Stanley menamakan zaman remaja sebagai zaman storm dan stress. Jadi, bolehlah dirumuskan bahawa semua tugas perkembangan zaman remaja ialah satu persediaan yang perlu untuk seseorang kanak-kanak itu menjadi orang dewasa yang berperwatakan sihat dan dinamik.Masa ni la penyerapan nilai agama dan disiplin diri tidak boleh diremehkan.. (ini pada pandangan aku la.. )

Menurut Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur, peringkat remaja adalah bermula dari umur 12-18 tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak akan mencapai tahap kematangan akil baligh dan menyedari tentang perubahan bentuk badan mereka. Mereka akan menerima perubahan fizikal mereka dan menggunakannya dengan cara yang paling berkesan.

Menurut Kathleen dan Joseph (1989), masa remaja adalah satu tempoh penangguhan psikososial, satu tempoh peralihan yang panjang di antara peringkat kanak-kanak kepada peringkat dewasa, yang mungkin ataupun tidak mungkin disambut oleh individu tersebut sebagai satu peluang untuk meneroka ke alam diri sendiri. Dengan kata lain, remaja bermaksud satu zaman peralihan dari peringkat zaman kanak-kanak ke peringkat bebas, iaitu zaman dewasa. Zaman inilah para remaja sentiasa dicabar oleh peraturan-peraturan agama, sosial dan pembangunan. Seandainya mereka gagal mengawasi tugas-tugas perkembangan yang dilalui tersebut, maka mereka akan menghadapi masalah dan tekanan.

Pepatah inggeris ada menyatakan bahawa zaman remaja adalah seperti kehidupan kupu-kupu di waktu malam yang sentiasa mencari tempat yang ada sinaran cahaya. Jadi, pada masa kini remaja akan sentiasa keluar dari rumah untuk mendapatkan hiburan dan keseronokan terutama di tempat- tempat yang menjadi tarikan orang ramai tanpa mengira waktu siang ataupun malam.
Ketibaan baligh (puberty) biasanya dikaitkan dengan permulaan peringkat remaja. Baligh bermaksud kematangan sistem pembiakan, sosial dan fizikal. Pada peringkat ini remaja akan mengalami perubahan dari segi struktur tubuh badan, kecergasan, tanggapan, minat, nilai dan pegangan agama. Biasanya remaja yang normal dan berfikiran waras mula mengurangkan pergantungan kepada keluarga bagi mendapatkan ilmu dan kemahiran tertentu. Mereka tidak terikat atau mengharapkan ibu bapa lagi dalam memandu arah kehidupan yang dituju. Remaja yang berumur 15 tahun ke atas biasanya sudah pandai mengawal diri sendiri dan menggunakan masa lapang untuk melakukan perka-perkara yang berfaedah.

Aspek Perkembangan Emosi Remaja.

Peringkat Awal Remaja (12-15 tahun) Emosi remaja pada peringkat ini adalah sukar diramal. Mereka mengalami pelbagai konflik diri. Contohnya, mereka inginkan kebebasan tetapi pada masa yang sama mereka masih bergantung pada ibu bapa untuk keperluan kewangan, kasih sayang dan sebagainya. Satu lagi punca konflik diri ialah tentang tanggapan diri mereka sama ada mereka masih lagi kanak- kanak ataupun sudah dewasa. Ada pula yang bersikap angkuh kerana hendak melindungi segala kelemahan yang ada pada diri mereka. Oleh itu, guru hendaklah menggalakkan persaingan diri agar perasaan kejayaan dapat dinikmati. Dalam persaingan seperti ini, guru tidak harus membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar-pelajar lain. Sebaliknya, pencapaian pelajar yang sama dibandingkan dengan pencapaiannya bagi bulan sebelumnya. Sekiranya ada kemajuan, maka pujian atau ganjaran hendaklah diberikan kepada murid tersebut. Perasaan marah kerap kali timbul kerana jiwa remaja yang tertekan akibat pelbagai konflik yang melanda diri mereka.

