Wednesday, July 30, 2014

Sosok tubuh yang mampu mengubat kerinduan kami pada-mu

On the streets I live..

Pagi ini kami bersarapan bukan seperti perjumpaan keluarga pada hari-hari sebelum ini. Bukan juga kerana pada hari ini masih lagi 2 Syawal 1435 H. Tapi hal yang dibangkitkan ayah ketika sarapan pagi ini adalah tentang kerinduannya kepada arwah datuk (Musa Bin Kilan; Al-Fatihah, semoga rohnya ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.. amin ).

Ayah sangat mengingati datuk kerana keakraban dan sayangnya pada arwah datuk sangat tebal. Ingatanku masih segar mengingati bagaimana ayah sedaya upaya menjalankan kewajipan terakhirnya sebagai seorang anak untuk menguruskan jenazah datuk sehabis baik. Dan aku tidak dapat melupakan perkara itu. Bagi aku ayah telah menghantar "signal" kepada kami anak-anaknya melalui perbuatannya. Walaupun beliau tidak menzahirkan. Aku mengerti dan faham. Cukup untuk aku tertunduk dan menitiskan air-mata. Dan ayah tidak menangis walau dalam keadaan apa sekalipun. Seperti merelakan pemergian orang yang dia sayangi. Tapi sehingga kini dan ketika ini.. ayah tidak berhenti mengucapkan kebaikan datuk, melihat video-video mereka bersama, dan sering kali termimpikan arwah datuk. Setiap kali itu juga.. kelopak mataku akan digenangi air-mata. Hanya kubiarkan jika ia menitis atau tidak. Yang pasti aku akan tunduk atau tidakpun melarikan pandangan supaya aku tidak melihat wajah ayah mahupun emak.

Ayah yang telah habis bersarapan duduk di tepi meja. Memberikan cadangan yang mengejutkan emak.
Cadangan untuk melawat adik bongsu kepada arwah datuk. Aku terkejut seketika. Aku kurang dan hampir tidak mengenali sosok tubuh adik bongsu arwah datuk. Aku bertanya pada emak. Sekali lagi aku melarikan pandangan bila melihat wajah emak kemerahan dengan titisan-titisan halus air-mata. Seumur hidupku.. emak tidak pernah menangis kerana sesiapa pun. Dia antara insan tabah yang aku kenal. Tapi air-mata emak mudah gugur bila berbicara tentang ayah mertua dia yang telah dianggap seperti ayah kandung ini.

Dalam tunduk sambil masih menguyah aku masih ingin bertanya kerana aku tiada maklumat yang banyak tentang adik bongsu arwah nenek ini. Emak dan ayah menjelaskan kisah dari lipatan sejarah hitam yang terjadi hampir lebih 10 tahun lalu yang meregangkan hubungan antara mereka. Sesekali tu aku menasihati untuk tidak menghukum siapa-siapa. Aku mengingatkan ayah tentang isi-isi khutbah idul-fiitri yang kami dengar bersama pada pagi penuh berkat idul-fitri itu. Tentang persaudaraan dalam islam. Memaafkan yang membahagiakan. Begitu juga Hadi, adikku ke-3. Agak matang.

Cadangan ayah untuk menziarahi keluarga ini disokong oleh kami sekeluarga dengan harapan ada kasih & sayang yang masih berbaki ini untuk digunakan sebaiknya. Masa yang sebelum ini terbazir oleh sikap ego dan dendam harus dipecahkan. Inilah tembok yang memusnahkan hubungan silaturrahim manusia.

Perjalanan kami penuh dengan pengharapan dan membawa kerendahan hati kami. Hanya harapan ini kami serahkan kepada Allah supaya perkara baik ini mampu mengubat hati yang selama ini terluka. Aku dan adik juga bersedia dengan apapun penerimaan mereka. Kami sayang apa-apa yang berkaitan dengan arwah datuk.

Akhirnya sampai juga di rumah atuk. Dan aku.. tidak dapat berkata selain mengucapkan "Ya Allah.. sama".. "ya Allah.. sama" Allah.. Allah.. sambil menutup mulut dengan tangan dengan genangan air-mata. Aku tidak percaya kenapa selama ini aku tidak pernah kenal kewujudannya. Aku mula berfikir tembok apa yang selama ini begitu susah untuk dipecahkan sehingga aku tidak tahu langsung sosok tubuh orang yang dihadapanku ini. Ku lihat adik-adik lain pun ada sinar jernih dimata mereka.

Kami bersalaman. Dan perasaan sebak tanpa kawalan merasuk. "Seperti bertemu pengganti datuk". Ayah ku lihat terus menerpa dan mencium tangan dan pipi beliau. Allahu.. ='( . Terbalas kah kerinduannya mu wahai ayah & ibuku??..

Dan pada saat dan ketika ini juga.. Allah menunjukkan kuasaNya pada hambanya betapa perancanganNya lagi hebat. Nenek pula mengalami short-term memory. Aku tidak berani menyatakan itu adalah alzheimer. Nenek kata dia tidak ingat apa yang dulunya terjadi. Allahu.. Pada Allah suma ini telah tertulis. Kita hamba.

Inilah pengajaran dalam kehidupan kita. Memaafkan itu mudah tapi hampir mustahil dilakukan. Nauzubillah min zalik..





Thursday, July 10, 2014

Iklan Kekosongan Jawatan Guru Tahfiz di Sabah

On the streets I live..

Sebaran iklan ini akan berakhir pada 11.07.2014 ( Jumaat )

Temuduga akan diadakan pada 12.07.2014 ( Sabtu )

Ya Allah ampunilah aku & saudaraku & masukkanlah kami ke dalam rahmatMu..

action!!

Click to play this Smilebox scrapbook
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
This free digital scrapbook created with Smilebox

Just share

Share |

Jika Allah selalu bersamamu dihatimu, tak siapa dan apa-apa yang patut digusarkan.

Related Posts with Thumbnails