Pada peringkat awal remaja, remaja juga kurang sabar dan sentiasa berpegang teguh kepada pandangan diri sendiri. Pendapat orang lain jarang diterima dengan mudah. Guru hendaklah menggalakkan remaja di peringkat ini agar bersedia menerima pendapat orang lain kerana amalan seperti itu tidak bermakna satu kekalahan. Sebaliknya, bertukar-tukar fikiran dan pendapat adalah satu perlakuan yang banyak manfaatnya. Di peringkat ini, remaja mula menilai tingkah laku orang dewasa seperti ibu bapa dan guru secara lebih objektif. Contohnya, apabila ibu bapa melarang anak menonton televisyen atau merokok tetapi ibu bapa sendiri melakukan perkara tersebut. Keadaan ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan remaja. Akibatnya mereka mula memberontak dan menentang ibu bapa serta guru. Oleh itu, guru hendaklah menjadi contoh teladan yang baik kepada pelajar-pelajarnya.

Peringkat Remaja (15-20 tahun) Pada peringkat ini remaja mengalami suatu tekanan dan ketegangan. Ini kerana mereka inginkan kebebasan tetapi pada masa yang sama mereka berasa masih bergantung dan terhutang budi terhadap ibu bapa yang telah menyokong mereka dari segala aspek. Mereka tetap menyayangi ibu bapa tetapi dalam masa yang sama mereka mempunyai perasaan untuk menentang atau membantah apabila diminta melakukan perkara yang berlawanan dengan kehendak mereka. Keadaan seperti itu boleh mewujudkan jurang yang ketara di antara remaja dan ibu bapa.
Di peringkat ini, nilai-nilai kumpulan rakan sebaya menjadi pengaruh yang kuat terhadap sikap, pakaian, dan nilai remaja itu. Sebagai contoh jika rakan sebayanya berambut ala ‘punk’, remaja juga akan cuba untuk meniru gaya rambut begitu. Begitu juga pakaiannya yang menyerupai fesyen ala ‘baggy’. Keadaan-keadaan seperti inilah yang secara tidak langsungnya akan menimbulkan perasaan serba salah di kalangan diri remaja. Mereka masih sayang dan ingin mematuhi nilai-nilai ibu bapa tetapi dalam masa yang sama mereka merasa bimbang jika tidak mamatuhi nilai dan amalan rakan sebaya yang boleh menyebabkan mereka disingkir atau dipulaukan di kalangan mereka.

Pada peringkat ini rumah tidak lagi menjadi minat mereka dan mereka juga menjadi lebih berminat untuk berhubung dengan orang yang bukan dari kalangan ahli keluarga mereka. Kebanyakkan remaja pada peringkat ini menyanjung tinggi dan memuji orang yang lebih dewasa yang mereka terima sebagai model atau contoh kepada perilaku mereka. Oleh sebab ketegangan kerap berlaku di antara remaja dengan ibu bapa, jadi, guru amat diperlukan untuk simpati dan menasihati mereka.
Perubahan dalam aspek rupa bentuk fizikal, sosial dan kognitif seseorang individu itu boleh menimbulkan kesan yang negatif ke atas kestabilan emosi remaja. Pada mulanya aktiviti dan imbangan hormon yang cepat berlaku di dalam badan merupakan punca utama yang mengakibatkan gangguan emosi tetapi kemudiannya ketidakstabilan emosi adalah akibat daripada konflik yang dihadapi dalam diri remaja dan dalam usahanya untuk membentuk pandangan hidup yang lebih bermakna bagi dirinya. Sikap timbal balik orang lain terhadap dirinya akan menguatkan atau mengurangkan konflik yang tersemat di dalam dirinya. Remaja akan mulai menyedari perasaan-perasaan baru yang belum dialami olehnya sebelum itu seperti kebangkitan nafsu seksual, dan ia kadangkala akan berasa seronok atau takut dengan perasaan-perasaan tersebut yang adakalanya begitu kuat dalam diri mereka.

Oleh sebab perasaan ini muncul melalui satu proses semulajadi yang susah hendak di kawal, ia akan mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat yang biasanya jika ditanyakan kepada orang dewasa tidak akan dijawab kerana dianggap sebagai topik-topik sensitif ataupun jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati mereka. Para remaja mungkin bertindak balas dengan menarik diri dan cuba menyelesaikan persoalan dengan melarikan diri ke alam fantasi. Penarikan diri ini mungkin ditafsirkan oleh orang lain sebagai satu tanda sikap beragam (moody), sombong dan anti sosial. Jika perasaan ingin tahunya ditinggalkan tanpa jawapan, dia mungkin merasakan bahawa kebanyakkan aktiviti yang patut melibatkan dirinya sebagai tidak sesuai. Remaja mungkin bertindak balas terhadap perasaan ingin tahunya dengan membincangkan isu-isu berbentuk peribadi bersama-sama dengan kelompok sebayanya, atau akan membaca bahan-bahan yang mempunyai topik-topik yang menarik minat mereka. Perasaan kecewa tersebut akan membawa kepada tingkah laku yang agresif dan seterusnya pula mungkin mencari apa sahaja jalan untuk melepaskan kekecewaannya termasuk dengan cara penyalahgunaan dadah, pemujaan agama ataupun mengmbil keputusan untuk lari meninggalkan rumah.

Blogku merintih..


Assalamualaikum...

huhu.. dh bpe bulan blog ni wujud tp x pernah nak update.. n this is my first time to open 4 public.. yeye : ) padahal cian sungguh -_-.. apa ble wat
tuannya sgt2 tidak prihatin dgn blog ni.. (kutuk blog sendiri nampak..) bukan apa semenjak beberapa bln ni c-buk tak tentu pasal.. bukan ada cafe sendiri pun.. lau ad pun arr dekat blog ni je la.. nama cafe was known as "Su Said da Cafe".. perasan!!!! hurm enough la Su.. terima la keadaan seadanya dlm usia 23thn ni masih pegang buku2 akademik yg sentuh sal Finance, Organizational Behaviour, Marketing n watever.. lau aku gtau nenek aku yg aku nak sambung master lg mmg bising dia.. hehe takut dia cucunya x dapat jodoh (tp skurang2nya aku sgt2 bersyukur apa..) tp InsyaAllah tumpuan utk blog ni akan aku "improved"kan.. tu pun lau x bz k.. manala tau kan tetiba da pgrm dr ari Jumaat tu smpai la Ahad pastu kuliah pula yg wajib d dahulukan dr blog ni.. masa itu emas la katakan.. wawawa trep bz pla aku ni.. (padahal aktiviti xlah se"bz" manapun.. lau x layan tv, layan buku2 kt library, xpun b'fb yg x sudah2)

Tp apapun masa itu emas dalam Surah Al-Asr yang bermaksud Demi masa.... Surah ini mengajak kita memahami erti yang 5 sebelum datangnya yang 5.....


•masa sihat sebelum sakit

•masa muda sebelum tua

•masa kaya sebelum miskin

•masa lapang sebelum sempit

•masa hidup sebelum mati

think3x........ work harder 4 better future

MAHA MELIHAT

by: opick n amanda

Seiring waktu berlalu
Tangis tawa di nafasku
Hitam putih dihidupku
Jalan ditakdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi Engkau lah saksi

Kau yg Maha Mendengar
Kau yg Maha Melihat
Kau yg Maha Pemaaf
Pada-Mu hati yang bertaubat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
Pada-Mu semua bergantung

Yang dicintakan pergi
Yang didambakan hilang
Hidupkan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa
Bersiram air mata


By-sue_sabah
10:35 pm
4/12/2010

Penemuan Bahtera Nabi Nuh




Siapa sangka di sebuah gunung yg sentiasa diselimuti salji yg terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri ‘berharga’ yang berusia lebih 5000 tahun. Peninggalan sejarah yg maha berharga itu bukan saja menarik minat para pengkaji sejarah malah pihak perisik US seperti CIA/KGB pun cuba menyelongkar. Pihak2 CIA telah menggunakan satelite dan pesawat ‘Stealth’ utk mengambil gambar objek yg terdampar di puncak gunung itu. Gambar2 itu telah menjadi ‘rahsia besar’ dan disimpan rapi dgn kawalan yg ketat bersama dgn ‘rahsia2′ penting yg lain di Pentagon. Sudah beratus2 org cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl yg bermaksud ‘Gunung Kesengsaraan’atau dgn nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa2 kerat saja yg berjaya.Yang sebahagian besarnya selebihnya hanyalah menjadi korban. Sehingga ke hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki shj yg berjaya sampai ke puncak Mt.Ararat dan dapat menyaksikan dgn mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yg ‘mahaberharga’ itu.
Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar. Apa yg masih menjadi tanda tanya,kesemua orang2 yg berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai2 bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dgn penuh misteri.Hanya semata2 kerana gambar tersebut. Memang ramai org yg telah mengambil gambar kesan sejarah ‘Noah’ itu telah mati misteri. Soalnya sekarang, mengapakah ‘kuasa2 besar’ mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya di tempat2 rahsia tentera ?. Mengapa mereka tak mau mengesahkan bahawa peninggalan ‘Noah’ benar2 ada di puncak Mt .Ararat itu ? Pada masa yg sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark ! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2000 tahun sebelum dijumpai,kerana selama itu orang menafikannya. Samalah The Great Noah Ark tu pun.Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5000 tahun dan selama 5000 thn itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa utk dibongkar.
Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yg kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu mereka dah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yg digunakan utk menyadurkan logam. Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer.Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada didunia sekarang.
Mengikut para pendaki yg pernah melihat “Noah Ark” di puncak Mt.Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yg cukup hebat. “Noah Ark” itu diperbuat drp spesis kayu purba yg memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk ‘kotak kasut’, tidak cantik, tapi sangat berfungsi. Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit.Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dgn jari yg digunakan oleh orang2 zaman dahulu. Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang “Noah Ark” ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi. Ada juga Para Pengkaji berpendapat,”Noah Ark” berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup utk memuatkan 170 gerabak ketapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak utk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.
Hari ni terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini.Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik/burung,6300 jenis reptilia,2500 jenis amfibia yg menaiki The Great Noah Ark itu.Berat kargo/muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.
Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat: Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh.Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu’jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168)
The Great Noah Ark ini berada di Mt.Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar ? Mengikut seorang pengkaji ‘Noah Ark’ ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yg terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt.Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yg unik. Antara salah satu keunikan yg terdapat pada gunung ini ialah, pada setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.
Mt.Ararat ini ialah salah satu gunung yg mempunyai kemuncak yg luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yg tertinggi sekali di Turkey.Gunung ini tegak sendirian dgn kemuncak dipanggil Ararat Besar dgn ketinggian 16,984 kaki.Bersententangan dgn sebuah lagi kemuncak gunung yg dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit Orang yg menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu “Russia,Iran,Turkey”. Kedudukan Mt.Ararat yg sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu.
Kalau kita tengok CNN hari ni pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak2 Guerilla Qurdish yg mahukan kemerdekaan dari kr’jaan Turkey. Keluasan dasar [bawah] Mt.Ararat itu kira2 25 batu garis pusat.Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira2 200 kaki. Ketulan2 air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora. Gambar : Sebahagian Bahtera Nabi Nuh AS dilitupi salji. Sebuah ‘anchor’ purba yg besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yg digunakan oleh ‘Noah Ark’ semasa berlabuh di puncak Mt.Ararat.
Sebuah ‘batu nisan’ yg didakwa kepunyaan nabi Noah AS telah dijumpai di Mt.Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. Pada tahun 1917,Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 org pakar pelbagai bidang yg terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut. Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan utk sampai ke puncak Mt.Ararat itu.Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui ‘Noah Ark’ tersebut. Dalam keadaan tergaman,kagum mereka mengambil gambar sebanyak yg mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size ‘Noah Ark’ dan didapati ‘Noah Ark’ itu berukuran 500 kaki panjang,83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji] Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus.
Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala ‘laporan siasatan’ itu masih disimpan atau dimusnahkan…

Ya Allah ampunilah aku & saudaraku & masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..

action!!

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This free digital scrapbook created with Smilebox

Just share

Share |

Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan.

Related Posts with Thumbnails